Dagangan breakout adalah strategi berdasarkan model berikut: Proses membuka dagangan bermula pada ketika harga menembusi paras sokongan atau rintangan.

English: Buy Order
Bahasa: Arahan Beli

Menggunakan strategi breakout selalunya jauh lebih berkesan apabila terdapat trend yang jelas, tetapi ia kurang berkesan apabila digunakan pada pasaran yang mendatar.

Satu entry biasanya terbuka pada ketika harga menembusi paras sokongan dan rintangan yang telah ditetapkan. Pada waktu yang sama seorang peniaga perlu menghitung bilangan minimum pip, yang diperlukan untuk membolehkan beliau berkata breakout berlaku. Selepas penembusan, harga selalunya kembali (return) dan seterusnya melantun daripada paras yang pecah (broken) sebelumnya. Pada masa yang sama , garis sokongan diubah kepada rintangan.

Manfaata Strategi Breakout Forex

Strategi breakout mempunyai kelebihan berikut.

1

Model strategi membolehkan anda meraih untung yang memuaskan dalam jangka masa pendek. Peluang ini wujud kerana apabila harga exit trend ke sisi (exit trend sideways), ia selalunya sangat tidak menentu.

2

Model strategi menggunakan isyarat (signal) boleh diyakini yang membolehkan anda menentukan arah harga.

Kelebihan di atas berdasarkan ciri pemantulan (reflective nature) pasaran. Apabila isyarat muncul ramai peniaga melihatnya dan dengan bertindak mereka mengukuhkan ketidaktentuan. Memecahkan paras sokongan dan rintangan adalah salah satu isyarat yang boleh diyakini (kecuali trend bertentangan). Keburukan utama strategi tersebut adalah kecekapan rendah apabila berfungsi di pasaran mendatar.

Analisis Dua Model Dagangan Breakout

Sekarang, mari kita analisis model jangka pendek dagangan breakout. Entry sepatutya sudah dibuka apabila harga ialah 10-15 pip atas (bawah) paras rintangan (paras sokongan). Perlu disebut bahawa exit daripada saluran yang lebih sempit (hingga 30 mata asas) membawa potensi untung lebih tinggi..

Ada dua taktik yang akan membantu anda menutup entry dan menentukan arahan henti-rugi:

1

Beli dan Pegang.

2

Dagangan Jangka Pendek.

Taktik Beli dan Pegang (Hold)

Taktik “Beli dan Pegang” berdasarkan pada fakta bahawa kedudukan perlu dipegang sepanjang tempoh dagangan. Taktik ini digunakan apabila ada keyakinan bahawa trend peri laku akan kekal tidak berubah sehingga paras dihitung (paras memperoleh untung). Taktik ‘Beli dan Pegang’ kadang-kala dipanggil taktik saraf kuat (‘strong nerves’), kerana selalu ada peluang trend terbuka (unfolds) sebelum mencecah ambil untung anda. Ini sebabnya, bagi mengurangkan paras risiko yang dibawa taktik ini, digalakkan menggunakan ‘trailing stop’. Idea utama Trailing Stop adalah untuk menutup dagangan yang menguntungkan ketika harga mula terbalik arah.

Taktik Dagangan Jangka -Pendek

Taktik Dagangan jangka-Pendek ( ‘Short term trading’) berdasarkan pada penutupan awal dagangan. Peniaga menutup pantas arahan buka tanpa menunggu kemungkinan pembetulan dagangan atau terbalik arah. Selepas menutup satu arahan, peniaga itu boleh mencari entry ketika trend menyentuh paras sokongan atau rintangan selanjutnya atau menembusinya. Tafsiran grafik “dagangan jangka pendek’ ditunjukkan gambar di bawah.

Engish: Buy Entry
Bahasa: Entry Beli

Kebiasaan menunjukkan bahawa menggunakan taktik ‘Dagangan Jangka-Pendek’ dalam banyak hal memberi pulangan rendah berbanding taktik ‘Beli dan Pegang’. Pada masa yang sama taktik ‘Dagangan Jangka-Pendek” membawa kurang risiko.

Catatan berkaitan

site call
live chat