Indikator purata bergerak (MA) adalah salah satu alat analisisi teknikal yang sudah lama. Peniaga gunakannya sebelum komputer dicipta. Ia disifatkan sebagai salah satu alat terbaik bagi menetapkan trend bagi sebarang bentuk instrumen kewangan; kewangan, saham, futures, opsyen, crypto.

Guna MA adalah untuk menunjukkan arah sebenar trend garis dengan membendung bunyi (‘noise’) pasaran. Carta sederhana sendiri ( itself) bertindak selaku sokongan dinamik/tahap rintangan. Hitungan berdasarkan harga aset dagangan bagi satu tempoh terdahulu dibahagi kuantiti. Oleh itu indikator Purata Pergerakan menghitung purata aritmetik naik turun harga yang lalu tanpa pertimbangkan bunyi. Hitungan boleh dibuat pada harga buka/tutup, tinggi/rendah.

Kebolehpercayaan isyarat MA ditentukan oleh bilangan tempoh hitungan. Semakin banyak tempoh digunakan , semakin isyarat itu diyakini.

Indikator MA Forex lain

Salah satu indikator paling ringkas dan dikenali ramai ialah purata bergerak mudah (SMA). Selain SMA, ada beberapa opsyen indikator yang tersebar luas dan digunakan dalam kebanyakan platform dagangan.

  • Purata Pergerakan Semakin Pesat, EMA (Exponential Moving Average, EMA).

    Berbanding dengan yang mudah, yang tidak ada perbezaan antara tempoh harga yang sudah dihitung, indikator EMA menambah lebih nilai kepada kebanyakan data terbaru. Daripada penutupan harga semasa, nilai menurun pesat daripada bar pertama paling sensitif kepada yang terakhir yang dihitung, yang secara praktikal tidak ada kesan pada hitungan trend. Kaedah pengiraan (Algorithm) EMA membolehkan anda cepat bertindak balas kepada perubahan pasaran bagi membolehkan berdagang dengan lebih efektif pada jangka masa yang pendek.

  • Berwajaran linier (Linear Weighted) (Indikator Linear Weighted MA, LWMA, WMA).

    Pengubahsuaian kepada purata yang bergerak EMA dengan algorithm berlainan untuk menyerahkan tempoh penting (weights). Sama juga dengan EMA di LWMA bar penghabisan paling penting, oleh itu kepentingannya menurun berbanding yang pesat tadi. Ia bertindak lebih lagi kepada perubahan harga drastik, ini sebabnya ia lebih digunakan dalam pasaran saham, di mana trend pada awalnya tenang berbanding pasaran Forex yang tidak menentu.

  • Melicinkn (Smoothed) MA (SMMA).

    Berfungsi pada arah bertentangan: tempoh lama lebih penting dan nilai bar semasa menurun yang berturutan. Oleh itu, pergerakan MA yang lancar menjadi lebih kebal (resistant) kepada turun naik harga.

Bagaimana menggunakan Indikator Purata Pergerakan

Menetapkan MA boleh berbeza bergantung pada strategi yang anda gunakan, tetapi terdapat prinsip asas umum untuk gunakab purata pergerakan dalam dagangan dengan instrumen kewangan.

1

Pilih tempoh yang betul bagi MA.

2

Analisis sudut kecondongan Purata Pergerakan. Semakin luas sudut kecondongan MA, semakin kuat potensi bagi instrumen kewangan naik atau jatuh.

Purata Pergerakan Berfungsi:

1

Menggunakan MA sebagai garisan trend.

1)Bagi membolehkan menggunakan MA sebagai garisan trend anda perlu memilih karakter MA yang betul . Jika harga ditetapkan lebih tinggi daripada MA, terdapat satu trend bullish di pasaran, dan sebaliknya.

2

Tetapkan momentum dengan MA.

Momentum secara dasarnya kelajuan trend. Cara paling mudah menetapkan momentum pasaran ialah tandakan (plot) tiga MA atas carta dan lihat bagaimana ia berkaitan antara satu dengan lain. Terdapat momentum yang kuat jika harga kekal naik dan MA tunggu giliran, dari segi keutamaan daripada atas ke bawah: 20, 50 dan 200. Jika garisan MA memintas antara satu dengan lain dan harga, terdapat tanda pasaran mendatar.

3

Sokongan dan rintangan.

Satu opsyen popular ialah gunakan MA sebagai garisan sokongan/rintangan. Biasanya peniaga gunakan MA dengan nilai genap, seperti 20, 50, dan 100.

4

Pemintasan (interception) MA.

Persimpangan (intersection) Bullish purata pergerakan berlaku apabila satu garisan pantas (dengan parameter tempoh pendek) merentas yang perlahan (dengan parameter tempoh panjang) ke atas. Satu bearish purata pergerakan menyeberang berlaku apabila garisan pantas merentas yang perlahan daripada atas ke bawah.

Catatan berkaitan

site call
live chat