• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Dalam pelajaran lalu, kita bincangkan perbezaan di antara crypto fizikal lawan crypto CFD. Memandangkan ia lebih selamat berniaga crypto CFD, dalam pelajaran ini kita akan lebih menjunam kepada pengkhususan perdagangan crypto.

    Sama seperti perdagangan Forex trading, tugas utama bagi peniaga mata wang crypto ialah untuk membuat ramalan dan raih untung dalam perdagangan. Untuk berbuat demikian, anda boleh gunakan kedua-dua analisis teknikal dan analisis asas, yang bergantung pada berita blockchain dan mata wang crypto.

    Analisis Teknikal Crypto

    Keberkesanan analisis teknikal dalam hubungannya kepada mata wang crypto menimbulkan keraguan. Peri laku instrumen pada bursa crypto (mata wang crypto, tokens, dll) boleh dimanupulasi oleh kumpulan peniaga, yang boleh meningkatkan volum dengan banyak pada satu masa. Walaubagaimanapun ramai peserta pasaran gunakan senarai kecil instrumen analisis teknikal dengan berjaya bagi meramalkan harga. Apabila menganalisis mata wang crypto daripada perspektif teknikal seorang peniaga selalunya gunakan 4 elemen:

    • Carta;

    • Senarai permintaan jual dan beli;

    • Sejarah urusniaga;

    • Volum dagangan dilakukan di bursa.

    Analisis Asas Crypto

    Berita strategi perdagangan lebih berkesan; bagaimanapun amat sukar untuk mendapatkan berita crypto yang relevan tepat pada masanya. Satu daripada sumber di mana peniaga boleh mendapatkan berita adalah forum crypto dan blog, di mana pakar- pakar siarkan pendapat dan ulasan mengenai pembangunan pasaran selanjutnya. Berita crypto media massa biasanya diterbitkan selepas ditunda lama, yang mengurangkan relevannya kepada peniaga.

    Perlu disebut bahawa pergerakan besar-besaran pada bursa mata wang crypto terbentuk oleh kumpulan pelabur yang terhad yang berdagang dengan volum besar dan mampu membuat perubahan penting dalam sebut harga. Kumpulan seperti ini atau peniaga individu tidak akan bercakap mengenai niat mereka terlebih dulu, oleh itu anda perlu mengesan permulaan tindakan tersebut dan bertindak sewajarnya.

    Malah keadaan lebih bahaya berlaku apabila beberapa peserta pasaran dengan sengaja menyebabkan pergerakan harga yang tajam untuk medapatkan perhatian peniaga baru kepada permulaan pergerakan yang lebih penting. Akibatnya ramai peniaga yang terburu-buru menyokong kejayaan awal dan mula pergerakan merangsang niaga dengan wang sendiri.

    Tip penting untuk Peniaga Crypto

    Rasa tamak adalah musuh pada setiap peniaga. Anda jangan menjangka lebih daripada jangkaan ramalan anda, hentikan tepat pada masanya, daripada dedahkan keuntungan anda dan deposit permulaan dalam bahaya semata-semata kerana rasa tamak. Ini boleh diterapkan kepada kedua-dua mengekalkan kedudukan buka dan tunggu kepada isyarat entry yang lebih dipercayai. Teori mudah ini membuat anda fahami bagaimana berdagang mata wang crypto dengan betul dengan mengelakkan entry mendadak yang tidak perlu yang jangkakan momentum yang kuat.

    DOM (Kedalaman Tingkap Pasaran) adalah sumber maklumat utama bagi peniaga crypto. Saiz volum and permodalan pasaran adalah faktor genting mencerminkan mood peniaga lain. Oleh itu pengetahuan tentang maklumat ini akan membantu anda meramal dinamik akan datang.

    Catatan berkaitan