• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Petikan: Pelajari asas-asas analisis teknikal matawang crypto dengan bimbingan Forex4you. Menjurus kepada pelbagai jenis analisis dan pelajari cara menggunakannya untuk memperdagangkan matawang crypto kegemaran anda.

    Matawang crypto adalah satu lagi kelas aset dengan potensi yang besar bagi pedagang untuk mempelbagaikan pelaburan mereka dan memaksimumkan keuntungan. Selama bertahun-tahun perdagangan matawang crypto telah menjadi tarikan besar apabila peniaga kini boleh memperoleh keuntungan daripada pergerakan harga atas dan ke bawah. Apabila ia berdagang, terdapat dua kaedah analisis utama yang sangat popular dengan pedagang dan pelabur - analisis teknikal dan analisis asas. Kedua-dua kaedah ini juga digunakan untuk perdagangan matawang crypto.

    Analisis asas menentukan nilai satu matawang crypto dengan mengkaji dan menganalisis pembolehubah penting dan metrik yang memaparkan maklumat penting mengenai projek crypto yang dipersoalkan. Ini membantu menilai prospek matawang crypto untuk membantu seorang pedagang membuat keputusan sama ada ia berbaloi untuk melabur. Dalam dunia crypto, analisis asas sering digunakan oleh pelabur jangka panjang, yang berniat untuk membeli dan bertahan untuk masa yang lama. Strategi perdagangan crypto ini juga dirujuk sebagai HODL.

    Analisis teknikal, sebaliknya, menganalisis data harga masa lampau (historical price data), untuk meramalkan pergerakan matawang crypto jangka panjang dan harga jangka panjang. Peniaga dan pelabur menggunakan analisis teknikal untuk keputusan jangka pendek dan jangka panjang.

    Analisis Teknikal Crypto: Ia Mengenai Apa?

    Analisis teknikal mengkaji carta masa lampau instrumen dan mengenal pasti corak berulang. Prinsip dasar kaeadah ini ialah harga crypto yang mencerminkan segala-galanya yang perlu diketahui. Semua asas, sentimen dan maklumat lain telah digambarkan oleh tindakan harga yang terpapar pada carta crypto. Oleh itu, penganalisis teknikal / peniaga crypto, memberi tumpuan kepada carta harga dan bergantung kepadanya untuk maklumat mereka. Untuk muka baru, ini mungkin rumit pada mulanya. Analisis teknikal mata wang crypto adalah berdasarkan kepada tiga andaian;

    1

    Pasaran diskaun segala-galanya CThe market discounts everything)

    2

    Harga bergerak dalam trend

    3

    Sejarah cenderung mengulangi sendiri

    Sama seperti perdagangan Forex atau saham, pedagang crypto boleh menggunakan indikator matematik, oscillator dan alat lukisan yang membantu mereka membuat keputusan perdagangan.

    Jenis Analisis Teknikal: Garis Carta, Sokongan & Rintangan, Corak Harga

    Pedagang atau pelabur Crypto, yang menggunakan carta disebut chartist. Selalunya, chartist melakar garis mendatar atau pepenjuru untuk mengenal pasti paras atau titik di mana harga aset boleh bertindak balas. Tiga garisan utama yang digunakan ialah garis trend, sokongan dan rintangan.

    Garisan Trend (Trendlines)

    Ini adalah garis pepenjuru yang mengenal pasti trend. Apabila trend masih berterusan, garis trend boleh diplot dari dua mata bersamaan dengan trend dan kemudian diunjurkan ke masa depan. Selalunya apabila harga crypto mendekati garisan trend, ia bertindak balas dalam dua cara. Sekiranya ia melantun, trend itu akan berterusan, tetapi jika ia putuskan garisan trend di arah trend yang bertentangan, ini bermakna trend akan berhenti, menjadi lemah atau akan ada langkah-balas trend (counter-trend move).

