• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Dalam pasaran Forex satu mata wang ditukar kepada yang lain. Dan bagaimana matawang -matawang ini disebut harga? (quoted). The International Standards Organisation (ISO) telah menyediakan kod tiga huruf bagi setiap mata wang dunia.

    Dua huruf pertama kebanyakannya sama dengan nama negara, sementara huruf ketiga menandakan nama matawang. Chontohnya Pound British, dalam pasaran Forex ia disebut GBP. Dua huruf pertama merujuk kepada Great Britain, sementara huruf terakhir rujuk kepada Pound.

    Katakan satu mata wang didagangkan dengan mata wang lain, pasangan Forex akan disebut seperti berikut: jika Euro didagang terhadap DolarAS maka ia disebut harga EUR/USD atau EURUSD.

    Mata wang yang paling kerap didagang di Forex

    Selepas sebutan harga (quotation) pasangan Forex diperjelas, langkah seterusnya ialah biasakan dengan beberapa mata wang yang paling kerap didagang di dunia. Lapan mata wang berikutnya adalah yang kerap didagangkan , ia merangkumi lebih 85% daripada volum dagangan di pasaran Forex.

    1

    Dolar AS (USD),

    2

    Euro (EUR),

    3

    Pound British Sterling (GBP),

    4

    Dolar Australia (AUD),

    5

    Yen Jepun (JPY),

    6

    Franc Swiss (CHF),

    7

    Dolar Canada (CAD),

    8

    Dolar New Zealand (NZD).

    Pasangan Forex yang paling cair

    Kecairan (liquidity) adalah istilah dalam Forex yang anda akan kerap temui. Ia secara asas menjelaskan bahawa aset, sekuriti atau matawang boleh dibeli atau dijual dalam masa yang singkat, dan tidak memberi kesan kepada nilai atau harga. Pasangan Forex yang disenaraikan di bawah tidak semestinya pasangan FX terbaik untu didagang tetapi ia mempunyai kecairan yang tinggi. Juga pasangan Forex ini terlibat dalam sebahagian besar urus niaga bursa.

    1

    EUR/USD (euro lwn (vs) dolar AS)

    2

    USD/JPY (Dolar AS lwn yen Jepun)

    3

    GBP/USD (Pound Great Britain iwn Dolar AS)

    4

    AUD/USD (Dolar Australia lwn Dolar AS)

    5

    USD/CHF (Dolar AS lwn Franc Swiss)

    6

    USD/CAD (Dolar ASr lwn Dolar Canada)

    7

    NZD/USD (Dolar New Zealand lwn Dolar AS)

    Satu lagi perkara yang menarik ialah pasangan Forex yang disebut di atas ada kaitan dengan negara yang ada kuasa kewangan yang lebih besar dan juga volum dagangan yang tinggi di dunia.

    Senarai Pasangan Forex Eksotik

    Selain daripada pasangan utama, ada juga pasangan istimewa, dipanggil mata wang eksotik. Pasangan -pasangan ini biasanya memiliki secara perbandingan volum dagangan yang rendah, tidak ketentuan yang tinggi (high volatility) dan spread yang tinggi. Biasanya, berdagang pasangan tersebut melibatkan risiko yang tinggi dan juga kemungkinan memperoleh untung yang lebih tinggi. Di bawah disenaraikan berapa pasangan Forex eksotik.

    • EUR/TRY (Euro/Lira Turkey)

    • USD/TRY (Dolar AS/Lira Turkey)

    • USD/SEK (Dolar AS/Krona Sweden)

    • USD/MXN (Dolar AS/Peso Mexico)

    • USD/NOK (Dolar AS/Krone Norway)

    • USD/ZAR (Dolar ASr/Rand Afrika Selatan)

    • USD/HKD (Dolar AS/Dolar Hong Kong)

    • USD/DKK (Dolar AS/Krone Denmark)

    • USD/SGD (Dolar AS/Dolar Singapura)

    • USD/THB (Dolar AS/Baht Thailand)

    Senarai ini tidak lengkap, sebab ada lagi pasangan Forex eksotik. Apa yang dimaksudkan ialah berdagang pasangan Forex eksotik ini bukan boleh dilakukan oleh sebarang orang. Berdagang mata wang ini memerlukan ketahanan, pengetahuan tambahan mengeni geopolitik dan kesan ekonomi. Oleh itu ramai pedagang mula berdagang dengan pasangan Forex yang lebih stabil yang memiliki kecairan yang tinggi, sepeti EUR/USD, GBP/USD dan pasangan Forex lain yang disebut dalam bahagian kecil ‘Pasangan Forex Yang Paling Cair’.

    Catatan berkaitan