Mata wang berhubung kait satu sama lain, ia lebih jelas diterangkan dengan contoh yang mudah. Jika pasangan Forex EUR/CHF meningkat, ia akan memberi kesan kepada dua pasangan Forex EUR/USD dan USD/CHF.

Dalam contoh ini, jika EUR/CHF meningkat, euro naik dan CHF turun dari segi nilai. Sebaliknya ini menjejas perubahan harga pada dua pasangan Forex lain; EUR/USD boleh juga naik disebabkan euro yang lebih kuat, sementara USD/CHF boleh juga meningkat disebabkan CHF yang kian lemah. Ini memaparkan bahawa kadar tulen EUR/CHF ada hubung kait dengan EUR/USD dan USD/CHF.

Meskipun begitu, penerangan mudah menjelaskan intipati (essence) fenomena tersebut; ia tidak selalunya menggambarkan tingkah laku sebenar matawang-matawang tersebut. Kedua-dua pasangan boleh bertambah atau berkurangan secara selari, tetapi keadaan sebaliknya berlaku apabila faktor lebih rumit dan tidak dijangka berlaku.

Kegunaan Pekali Hubung Kait (Correlation Coefficients)

Apabila masukkanya dalam nombor, hubng kait pasangan mata wang boleh ditunjukkan dalam angka dari -1 to 1. Pengertian kewangan ialah untuk memaparkan hubungan antara dua aset. Jika hubung kaitnya 1, ini bererti dua mata wang tersebut bergerak pada arah yang sama setiap masa. Jika nilai hubung kait -1, ertinya ada pergantungan (dependence) negatif: Pergerakan mata wang sebegitu telah ditetapkan 100% dan mempunyai arah bertentangan. Pertalian pasangan mata wang dengan nilai 0 menunjukkan bahawa tingkah laku mereka tidak ada kaitan antara satu dengan lain.

Menggunakan pekali hubung kait boleh melindungi anda daripada membuat banyak keputusan yang kurang bijak seperti membuka kedudukan mata wang pada arah yang sama, yang mempunyai hubung kait negatif. Misalnya, hubung kait pasangan mata wang EUR/USD dan USD/CHF ditutup pada -1, ini bermakna hampir setiap masa apabila nilai salah satu pasangan meningkat, harga pasangan kedua menurun. Kerana itu dagangan panjang EUR/USD dan dagangan yang sama USD/CHF adalah hampir tidak bermakna.

Hakikatnya,, rally yang tajam bagi dagangan pertama akan diimbangi oleh penjualan yang kedua. Terdapat juga lain pilihan, contohnya dagangan Panjang EUR/USD dan dagangan Panjang yang sama EUR/JPY, akan menyebabkan hampir menggandakan kedudukan anda, disebabkan oleh hubung kait kukuh antara dua pasangan.

Risiko Kurangi Hubung Kait (Correlation Reduces Risks)

Penggunaan Pekali hubng kait juga selalu membolehkan anda mengurangkan risiko dengan bantuan daripada kepelbagaian. Misalnya, sila lihat EUR/USD dan EUR/JPY. Pekali hubung kait bagi dua pasangan tersebut adalah positif, tetapi tidak sama 1. Itulah sebabnya menggunakan dua pasangan tersebut satu peluang keemasan untuk menambah untung anda. Terutama dalam hal di mana harga bertindak seperti diramal, tetapi ia akan mengalami kerugian apabila harga bertindak sebaliknya. Jika seorang peniaga menjangka euro meningkat, adalah lebih logik untuk beli satu lot EUR/USD dan satu lot EUR/JPY, daripada terus membeli 2 lot EUR/USD.

Dalam mana-mana keadaan, strategi mana seorang peniaga gunakan tidak penting, adalah penting untuk mengingati tindak balas hubung kait. Perubahan dalam pekali hubung kait boleh memberi anda maklumat penting untuk pelbagaikan risiko, mencari alternatif dan lindung nilai, ini akhirnya akan memberi kesan positif pada pendapatan.

Sebagai penutup, terdapat tiga kemungkinan cara gunakan hubung kait:

1

Elak membuka kedudukan arah yang sama bagi mata wang yang indek hubung kait negatifnya tinggi.

2

Elak buka kedudukan arah berbeza bagi mata wang yang indek hubung kaitnya negatifnya tinggi.

3

Gunakan hubung kait untuk pelbagaikan risiko.

Catatan berkaitan

site call
live chat