• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Apa yang menetapkan harga sesuatu mata wang? Sebelum kita cuba menjawab pertanyaan itu, kita perlu menjelaskan salah satu undang-undang ekonomi paling asas, terutama prinsip penawaran dan permintaan.

    Bagaimana Prinsip Penawaran dan Permintaan Berfungsi?

    Dalam kata mudah, prinsip-prinsip ini menjelaskan bahawa jika penawaran sesuatu produk lebih rendah daripada permintaan sudah tentu harga produk itu akan naik tinggi. Memandangkan lebih ramai orang mahukan produk itu daripada jumlah barangan yang ada.

    Sebaliknya, apabila penawaran produk lebih tinggi daripada permintaan produk, logiknya harga produk akan menurun. Ini kerana orang yang mahukan produk itu tidak ramai dan terdapat lebihan produk itu.

    Bagaimana Harga Mata Wang Ditentukan

    Setelah mengetahui prinsip penawaran dan permintaan , sila beri jawapan kepada pertanyaan penting pelajaran ini: “Bagaimana harga matawang ditentukan?

    Prinsip Penawaran dan Permintaan juga digunakan kepada matawang. Lebih banyak permintaan atau keinginan mahukan sesuatu matawang akan menyebabkan nilainya naik berbanding mata wang lain. Bagaimanapun, nilainya akan jatuh jika individu-individu dan institusi-institusi mengambil keputusan tidak memegang (hold) mata wang sesebuah negara.

    Contohnya, jika permintaan global kepada Dolar AS meningkat, nilai USD akan bertambah berbanding mata wang lain. Harga matawang boleh juga di anggap sebagai kadar tukaran spot (spot exchange rates). Ini adalah kadar di mana satu mata wang akan didagangkan bagi yang lain hari ini, dan ia adalah dagangan yang paling giat. Dengan lain perkataan pasaran ini menentukan harga di mana pasangan satu matawang tertentu boleh ditukar.

    Siapa Pengaruh Harian dan Pengaruh Terbesar Harga Mata wang?

    Jumlah volum Forex diurus niaga menerusi lebih kurang 10 bank terbesar dunia, termasuk JPMorgan Chase & Co., HSBC Holdings PLC, dan bank lain. Mereka bertugas menetapkan harga bagi bank dan juga bertugas mengurangkan risiko dengan bank lain.

    Jumlah bilangan semua bank, yang membeli dan menjual dolar mencetuskan penawaran dan permintaan bagi matawang, dengan Dolar AS selaku matawang utama. Ini termasuk sistem antara bank (interbank system), yang bertanggungjawab atas pembentukannya (creation) dan turun naiknya harga mata wang.

    Bank niaga (Bank dealers), biasanya dapatkan nilai tertenu bagi satu matawang berdasarkan pelbagai faktor yang berubah secara tetap. Faktor in termasuk;

    • Kadar pasaran semasa,

    • Berapa jumlah volum boleh didapati pada kadar harga tertentu,

    • Pandangan mereka tentang di mana mata wang itu akan tuju selanjutnya,

    • Dan kedudukan (position) inventori (inventory) mereka.

    Oleh itu, adalah menarik apabila melancong ke luar negara kita meninjau kadar tukaran matawang asing yang berbeza di negara-negara yang berbeza.

    Catatan berkaitan