• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Analisis tempoh masa pelbagai pasaran Forex melibatkan pemantauan pasangan mata wang yang sama di frekuensi masa yang berbeza. Tiada batasan tentang berapa banyak frekuensi yang boleh diperiksa atau yang mana khusus untuk dipilih.

    Apa itu Peraturan Empat?

    Biasanya, menggunakan tiga tempoh yang berbeza memberikan bacaan luas di pasaran Forex, sementara menggunakan kurang daripada ini boleh mengakibatkan kehilangan data yang besar. Menggunakannya juga biasanya menyediakan analisis yang berlebihan. Apabila memilih kekerapan tiga kali, strategi mudah adalah untuk mengikuti "peraturan empat." Ini bermakna tempoh masa sederhana harus ditentukan terlebih dahulu. Dari situ, tempoh masa yang lebih singkat harus dipilih, dan sekurang-kurangnya seperempat tempoh pertengahan (misalnya, carta 15 minit bagi jangka masa jangka pendek dan carta 60 minit bagi tenpoh masa masa sederhana atau pertengahan ). Walau bagaimanapun, jangka masa panjang mestilah sekurang-kurangnya empat kali ganda lebih panjang daripada yang pertengahan.

    Ia penting untuk memilih tempoh masa yang betul apabila memilih julat tiga tempoh. Jelas sekali, peniaga jangka panjang yang memegang kedudukan selama berbulan-bulan akan mendapati kegunaan gabungan selama 15 minit, 60 minit dan 240 minit. Pada masa yang sama, peniaga urusniaga sehari yang memegang kedudukan berjam-jam dan jarang lebih lama dari sehari akan mendapat sedikit kelebihan dalam aturan harian, mingguan dan bulanan. Ini bukan bererti pedagang jangka panjang tidak akan mendapat manfaat daripada mengawasi carta 240-minit atau pedagang jangka pendek daripada memegang carta harian dalam julat, tetapi ini adalah sesuatu yang ekstrem dan bukan menjadi dasar keseluruhan julat.

    Mulakan Analisis Forex pada Tempoh Masa Jangka Panjang

    Strategi terbaik adalah untuk memulakan dengan jangka masa panjang dan bekerja dalam frekuensi masa yang lebih pendek. Dengan melihat jangka masa panjang, trend dominan dibentuk.

    Pertimbangan lain untuk jangka masa panjang dalam julat ini adalah kadar faedah. Sebahagiannya adalah cerminan kepada keadaan ekonomi, kadar faedah adalah komponen asas dalam kadar tukaran Forex. Dalam kebanyakan keadaan, modal akan mengalir ke arah matawang dengan kadar yang lebih tinggi dalam pasangan kerana ini sama dengan pulangan yang lebih ketara ke atas pelaburan modal.

    Pindahkan Analisis Forex di sebelah Tempoh Masa Sederhana

    Menambah tempoh masa carta yang sama dengan tempoh masa pertengahan, gerakan lebih kecil di kalangan trend lebar menjadi jelas. Ini adalah yang paling serba boleh (versatile) dari tiga frekuensi kerana rasa (sense) kedua-dua tempoh jangka pendek dan tempoh jangka panjang boleh ditentukan dari paras ini. Seperti yang kami nyatakan di atas, tempoh masa yang dijangka untuk perdagangan purata harus menentukan anchor ini untuk julat tempoh masa. Selain itu, paras ini harus menjadi carta yang paling kerap diikuti apabila merancang perdagangan semasa perdagangan sedang berjalan dan kedudukannya hampir dengan sasaran keuntungan atau henti rugi.

    Ketiga, Semak Tempoh Masa Jangka Pendek

    Dengan melaksanakan tempoh masa pendek, turun naik yang sedikit dalam tindakan harga menjadi lebih jelas. Seorang peniaga lebih mampu membuat keputusan mengenai entry yang menarik untuk kedudukan yang arahnya telah ditentukan oleh carta kekerapan yang lebih tinggi.

    Menggabungkan Semua Tempoh Masa Bersama

    Apabila semua tempoh masa tiga kali digabungkan untuk menganalisis pasangan mata wang, seorang peniaga akan dengan jelas meningkatkan kemungkinan kejayaan untuk perdagangan Forex, tanpa mengira peraturan lain yang diterap untuk strategi. Melakukan analisis atas ke bawah (top-down) menggalakkan perdagangan dengan trend yang lebih luas. Ini boleh membataskan risiko kerana terdapat kebarangkalian yang lebih tinggi bahawa tindakan harga akan berlanjutan. Dengan menggunakan strategi ini, paras keyakinan dalam perdagangan harus diukur dengan cara tempoh waktu diatur (ine up).

    Catatan berkaitan