• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Dalam kebanyakan hal, berdagang dengan trend di Forex dianggap kurang risiko dan lebih menguntungkan. Sudah tentu, jika anda mampu melihat trend naik atau trend turun bermula daripada garis trend atau purata pergerakan dengan tarik balik (pullbacks) kecil, yang bergerak seperti dalam saluran, maka anda hanya perlu buka dagangan sepanjang trend.

    Bagaimanapun, jika terdapat pergerakan zigzag yang tidak difahami dalam pasaran, maka sementara menunggu pada pembentukan trend jelas (clear), ia mudah terlepas untung. Terutama sekali, jika pergerakan itu berakhir lebih dari satu bulan. Dalam hal ini anda boleh berniaga secara hati-hati bertentangan trend utama. Terdapat beberapa strategi trend-counter, seperti yang dilakar di bawah.

    1. Dagangan pada Pembetulan

    Pergerakan kuat trend biasanya diganti dengan pembetulan, oleh itu ia boleh juga digunakan untuk raih untung. Ini biasanya berlaku selepas siaran berita penting, apabila harga pada mulanya menuju ke arah trend utama dan kemudian terjadi pembetulan. Corak sebegini digunakan oleh peniaga yang berniaga berdasarkan berita.

    Pada mulanya, mereka buka entry pada arah rangsangan utama acara ekonomi, dan apabila gerakan itu lemah sendiri, mereka tutup kedudukan dan buka niaga baru pada arah bertentatagan, menambah untung mereka. Jika anda mahu berniaga cara ini anda perlu ingat bahawa pembetulan selalunya kecil dari segi saiz daripada pergerakan trend, oleh itu anda perlu sediakan matlamat minimum bagi meraih untung.

    2. Strategi Scalping

    Bagi scalpers, sebarang pergerakan harga berbaloi untuk didagang termasuk dagangan bertentangan trend. Memandangkan scalpers gunakan ambil untung sedikit, dan jangkamasa urusniaga tidak melebihi 5-10 minit, mereka boleh berdagang tanpa masalah dengan dan terhadap trend.

    3. Dagang dalam Saluran

    Kadangkala harga bergerak dalam saluran menaik atau menurun, bermula daripada kedua-dua sempadan atas dan bawah. Dalam hal ini, anda boleh buka kedudukan pada kedua-dua arah tidak kira trend utama. Perbezaannya hanyalah saiz arahan raih untung. Ambil untung anda perlu lebih besar jika anda berdagang di arah trend daripada bertentangannya.

    4. Berdagang gunakan Oscillator

    Anda juga boleh berdagang bergantung pada oscillator. Misalnya, stochastic oscillator boleh digunakan. Apabila garisan stochastic bersilang dalam zon belian tepu, peniaga jual, dan selepas garisan stochastic bersilang di zon terlebih jual, peniaga beli. Anda boleh membaca lebih tentang isyarat stochastic dan oscillators lain dalam pelajaran mengenai “Oscillator sedang bertindak”.

    5. Mencari Corak Terbalik Arah di Carta

    Dari masa ke masa trend semasa berakhir dan sebaliknya. Jika anda mampu menghentikan keadaan ini pada masa yang tepat, ia akan membawa untung besar. Bagaimanapun ,keadaan begitu amat jarang berlaku dan berdagang bertentangan trend boleh mengakibatkan kerugian yang agak besar.

    Jika anda ingin berdagang bertentangan trend dengan berjaya dan menguntungkan, anda perlu beri perhatian kepada saranan berikut:

    • Boleh laksanakan dagangan hanya jika terdapat paras sokongan dan rintangan.

    • Sebelum lakukan niaga sila lihat pada jangka masa panjang

    • Beri perhatian pada bentuk corak kebalikan.

    • Sebelum lakukan niaga tunggu pengesahan dalam bentuk paras uji semula (retest).

    • edia ambil sedikit untung apabila berniaga bertentangan trend.

    • Berniaga bertentangan trend perlu gunakan arahan yang belum diputuskan.

    Catatan berkaitan