    English: Point 1, Down Trendline, Point 2
    Bahasa: Titik 1, Garis Trend Menurun, Titik 2

    Carta di atas menunjukkan contoh pasangan Bitcoin USD, berdagang pada jangka waktu harian. Anda dapat melihat daripada carta, apabila harga Bitcoin jatuh pada 2018, carta harga menunjukkan dua mata untuk menggambarkan garis trend menurun - 19586 dan 6700. Garis trend ini diunjurkan ke masa depan untuk membantu mengenal pasti harga di mana harga boleh kembali naik. Trend menurun selama setahun sebelum breakout pada Januari 2019. Sejak breakout itu, trend menurun berhenti dan harga menaik. Pada prinsip yang sama, garis trend juga dilakar bagi trend menaik semasa. Jika harga menurun di bawah garisan trend, harga Bitcoin boleh terus 5000 atau malah lebih rendah.

    Bagaimana untuk menggunakan Talian Sokongan dan Rintangan?

    Harga crypto dipercayai mempunyai ingatan. Jika pembeli tidak bersetuju pada harga melebihi paras tertentu pada masa lalu sebelum penjual mengambil alih, paras itu dipanggil paras RINTANGAN (RESISTANCE). Dalam erti kata lain, paras rintangan berlaku pada titik di mana penawaran melebihi permintaan bagi satu instrumen. Paras sokongan berlaku apabila permintaan melampaui penawaran, dan harga ditolak ke atas.

    Chartist sering mengenal pasti paras ini dengan garisan mendatar dan percaya harga boleh bertindak balas apabila ia hampir di masa depan. Terdapat banyak paras rintangan di atas harga crypto dan banyak paras sokongan di bawah. Sekiranya paras rintangan menurun (broken) kepada kenaikan harga, harga dijangka bergerak ke arah yang seterusnya manakala paras rintangan yang pernah menurun menjadi paras sokongan. Pemikiran yang sama juga diterapkan untuk paras sokongan. Paras sokongan yang menurun ke arah bawah berubah menjadi rintangan dan harga boleh bergerak lebih jauh sehingga mencapai paras sokongan berikutnya. Paras sokongan dan rintangan juga menyediakan zon terbalik arah untuk harga.

    Carta di atas menunjukkan dagangan Bitcoin terhadap USD, pada jangka masa harian. Selepas trend menurun pada 2018 mencapai momentum, harga didorong kembali pada 5800 pada awal Februari (anak panah merah pertama). Pada akhir Jun dan pertengahan Ogos, harga diuji semula 5800 dan masih disokong. Paras harga ini menjadi paras sokongan yang kukuh dan ramai yang percaya pada masa itu Bitcoin akan mencecah 3000 (kembali ke paras itu dan melantun semula.)

    Jika kita kembali pada masa itu, 3000 pernah menjadi paras rintangan yang dibentuk pada 8 Jun 2017. Selepas breakout ke-4 pada Ogos 2017, paras itu telah diuji semula pada 15 September tetapi kekal sebagai paras sokongan dan harga melambung naik mencecah paras yang lebih tinggi. Oleh itu 3000 menjadi paras sokongan seterusnya di bawah 5800. Apabila harga akhirnya menurun di bawah 5800 pada pertengahan November 2018, ia terus menurun hingga 3100 (amat hampir 3000). Harga Bitcoin belum pulih kerana ia menembusi rintangan pertama 5800 (sokongan bertukar rintangan) dan mencecah sedikit di atas rintangan seterusnya pada 9100 lewat Julai 2018 (dibentuk pada akhir Julai 2018). Pada paras harga semasa, chartist akan menjangkakan Bitcoin untuk hampir menguji 5800 (kini paras sokongan). Jika ia menurun bawah, sokongan seterusnya ialah 3100-3000. Walau bagaimanapun, jika 9100 dirapatkan, harga BTCUSD boleh diteruskan ke paras rintangan seterusnya pada 9800 dan 11700.

    Mengapa peniaga perlu mengkaji pola harga crypto?

    Lebih dari beberapa dekad, selepas ribuan atau mungkin jutaan jam mengkaji carta harga, chartist mendapati bahawa harga pamerkan corak dan corak ini berulang dari masa ke masa. Sekiranya harga bertindak dengan sesuatu cara pada corak harga pada masa lalu, kenapa ia tidak akan bertindak dengan cara yang sama pada masa akan datang. Lagipun, aktiviti peserta pasaran menentukan harga satu instrumen. Manusia sering bertindak terhadap keadaan dengan cara yang sama dan ini dapat mengukir corak tingkah laku. Corak tingkah laku para peniaga dan peserta pasaran lain juga memberi harga corak tingkah lakunya sendiri.

