• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Analisis asas membawa pemahaman bahawa punca utama perubahan dalam nilai relatif mata wang adalah perubahan sebenar atau pergerakan kadar faedah yang dapat dilihat, inflasi, atau pertumbuhan ekonomi antara ekonomi mereka.

    Asas-asas kekal di balik tabir dan memberi isyarat penting kepada pengukuhan atau kelemahan mata wang. Dengan membentuk pandangan asas mata wang, peniaga boleh selaraskan dengan kekuatan ekonomi yang dicerminkan mata wang.

    Mengapa Peniaga Forex Membangunkan Pandangan Asas?

    Membangunkan pandangan asas adalah sebahagian daripada pembangunan seorang peniaga Forex. Apabila pedagang mula-mula berdagang, tumpuan cenderung kepada teknik dan taktik, kerana mempelajari cara menambah perdagangan dan cara membaca carta adalah tugas yang paling penting.

    Dengan masa dan kerap melakukan, seorang pedagang Forex membangunkan pemahaman yang lebih baik mengenai data asas dan memahami bagaimana ia memberi kesan kepada pasangan Forex yang didagangi. Akhirnya, dia akan bertanya dua soalan berikut:

    1

    Pasangan mata wang apa yang harus saya dagang?

    2

    Apa arah perdagangan saya seterusnya?

    Ia berguna untuk mengelompokkan mata wang brdasarkan peri laku asas mereka. Sesetengah mata wang adalah lebih kuat daripada yang lain dan sesetengah mata wang asasnya berada pada tahap yang ekstrem. Pasangan-pasangan ini menjadi lebih menarik untuk diperdagangkan.

    Senarai Semak (Checklist) Analisis Fundamental Forex dan Pelan Tindakan

    Apa selanjutnya selepas peniaga Forex membangunkan pandangan asas dan memperoleh pemahaman yang lebih baik mengenai mata wang apa yang akan diperdagangkan?

    Untuk membimbing peniaga Forex dalam menjalankan analisis asas mereka sendiri, langkah seterusnya ialah mereka perlu menangani tawaran dengan membuat senarai semak Forex dan pelan tindakan analisis asas mereka sendiri. Tujuan senarai semak Forex asas adalah untuk memastikan bahawa peniaga Forex mempunyai maklumat untuk membuat beberapa keputusan strategi perdagangan. Sebagai contoh, kami telah menyenaraikan di bawah pelan tindakan yang boleh anda ikuti:

    • Senaraikan data global semasa mengenai GDP, kadar faedah, dan paras inflasi.

    • Menganalisis corak harga komoditi seperti minyak, emas, tembaga.

    • Mengkaji Indeks Berwajaran Perdagangan ( Traded Weighted Index ) (TWI) bagi setiap mata wang untuk menentukan adakah yang sedang berusaha mencari (probing) sokongan atau rintangan utama.

    • Periksa Indeks Dolar AS (USDX) dan bandingkan dengan TWI USD.

    • Menganalisis kadar faedah global dan cuba golongkan matawang mengikut:

    1

    Negara-negara dijangka menaikkan kadar

    2

    Negara-negara dijangka mengekalkan kadar yang sama

    3

    Negara-negara dijangka menurunkan kadar

    • Pilih pasangan matawang mana yang akan didagang.

    • Tinjau kalendar bagi siaran ekonomi.

    Sudah tentu, setiap pedagang mempunyai rancangan tindakan dan senarai semakannya sendiri. Walaupun ia berbeza bagi setiap orang, pelajaran yang paling penting di sini ialah anda meninjau prestasi perdagangan anda dan dapat melihat bagaimana rancangan tindakan anda berfungsi. Ia penting untuk meneliti senarai semakan dan pelan tindakan anda. Jika perlu, disyorkan untuk mengemaskini dan memperbaikinya.

    Catatan berkaitan