Sistem Rizab Persekutuan (FRS)

Sistem Rizab Persekutuan, atau FRS, menjalankan fungsi bank berpusat Amerika Syarikat. Sistem bank ini telah ditubuhkan pada tahun 1913 selepas lulus undang-undang berkenaan sistem rizab persekutuan.

Walaupun secara rasminya, FRS merupakan entiti berasingan daripada kerajaan dan keputusan mereka tidak perlu diluluskan oleh bahagian pentadbiranya, strukturnya sangat melibatkan akauntabiliti terhadap pentadbiran dan orang ramai. Sidang pengurus FRS mewakili kepentingan negeri ini, manakala bank-bank persekutuan mewakili kepentingan peribadi, kerana presiden dipilih daripada penduduk setempat. Selain itu, untuk meningkatkan kemerdekaan daripada kerajaan, FRS membiayaai dirinya sendiri.