• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Istilah pip adalah akronim bagi ‘titik faedah harga’ atau ‘peratusan dalam titik.’ Dalam pasaran Forex satu pip ialah ukuran menggambarkan perubahan dalam nilai antara dua matawang.

    Apa Itu satu Pip dan satu Pipette?

    Misalnya, melihat sebutharga AUD/USD berubah daripada 0.8611 ke 0.8610, kita boleh memanggilnya harga turun 0.0001, atau 1 pip. Jika harga semasa USD/JPY 118.13 dan berubah 118.14 ini adalah harga naik 0.01 atau 1 pip. Oleh itu satu pip adalah perubahan paling kecil dalam nilai bagi sebutharga yang membolehkan dua atau empat titik perpuluhan.

    Baru-baru ini kian ramai broker melangkaui (go beyond) piawaian (standard) empat dan dua titik perpuluhan, menawarkan sebutharga dengan lima dan tiga titik perpuluhan. Perpuluhan ketiga atau kelima di anggap sebagai Pipette. Seorang broker Forex boleh sebutharga pasangan NZD/USD 0.78586. Jika ia berubah 0.78587, pergerakan (movement) itu dipanggil sebagai kenaikan 1 pipette dalam nilai.

    Bagaimana Menghitung Nilai Satu Pip

    Menghitung nilai satu pip berbeza daripada satu matawang ke satu matawang lain. Perbezaan berpunca daripada sama ada Dolar AS mata wang asas atau mata wang sebut harga. Dua contoh berikutnya akan menjelaskan hanya itu.

    Dolar AS sebagai matawang asas

    Harga USD/JPY dibaca sebagai 1.1332. Oleh itu pergerakan paling kecil bagi satu pip ialah 0.0001. Formula menghitung nilai satu pip adalah: Nilai Pip = pergerakan perpuluhan paling kecil / kadar tukaran semasa
    = 0.0001 / 1.1332
    = 0.000882

    Oleh itu nilai 1 pip apabila USD/JPY pada 1.1332 ialah USD 0.000882

    Dolar AS selaku matawang sebut harga

    Harga EUR/USD pada 1.1332. Pergerakan paling kecil bagi satu pip ialah 0.0001. Kita juga menghitung nilai satu pip gunakan formula di atas iaitu:

    Nilai Pip = pergerakan perpuluhan paling kecil / kadar tukaran semasa
    = 0.0001 / 0.08613
    = 0.001161

    Sudah tentu anda tidak perlu menghitung sendiri, seperti selalu Forex4you akan menghitung untuk anda secara automatik. Memandangkan ia digabung dengan platform dagangan Forex4you, tidak perlu menghitung secara manual.

    Catatan berkaitan