• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Petikan: Mengapa kebanyakan pedagang Forex menggunakan carta batang lilin? Belajar asas carta batang lilin tetapi juga kebaikan dan keburukan menggunakan carta ini untuk analisis teknikal.

    Tahukah anda bahawa majoriti peniaga menggunakan carta batang lilin untuk menganalisis dan berdagang Forex? Beberapa sebab di sebalik pilihan ini, adalah kerana carta batang lilin lebih mudah untuk membaca tindakan harga; mereka tunjukkan dengan cepat maklumat lebih mendalam dengan cara yang mudah dan jelas. Tambahan pula, peniaga-peniaga Forex mencari pelbagai jenis corak batang lilin, yang serta merta menunjukkan apa yang dijangkakan oleh pedagang seterusnya berdasarkan pergerakan harga masa lampau.

    Namun, apakah perkara penting yang perlu anda ketahui mengenai carta batang lilin? Dalam artikel ini, kami akan membimbing anda secara ringkas sejarah carta batang lilin, tunjukkan kepada anda cara membaca batang lilin asas, malah membincangkan beberapa kebaikan dan keburukan menggunakan carta batang lilin untuk analisis teknikal.

    Sejarah carta Batang Lilin

    Carta batang lilin dicipta pada abad ke-18 dan ia menjadi popular di Asia selepas saudagar beras Munehisa Homma menggunakan carta batang lilin untuk perdagangan beras di pasar Ojima, di Osaka Jepun. Pedagang tersebut menggunakan model yang serupa corak batang lilin hari ini. Batang Lilin hanya popular pada 90an di AS dan Eropah. Sebelum tempoh ini, pasaran kewangan di benua-benua ini kebanyakannya menggunakan carta garisan atau carta bar. Steve Nisonlah, seorang teknisyen berkelayakan, yang memperkenalkan carta batang lilin kepada pasaran kewangan Barat pada awal 90-an

    Peniaga-peniaga di Amerika Syarikat dan Eropah menyedari bahawa lebih mudah untuk membaca dan memahami tindakan harga dengan carta batang lilin dan bukan carta bar atau carta garis. Juga, carta ini menunjukkan tindakan harga dengan cara yang lebih visual dan tepat dengan warna untuk membezakan arah harga mata wang. Disebabkan ciri-ciri ini, penggunaan carta batang lilin menjadi norma di pasaran kewangan dalam beberapa dekad yang lalu.

    Struktur candlestick dan carta

    Adalah penting untuk memahami struktur asas batang lilin sebelum anda mula membaca carta batang lilin. Sama seperti bar dalam carta bar, batang lilin juga mewakili tempoh masa tertentu: 1 minit, 1 jam, 1 hari, 1 minggu, 1 bulan atau tempoh masa yang lain. Tidak seperti bar, btang lilin memberikan peniaga lebih banyak nilai:

    • Pertama, ia menunjukkan harga pembukaan pada permulaan tempoh masa, yang batang lilin gambarkan

    • Kedua, batang lilin menunjukkan harga penutup pada akhir tempoh masa

    • Ketiga, batang lilin menunjukkan seorang peniaga harga tertinggi yang dicatatkan semasa tempoh batang lilin tertentu

    • Keempat, batang lilin menunjukkan harga terendah dalam tempoh masa

    English: Candlestick
    High, upper shadow, Body, lower shadow, Close, Open, Low

    Bahasa: Candlestick
    Tinggi, bayang atas, tubuh, bayang lebih rendah, tutup, buka, rendah

    Di atas anda dapat melihat bahawa batang lilin dapat menunjukkan pedagang jika tempoh perdagangan berakhir bullish atau bearish, bergantung pada harga penutup dan pembukaan. Apabila harga penutup lebih rendah daripada harga pembukaan, itu adalah lilin bearish. Sebaliknya, apabila harga penutup lebih tinggi daripada harga pembukaan, itu adalah batang lilin bullish. Sumbu atas dan bawah yang anda lihat, yang juga dipanggil bayangan atas atau bawah, menunjukkan harga terendah atau paling tinggi yang dicatatkan dalam tempoh masa, yang digambarkan batang lilin.