    Corak ini juga boleh digunakan semasa berdagang crypto. Beberapa corak harga ini termasuk corak batang lilin dan bar, corak grafik seperti segitiga, bendera, corak harmonik, corak gelombang Elliott. Terdapat banyak kaedah corak harga di luar sana. Contoh yang diberikan di bawah ini, berkaitan dengan corak segi tiga pada Bitcoin, sila mengkaji corak harga ini lebih teliti.

    English: Descending triangle, Neckline breakout
    Bahasa: Segitiga menurun, Breakout garis leher,

    Dari carta harian BTCUSD di atas, kita dapat melihat Bitcoin menamatkan segitiga 10-bulan, yang bermula pada bulan Februari. Arah breakout dipercayai sebagai arah jangka masa singkat aset tersebut. Selepas reakout menurun, Bitcoin akhirnya mencecah 3100, yang mengesahkan jangkaan corak segi tiga.

    Menggunakan Indikator dan Oscillator untuk berdagang Crypto

    Indikator adalah alat teknikal yang berdasarkan pengiraan matematik harga masa lampau dan / atau volum untuk membantu menyediakan isyarat beli dan menjual atau meramalkan langkah pasaran seterusnya. Mereka boleh membantu mengkaji carta harga dengan cara yang lebih mudah untuk dilakukan. Beberapa indikator ini membantu untuk mengenal pasti trend – trend menaik atau trend menurun. Sesetengah petunjuk digunakan untuk mengenal pasti sama ada crypto adalah belian tepu (overbought) atau jualan tepu (oversold).

    Dengan adanya perdagangan paras tinggi, banyak indikator telah dibangunkan untuk tujuan yang berbeza. Jenis-jenis utama digariskan di bawah.

    Indikator mengikut trend bagi dagangan Crypto

    Indikator mengikut trend membantu mengenal pasti trend semasa dalam sebarang tempoh masa. Satu contoh ialah Purata Pergerakan (Moving Averages), ditunjukkan pada contoh di bawah. Dari carta di bawah, anda dapat melihat bahawa pada bulan Januari 2017, harga Bitcoin merentasi 100 Purata Pergerakan Pesat, ini menunjukkan bahawa trend menaik akan berlaku berikutnya. Ini berlaku, dan trend menaik terus berterusan sepanjang tahun.

    English: Above, Below
    Bahasa: Atas, bawah

    Pada tahun 2018, indikator bergerak perlahan, tetapi apabila harga jatuh di bawahnya, trend menurun terus ke 3100. Indikator ini juga mengenalpasti tamatnya aliran menurun dan bermulanya trend menaik baru bermula selepas harga Bitcoin merentasi garis Purata Pergerakan pada bulan April. Oleh itu, tidak mengejutkan ramai yang percaya bahawa Bitcoin akan jadi bullish sepanjang baki tahun 2019.

    Oscillators bagi Dagangan Crypto

    Oscillator biasanya didaftar dari 0 hingga 100. Apabila indikator ini bacaannya 25 atau ke bawah, crypto di bawah pengawasan dianggap jualan tepu dan boleh mula bergerak ke atas. Sebaliknya, bacaan 75 atau ke atas menunjukkan belian tepu dan crypto boleh mula menurun. Jenis oscillator merangkumi Indeks Kekuatan Relatif (RSI), Purata Pergerakan Penyimpangan Penumpuan (Moving average convergence divergence) (MACD), Stochastic oscillator dan banyak lagi. Dalam carta di bawah, kita melihat RSI pada carta harian BTCUSD.

