Mata Wang Forex

Perkataan “value” berasal dari bahasa Latin “valeo”, “I stand” yang bermaksud “Nilai”.

Nilai mata wang pada masa kini adalah:

  • Unit kewangan negara dengan tanda jenis (kertas, emas, perak);
  • Unit kewangan daripada beberapa negara asing, termasuk bayaran dan kredit dokumen yang dinyatakan dalam unit kewangan tersebut dan boleh digunakan untuk akaun antarabangsa (cek, bil bank dan lain-lain).

Pada asasnya, pasaran mata wang Forex merangkumi jumlah semua transaksi yang dibuat oleh para peserta (bank, bursa, dana, pelabur, pembroker dan firma perdagangan luar serta pemilik swasta iaitu pedagang) untuk pertukaran beberapa jenis mata wang. Setiap saat, pasaran Forex memproses beribu-ribu jenis urus niaga yang membawa keuntungan kepada para peserta.

Pesaran mata wang Forex mempunyai jenis klasifikasi mata wang seperti berikut:

  • Mata wang yang boleh tukar secara bebas dan tidak had ke atas mana-mana jenis urus niaga kewangan , ia boleh digunakan oleh penduduk pemastautin dan penduduk bukan pemastautin dalam sesebuah negara,dan juga boleh ditukarkan kepada salah satu mata wang asing;
  • Mata wang yang hanya boleh tukar sebahagiannya biasanya mempunyai beberapa sekatan jika digunakan oleh penduduk bukan pemastautin dan merangkumi pelbagai jenis transaksi yang dibenarkan. Oleh itu, kebanyakan mata wang Eropah Barat hanya boleh tukar sebahagiannya ; sekatan ke atas penggunaannya oleh penduduk bukan pemastautin telah dimansuhkan pada tahun 1958, dan kini mana-mana jumlah akaun transaksi dalam mata wang tersebut boleh tukar secara bebas dan setaraf;
  • Mata wang yang tidak boleh ditukar mempunyai sekatan ke atas penduduk dan juga bukan penduduk dan hal ini mengakibatkan penyekatan terhadap beberapa urus niaga kewangan. Mata wang tersebut tidak boleh ditukarkan dan hanya boleh digunakan di dalam negara-negara mereka tertentu. Misalnya, mata wang yang tidak boleh ditukarkan hanya benar digunakan di dalam negara yang masih membangun dan negara yang masih bergantung kepada negara lain, dan ia terikat kepada mata wang negara metropolitan yang menetapkan kadar pertukarannaya yang hanya memanfaatkan mereka. Mata wang tidak boleh ditukar tidak akan digunakan di dalam pasaran Forex.

Pasaran mata wang Forex mempunyai dua jenis operasi: membeli dan menjual; setiap mata wang mempunyai permintaan dan pembekalan, ia membenarkan urus niaga diproses tanpa sebarang sekatan dari segi volum atau masa. Pasaran mata wang Forex juga memerlukan peraturan kadar pertukaran pelbagai negara bagi mengimbangkan permintaan dan pembekalan.

Pasaran mata wang Forex mempunyai beberapa mata wang yang dikenali sebagai mata wang utama – kebanyakan urus niaga harian dijalankan padanya:

USD – dolar US. Tidak dinafikan ia adalah tulang belakang kepada pasaran Forex. Pedagang sering memanggil dolar US itu sebagai “buck”, “dolar US” atau “dolly”.

EUR – euro, mata wang biasa bagi ruangan Eropah, kedua hangat di Forex dari segi populariti. Sebelum euro, DEM Deutschmark, mata wang negara Jerman,yang mengambil tempatnya.

GBP (Great Britain Pounds) – paun sterling, mata wang negara Britain. slang kewangan termasuk nama”sterling”, “pound”, dan “cable”.

CHF – Franc Switzerland. Istilah slang swissy digunakan bersama dengan nama rasminya.

JPY – Yen Jepun.

Pasaran mata wang Forex juga menggunakan:

AUD – dolar Australia, sering dirujuk sebagai Aussie oleh ahli kewangan.

CAD – dolar Kanada.

NZD – dolar New Zealand, juga dikenali sebagai “kiwi” di kalangan pedagang pasaran mata wang Forex.

Salah satu konsep yang amat penting dalam pasaran mata wang adalah pertukaran mata wang, yang merupakan penghubung utama dalam rantaian perkhidmatan dagangan mata wang pasaran.

Pada asasnya, pertukaran mata wang adalah tempat di mana urus niaga dijalankan. Dalam kes ini, mata wang adalah perdagangan bebas, membentuk proses fluktuasi yang berterusan dalam pertukaran mata wang. Ciri-ciri utama pertukaran mata wang adalah bahawa kadar pertukaran dibentuk dan dicatatkan sebagai sebahagian daripada operasinya, melalui hasil daripada pembekalan dan permintaan ke atas penjualan dan pembelian mata wang. Proses inilah yang menjadi objektif utama pertukaran mata wang Forex: Membentuk kadar pertukaran berdasarkan objektif faktor-faktor ekonomi negara-negara tertentu. Pertukaran mata wang dasarnyalah yang mengawal kadar pertukaran.

Dengan pembangunan teknologi terkini, semakin ramai orang kini menggunakan pertukaran mata wang melalui talian, berdagang pada masa nyata melalui sambungan internet. Pertukaran mata wang melalui talian memenuhi beberapa fungsi selain daripada mempengaruhi kadar pertukaran:Ia menetapkan asas kerja teknikal untuk perdagangan bebas, mencipta dan mengaplikasi kaedah-kaedah untuk para peserta memasuki (merangkumi contohnya dana, reputasi perniagaan), dan mencipta syarat-syarat dan peraturan bagi membuat urus niaga tersebut. Tanggungjawab pemantauan pematuhan syarat-syarat ini terletak pada pertukaran mata wang itu juga.

Bursa mata wang terbesar berada di London, New York dan Tokyo. Oleh itu, pertukaran mata wang melalui talian meliputi praktikal di seluruh dunia dan mempunyai keadaan yang hampir sama kepada para peserta mata wang pasaran. Ini telah menjadikan mata wang Forex sebagai pertukaran mata wang terbesar di dunia, dengan perolehan yang lebih daripada beberapa trilion dolar setiap hari.