Analisis teknikal adalah salah satu cara terbaik untuk meramalkan peri laku (behavior) instrumen kewangan yang berlainan seperti saham dan mata wang. Terdapat tiga instrumen utama , yang digunakan dalam analisis teknikal: garis (paras), corak (model) dan indikator.

Semua indikator dihitung dengan formula matematik tertentu, yang menggunakan sama ada harga atau volum instrumen kewangan. Dengan menggunakan indikator, seorang peniaga boleh mengenal pasti perubahan jangka pendek dan pertengahan pada arah harga.

Tambahan pula, indikator boleh menyediakan seorang peniaga dengan maklumat berikut:

  • Paras sokongan dan rintangan (Purata Pergerakan (Moving averages), Bollinger bands, Envelopes, dll.)

  • Keadaan pasaran semasa: trend atau mendatar (Purata Pergerakan, Parabolic, Ichimoku, dll.)

  • Kekuatan trend atau momentum. Jika satu indikator berkembang, ini bererti trend tersebut membangun dengan aktif dan adalah bijak untuk masuk arah trend. Jika indikator jatuh, ini bererti peniaga mula hilang minat pada instrumen kewangan dan perubahan trend mungkin berlaku dalam masa terdekat (indikator momentum).

  • Volum dagangan (Pengumpulan/Pengedaran, Volum On balance , dll.)

Beberapa jenis Indikator Forex

Terdapat beberapa jenis indikator: ketidaktentuan, trend, momentum, kekuatan, dan lain-lain. Bagaimanapun, mereka tergolong kepada sama ada laggard atau grup leading:

1

Indikator Lagging

mengikut trend dan dipanggil trend indikator. Ia mempunyai karakter prognostic yang rendah. Indikator lagging yang paling terkenal dan digunakan secara meluas adalah Purata Pergerakan dan Bollinger bands. Sifat utama indikator ialah ia bertindak dengan baik dalam pasaran trending.

2

Indikator Leading

kerap dipanggil oscillator. Indikator jenis itu digunakan untuk meramalkan trend bertentangan. Sudah tentu ia tidak boleh mengatasi (out run) gerakan harga dan kemunculan maklumat baru tentang pasaran. Ia hanya ada sedikit perubahan kedepan, yang memberi anda peluang meramalkan keadaan pasaran masa depan. Oscillator biasanya mempunyai lebih petanda palsu daripada indikator trend. Oscillator yang paling dikenali ialah indikator Stochastics dan RSI.

Purata Pergerakan Mudah (SMA)

Salah satu indikator trend paling ringkas ialah Purata Pergerakan Mudah (SMA). Di carta ia kelihatan seperti satu garisan, yang membandingkan harga semasa (penutupan, pembukaan, dll) dengan yang lalu bagi satu tempoh tertentu (satu nilai purata). Ia boleh digunakan sebagai garis trend, tetapi sebagai tambahan terdapat pelbagai cara lain bagaimana indikator ini boleh digunakan. Sila rujuk pada pelajaran yang dipanggil ”purata pergerakan sedang bertindak” (Moving Averages in Action).

Indikator Band Bollinger

Indikator Band Bollinger memaparkan ketidaktentuan dengan tepat. Indikator merangkumi tiga garisan:

  • Purata pergerakan mudah (SMA untuk 20 hari);

  • Band Atas (upper Band): SMA 20 + (sisihan piawai (standard deviation x 2);

  • Band bawah: SMA 20 - (sisihan piawai x 2).

Bollinger Band adalah indikator ketidaktentuan yang ideal yang secara kitaran (cyclically) menyempitkan atau mengembangkan, memaparkan struktur harga seperti ombak. Selepas setiap saluran dirapatkan, pengembangan berlaku dan harga bergerak menajam ke atas atau ke bawah. Oleh itu, selepas setiap penyempitan adalah logik untuk menunggu bagi pengembangan.

Indikator Trend Forex: SAR Parabolic

SAR Parabolic (Berhenti dan Terbalik) adalah indikator trend, yang digunakan untuk mengenalpasti terbalik arah harga. Indikator SAR Parabolic beri petanda, seperti dijelaskan di bawah.

A. Pengesahan Trend:

1

Indikator diletakkan di bawah carta harga, indikator sahkan terdapat trend menaik (uptrend);

2

Indikator terletak di atas carta harga, indikator sahkan terdapat trend menurun (downtrend);

B. Definasi Saat Menutup kedudukan Forex:

1

Harga turun bawah indikator dalam trend menaik, kedudukan panjang (long) sepatutnya ditutup.

2

Harga meningkat atas indikator dalam trend menurun, kedudukan pendek (short) perlu ditutup.

Fahami bagaimana Indikator Forex berfungsi

Indikator adalah instrumen penting analisis teknikal bagi seorang peniaga aktif. Untuk membolehkan mula menggunakan satu atau indikator lain, pertama adalah penting memahami bagaimana ia berfungsi dan ia digunakan untuk apa. Kerana bergantung pada indikator trend keadaan pasaran, indikator volum atau oscillator boleh digunakan.

Sebaik saja anda sudah memahami dengan jelas Indikator Forex maka sudah tiba masa untuk mula menggunakan mereka. Di Forex4you, anda boleh dapat akses kepada semua indikator Forex yang popular, sebagai syarat untuk menjadi lebih berjaya.

Catatan berkaitan

site call
live chat