    Pada akhir 2017, anda dapat melihat bahawa oscillator RSI merentasi indek 75, itu adalah isyarat bahawa Bitcoin boleh mula jatuh. Langkah seterusnya yang diikuti adalah kejatuhan tidak terkawal. Pada November / Disember 2018, RSI juga mencapai zon jualan tepu dan menunjukkan bahawa Bitcoin boleh menaik. Bitcoin telah meningkat sejak itu. Pada akhir Mei 2019, Bitcoin menyentuh zon belian tepu dan harga semakin lemah, sekali lagi ia ditunjukkan oleh oscillator RSI.

    Indikator berasaskan-volum bagi dagangan crypto

    Indikator berasaskan volum digunakan bagi menentukan arah instrumen dan kekuatan perubahan harga. Satu contohnya adalah Volum Dalam Keseimbangan (On-Balance Volume) (OBV).

    TIP untuk Analisis Teknikal Crypto

    Berdagang dengan analisis teknikal mudah di atas kertas dengan contoh-contoh pilihan, tetapi sebenarnya ia tidak mudah untuk diterapkan dan tidak sempurna. Pedagang Crypto perlu memahami fakta ini dan tidak meningkatkan harapan mereka atau menjadi lebih teruja. Alat dagangan dan kaedah ini adalah bahagian analisis yang membantu mengenal pasti titik entry dan keluar untuk perdagangan dan pelaburan crypto. Untuk membuat analisis teknikal yang berkesan, pedagang crypto boleh menggunakan tip berikut.

    1

    Belajar kaedah dagangan atau membangunkan satu daripada gabungan alat-alat yang dibincangkan di atas. Oleh itu, anda perlu memahami alat-alat ini terlebih dahulu dan melakukan kajian menyeluruh terhadap alat-alat tersebut. Sistem perdagangan anda mesti memberi petunjuk cara masuk, di mana memperoleh keuntungan dan menetapkan henti rugi. Setiap alat teknikal mempunyai kebaikan dan keburukannya sendiri. Di satu pihak, indikator berasas trend mengikuti trend, tetapi mereka sering bergerak perlahan. Sebaliknya, oscillator adalah indikator utama, yang mungkin bergerak kadang kala sementara harga tetap ke sisi atau meneruskan trend semasa.

    2

    Uji kaedah teknikal yang diperoleh dan dapatkan pengalaman dengan menggunakan alat pilihan selama setahun. Kenal pasti nisbah menang / kalah dan nisbah risiko / ganjaran yang berkaitan. Sekiranya ia mampan, anda boleh teruskan jika tidak, ia harus digugurkan. Sebagai contoh, sistem mampan harus memberi pemenang sekurang-kurangnya 30% sekurang-kurangnya 1: 2 R / R, atau sekurang-kurangnya 60-70% pemenang pada 1: 1 R / R pada sampel sekurang-kurangnya 100 perdagangan lalu.

    3

    Tulis kaedah anda dan buat jurnal perdagangan yang membantu mengesan prestasi semasa anda.

    4

    Sama ada anda menang atau kalah dalam perdagangan, tidak mengapa. Bergerak ke seterusnya. Peniaga-peniaga yang menang dan perdagangan yang kalah semuanya adalah bahagian daripada gambaran yang lebih luas.

    5

    Teruskan berdisiplin dan kekalkan profil risiko yang sihat.

    Perkara Penting Lain yang perlu diketahui tentang Analisis Teknikal Crypto

    1

    Kecenderungan atau keputusan masa lalu mungkin tidak dapat meramalkan trend atau hasil masa depan dengan tepat.

    2

    Tidak mungkin mengetahui terlebih dahulu perdagangan mana yang akan menang atau kalah.

    3

    Adalah normal untuk mengalami kerugian berturut-turut atau menang berturut-turut.

    4

    Menang dan kalah dalam perdagangan mempunyai pengedaran secara rawak dalam satu set sejumlah besar perdagangan.

    Adakah anda mempunyai sebarang soalan mengenai asas analisis teknikal untuk pedagang crypto? Jika ya, sila kongsi komen di bawah dan kami akan menghubungi anda. Untuk pendidikan lebih lanjut mengenai dagangan crypto atau Forex, lawati laman web Forex4you untuk mendapatkan semua kursus, bimbingan, alat dagangan dan banyak lagi.

    Catatan berkaitan