2011/11/08

Pelaksanaan pasaran untuk akaun sen NDD telah dilancarkan

Pelanggan yang dihormati,

Forex4you telah bergerak ke hadapan dengan meningkatkan perkhidmatan, kami melancarkan pelaksanaan pasaran untuk akaun sen NDD; ini juga telah dilaksanakan untuk akaun Pro pada 1hb September.

Perbezaan utama antara NDD dan DDE adalah:

  • Jangka masa pesanan dilaksanakan adalah lebih cepat untuk No Dealing Desk (NDD)
  • spread adalah tetap untuk Dealing Desk (DDE), dan spread adalah berubah-ubah untuk No Dealing Desk (NDD)

Sila ambil perhatian bahawa dalam perdagangan di bawah syarat pasaran, pesanan dagangan dilaksanakan dengan mengikuti sebut harga pasaran semasa. Ini bermakna bahawa walaupun dalam masa pelaksanaan yang singkat, kemerosotan harga (pelaksanaan dengan harga yang lebih buruk) atau peningkatan harga (pelaksanaan dengan harga yang lebih baik) boleh berlaku. Ini adalah keadaan yang biasa dalam pasaran tukaran mata wang asing yang pesat berubah, lebih-lebih lagi apabila anda berdagang pada masa turun naik harga pasaran yang tinggi.

Semua akaun dagangan yang lain akan meneruskan kegunaan pelaksanaan segera.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lain, sila minta tolong dari sokongan pelanggan Forex4you melalui talian (1800813772),melalui emel ([email protected]) atau dengan pilihan LIVE CHAT.

Yang ikhlas,
Forex4you