FOREX ialah pasaran yang berfungsi berdasarkan peraturan psikologi dagangan. Oleh itu , hasil usaha peniaga bergantung secara langsung kepada keadaan emosi dan psikofizikal. Mungkin, pada permulaan, cukup setakat memiliki hanya skil teknikal dan menganalisis bagi prestasi yang baik.

Bagaimanapun kejayaan jangka panjang bergantung kepada terutamanya kestabilan psikologi peniaga. Kawal diri dan disiplin adalah kunci faktor kejayaan, yang membantu peniaga untuk menuru strategi yang dipilih dan mencapai keputusan yang baik.

Jika seorang peniaga mampu mengawal diri, beliau terus berniaga dalam peraturan yang telah ditetapkan tanpa melencong daripadanya walaupun emosi. Ini dipanggil ‘untuk dalam zon’ (to be in the zone). Ini adalah keadaan di mana anda paling produktif dan membuat keputusan yang betul. Ini adalah salah satu mutu yang membezakan peniaga berpengalaman dengan muka baru.

Bagaimana Emosi beri kesan kepada Prestasi Peniaga Forex?

Emosi yang ada kesan negatif kepada dagangan ialah rasa takut dan tamak.

1

Terdapat beberapa jenis tindak balas yang berkaitan dengan rasa takut : takut gagal, kerana kehilangan potensi untung. Misalnya, seorang peniaga yang mengalami kerugian berasa takut dan bimbang yang membuatkannya bertindak terburu-buru. Beliau akan mula membuka kedudukan yang menentang atau menutup urusniaga semasa, bukan berdasarkan kepada analisis, tetapi hanya berdasarkan emosi. Tindakan sedemikian hanya membawa kerugian.

2

Apabila seorang pedagang mengalami rasa tamak, dia berusaha untuk membuat keuntungan yang terlalu banyak dan menyimpang daripada strategi yang dipilih. Membuat keuntungan lumayan memberikan keyakinan diri yang berlebihan dan rasa keunggulan, terutama sekali bagi muka baru. Selalunya, selepas urus niaga utama yang berjaya, peniaga mula bertindak dengan terlau yakin kepada diri sendiri: dia mula bertindak tanpa berfikir untuk memasuki pasaran dengan isyarat yang tidak dapat disahkan - mengakibatkan kerugian yang melebihi kejayaan sebelumnya.

Nasihat yang baik dalam hal sedemikian ialah menyimpan buku harian peniaga, untuk menulis pelan tindakan sebelum anda memulakan urus niaga.

Elakkan Perdagangan Keghairahan atau Balas Dendam (Revenge)

Masalah seterusnya ialah usaha tebus rugi urus niaga yang buruk dengan membuat urus niaga lain: "Saya baru saja kehilangan $200, jadi sekarang saya perlu mencari urus niaga $200 lain untuk mendapat balik kerugian." Ia dipanggil "perdagangan balas dendam" (revenge trading). Jika ia mula kelihatan seperti anda berdagang mengikut emosi, hentikan. Teruskan berdagang hanya apabila anda mempunyai pelan dagangan yang baik.

Seorang peniaga mengalami emosi bercampur baur selepas membuat urus niaga yang berjaya: bangga, seronok, ghairah. Namun emosi ini berbahaya dalam berdagang. Kadang-kadang peniaga, yang didorong oleh kejayaan sebelumnya, memasuki pasaran tanpa berfikir panjang membuat kesilapan mudah. Jangan terburu-buru dan jangan berdagang sehingga anda boleh mengawal diri.

Psikologi perdagangan adalah sangat penting untuk muka baru dan profesional. Mempelajari psikologi seorang peniaga akan membolehkan anda menguasai kemahiran perdagangan yang sukar, untuk kekalkan kesihatan dan meningkatkan modal.

Berikut adalah beberapa nasihat asas mengenai psikologi perdagangan:

1

Usah terburu-buru.

2

Ikuti pelan dagangan anda dengan jelas.

3

Jangan jadi ‘pak turut’.

4

Cuba untuk bertenang dalam apa jua keadaan.

5

Tingkatkan kemahiran anda secara beransur-ansur. Adalah penting untuk mendidik diri sendiri dan memperoleh pengetahuan, tetapi latihan mengawal emosi juga penting.

6

Jangan berdagang jika anda letih, kecewa atau gelisah.

Catatan berkaitan

site call
live chat