    Carta batang lilin hampir sama dengan carta bar, kerana ia juga menunjukkan paras harga utama bagi tempoh masa tertentu. Seperti yang dijelaskan dalam perenggan yang terdahulu, tidak seperti bar mudah, batang lilin memilikii banyak kualiti dan berwarna untuk memaparkan arah mana pasangan mata wang sedang menuju. Ini menjadikan lebih mudah bagi peniaga Forex memahami pergerakan harga pasangan mata wang, yang menghasilkan keputusan perdagangan yang terima lebih banyak maklumat.

    Kebaikan menggunakan carta Candlestick untuk Analisis Teknikal

    # 1 Lebih baik daripada Carta Tradisional

    Carta bar tradisional kurang memberi kesan, sedangkan carta batang lilin menunjukkan tindakan harga yang berlaku di pasaran dengan terperinci. Melihat tindakan harga dalam pasangan Forex dari masa ke masa membolehkan peniaga menggunakan analisis corak untuk menentukan kebarangkalian pergerakan masa depan. Selepas sedikit penggunaan tepat pada masanya, analisis corak carta batang lilin dapat memainkan peranan penting dalam kehidupan sehari-hari peniaga Forex.

    # 2 Pandangan Psikologi

    Dagangan mata wang sering dipengaruhi oleh ketamakan, ketakutan, dan harapan. Oleh itu, analisis teknikal perlu digunakan untuk memahami faktor psikologi ini. Dengan adanya analisis corak batang llin sebagai sebahagian daripada analisis teknikal anda, ia akan membolehkan anda mengesan perubahan nilai penetapan pasaran, tanpa pengaruh mana-mana kelemahan manusia yang disebutkan. Ini juga dikenali sebagai sentimen pelabur. Carta batang lilin melakukan ini dengan memaparkan interaksi antara pembeli dengan penjual, yang sering mencerminkan pergerakan harga.

    # 3 Mudah untuk Difahami

    Corak batang lilin secara visual menyediakan corak pola yang jelas dan mudah yang sangat tepat. Dengan menggunakan carta batang lilin, mencampurkan dengan beberapa analisis teknikal asas, anda dengan mudah dapat melihat corak yang muncul di pasaran. Juga, anda boleh mula memperoleh keuntungan dengan corak ini apabila anda berdagang.

    Perkara terbaik mengenai carta batang lilin adalah mereka tidak mengambil masa untuk dikuasai (fahami). Dengan amalan harian, corak boleh diingat dengan mudah, dan walaupun ia memerlukan sedikit usaha, potensi keuntungan selepas memahami carta ini tidak ternilai. Juga, terdapat sejumlah indikator teknikal yang akan memberi isyarat kepada anda apabila corak batang lilin muncul.

    Keburukan menggunakan carta Batang lilin untuk Analisis Teknikal

    # 1 Sebatang batang lilin boleh kelihatan berbeza pada setiap tempoh waktu

    Corak batang lilin mungkin nampak sempurna dibentuk pada satu tempoh masa tetapi ia juga boleh kelihatan sebaliknya pada masa lain. Ini menjadikannya sukar untuk yakin kepada maksud corak batang lilin 100 peratus, jika anda menggunakan pelbagai tempoh masa. Oleh itu, ia boleh menyebabkan keraguan untuk pedagang membuat keputusan dan melaksanakan perdagangan mereka. Jika batang lilin mempunyai saiz yang mencukupi, ia mungkin muncul pada pelbagai tempoh masa, tetapi ini adalah kejadian yang tidak selalu berlaku.

    # 2 Ketidakpastian dan kesukaran dalam menguruskan risiko

    Dagangan dengan carta batang lilin boleh menyebabkan kesan kepada pengurusan risiko. Kebanyakan peniaga-peniaga Forex memasuki ketika lilin ditutup dan meletakkan henti rugi mereka di batang lilin rendah. Masalah timbul kerana sebenarnya anda tidak akan tahu di mana lilin akan tutup. Oleh itu, ia membuat pra-perancangan menjadi rumit dan memberi kesan kepada pengurusan risiko peniaga.

    # 3 Indikator bergerak perlahan

    Corak Analisis teknikal batang lilin adalah indikator yang bergerak perlahan kerana kebanyakan peniaga Forex menunggu sehingga lilin tutup sebelum memasuki perdagangan. Ini mempunyai banyak kelemahan, dengan yang paling penting ialah indikator yang bergerak perlahan hanya mencatat hasilnya, jadi ia meninggalkan ruang bagi peniaga untuk membuat keputusan atau membuat jangkaan mengenai pergerakan harga seterusnya.

    Catatan berkaitan