• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Apabila berdagang di pasaran Forex, anda tidak perlu menutup semua dagangan anda di akhir setiap hari. Sebaliknya broker Forex anda secara automatik akan melanjutkan kedudukan terbuka. Ini bermakna ia akan ditukar atau diganti dengan kedudukan baru.

    Oleh itu, SWAP boleh diertikan sebagai kadar faedah semalaman atau peralihan (rollover) yang diperoleh atau dibayar untuk pegangan kedudukan semalaman dalam perdagangan tukaran asing. Oleh itu, apabila anda memegang kedudukan semalaman, pembekal kecairan melakukan proses peralihan. Walau bagaimanapun, kedua-dua matawang tidak dinilai pada jumlah yang sama. Perbezaan nilai kedua-dua mata wang adalah dalam perbezaan kadar faedah, yang merupakan perbezaan antara kadar faedah penanda aras di dua negara.

    Dagang Bawa dan SWAP Positif

    Semakin besar perbezaan kadar faedah, semakin besar kesan dari peralihan. Juga, semakin sempit perbezaan kadar faedah, semakin kecil kesan dari peralihan. Perbezaan faedah bersih dikenali sebagai bawa (the carry), sementara pedagang yang mengambil peluang darinya dikenail sebagai dagang bawa. Maklumat mengenai kadar faedah mata wang utama boleh didapati di kebanyakan laman web pasaran kewangan.

    Bercakap mengenai kadar faedah, sebagai contoh, kedudukan panjang dalam pasangan mata wang AUD / USD mempunyai kadar faedah penanda aras sebanyak 2.5% bagi Dolar Australia, dan juga 0.250% bagi Dolar A.S.

    Ini biasanya dialihkan ke SWAP yang menguntungkan untuk anda, kerana anda mengambil kedudukan panjang menjadi mata wang tinggi hasil sementara yang pendek menghasilkan yang rendah. Akibatnya, anda akan dikreditkan dalam bentuk SWAP positif. Ini pada asasnya ialah operasi SWAP piawai.

    Keputusan positif ialah apabila anda menerima lebih banyak faedah daripada yang anda perlu bayar, dan terus ditambahkan ke akaun anda dan inilah sebenarnya yang dilakukan oleh sebahagian pelabur untuk mempergunakannya (to exploit) melalui dagang bawa.

    Apa itu SWAP Negatif?

    Walau bagaimanapun, jika bawa (the carry) itu negatif, ia akan ditolak daripada akaun anda. Tiada kesan faedah jika anda membuka dan menutup perdagangan pada hari yang sama.

    Ini berbeza dengan kebanyakan strategi bagi pasaran tukaran asing, dagang bawa tidak bergantung pada mempergunakan perubahan nilai pasangan matawang, tetapi sebaliknya bertujuan mengeksploitasi perbezaan kadar faedah dalam pasangan mata wang. Sebagai kesimpulan, ingatlah perkara berikut:

    • Jika anda panjang dan mata wang asas mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi daripada mata wang sebut harga, anda akan mendapat keuntungan dari kesan swap.

    • Jika anda pendek dan mata wang asas mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi daripada matawang sebut harga, swap akan mengakibatkan kerugian.

    Catatan berkaitan