Tips forex dan ramalan

Di Forex4you, kami mahu anda berjaya dengan strategi forex anda. Pakar-pakar kami memberi anda data pasaran terkini yang paling tepat dan menyokong anda dengan analisis pakar serta tips forex. Apabila anda membuka akaun Forex4you, anda akan mendapat maklumat seperti berikut:

  • Ramalan kadar mata wang - disediakan oleh pakar penganalisis kami beberapa kali sehari
  • Analisis trend pasaran forex yang komprehensif
  • tips forex jangka masa pendek
  • Cadangan dagangan forex jangka masa panjang
  • Petunjuk mengenai teknik-teknik dagangan

Ikutlah kami untuk tips, berita, trend dan pandangan pasaran forex terkini. Mula membina strategi forex anda hari ini!

Ramalan Pasaran

Terdapat empat cara utama untuk meramal pasaran dan membina strategi forex anda:

  • Analisis Asas
  • Analisis teknikal
  • Analisis Gelombang
  • Analisis Kompleks

Di sini, kita akan melihat dengan lebih melanjut mengenai dua cara yang pertama ini: analisis asas dan analisis teknikal.

Analisis Asas

Pasaran forex dipengaruhi oleh peristiwa politik dan ekonomi dunia, seperti pasaran yang lain. Berikut adalah beberapa contoh:

  • Mata wang sesebuah negara mungkin turun jika peniaga fikir ia mungkin lalai pada hutangnya
  • Menaikkan kadar faedah membuat mata wang lebih menarik kepada pelabur - meningkatkan harga
  • Pendedahan kepada risiko - seperti kegagalan bank berlaku - boleh mengurangkan nilai mata wang

Analisis Asas forex adalah apabila anda mengesan faktor-faktor ini, menganalisasikan kesannya, meramalkan kadar mata wang dan menggunakan hasil ini sebagai sebahagian daripada strategi forex anda.

Terdapat banyak faktor yang halus boleh memberi kesan kepada nilai mata wang. Untuk membuat perkara lebih rumit, peristiwa-peristiwa juga berinteraksi antara satu sama lain; kesannya bergantung kepada keadaan. Pakar kewangan kami menggunakan pengalaman forex praktikal dan kepintaran kewangan mereka untuk meramalkan kesan trend rumit pada kadar mata wang dan memberikan anda keputusan untuk digunakan dalam strategi forex anda!

Dapatkan analisis asas dan tips forex daripada Forex4you.

Analisis Teknikal

Pasaran forex bukan sahaja didorong oleh peristiwa-peristiwa dunia dan trend ekonomi utama. Pasaran adalah terdiri daripada orang, dan orang-orang ini bertindak balas terhadap tingkah laku pasaran itu. Pergerakan pasaran bergantung kepada psikologi manusia, jika anda boleh meramalkan apa yang orang akan lakukan, anda boleh mendapat rezeki.

Contohnya:

  • Pasaran turun sedikit
  • Orang yang terjejas tergesa-gesa untuk menjual
  • Pasaran turun lebih banyak lagi kerana orang menjual
  • Lebih banyak orang menjual dan penurunan berterusanM
  • Pelabur lain mula membeli kerana harga menarik
  • Pasaran naik lagi

Analisis teknikal menggunakan data pasaran terperinci untuk meramalkan trend ini. Petunjuk teknikal yang berbeza dikira dan diplot dari masa ke masa untuk memberi pandangan tingkah laku pasaran. Carta ini mengandungi isyarat yang menunjukkan bila harga itu mungkin turun atau naik, dan anda boleh gunakannya untuk membuat keputusan apabila membeli atau menjual.

Menjadi pelanggan Forex4you, dan menggunakan alat analisis teknikal kami untuk memaksimumkan peluang anda untuk berjaya:

  • Pakar forex kami menghasilkan analisis teknikal harian dan tips forex – percuma
  • Guna platform perdagangan MetaTrader 4 kami untuk menjalankan analisis anda sendiri

Untuk informasi analisis teknikal dan petunjuk yang selanjut, sila rujuk kepada halaman Petunjuk Teknikal.

Strategi Forex

Sertai Forex4you dan membina strategi forex anda!

Strategi forex adalah satu set peraturan yang memberitahu anda bila untuk membeli atau menjual mata wang. Ini termasuk analisis fundamental dan teknikal, tetapi strategi forex adalah lebih banyak daripada itu. Anda perlu mengambil kira perangai anda sendiri dan strategi anda sendiri:

  • Konservatif atau agresif
  • Keselesaan dengan risiko
  • Kesabaran
  • Fokus sempit atau lebar
  • Cara anda bertindak balas terhadap situasi

Membina strategi forex boleh mengambil sedikit masa apabila anda seorang pemula, anda tidak akan menjadi seorang pedagang yang berpengalaman dalam sekelip mata. Kami memahami perkara ini, dan telah mencipta Akaun Cent untuk membantu anda membangunkan strategi forex anda. Dengan Akaun Cent, anda boleh melakukan perkara berikut:

  • Perdagangan dengan wang sebenar
  • Berdagang serendah 2 sen
  • Dapatkan alat dan nasihat yang sama dengan peniaga lain
  • Membina strategi forex anda dengan risiko yang minimum
  • Berkongsi strategi forex anda dengan peniaga-peniaga lain
  • Upgrade ke Akaun Classic apabila anda sudah bersedia

Buka akaun forex sebenar hari ini dan mula bina strategi forex anda!