• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Kekata Forex atau FX adalah singkatan bagi tukaran wang asing dan ia berkaitan dengan pembelian dan penjualan mata wang di pasaran global yang tidak berpusat semata-semata untuk mendapatkan untung apabila nilainya berubah.

    Sebagai pasaran terbesar dunia, dengan purata volum (volume) perdagangan lebih $1.87 trilion pada 2018, peserta pasaran FX boleh berniaga mata wang mana-mana negara dengan negara lain.

    Penjelasan Mudah Urus Niaga Forex

    Semua urus niaga forex selalunya melibatkan dua mata wang, misalnya, pasangan mata wang yang paling diniagakan di dunia ialah EUR/USD (Euro terhadap Dolar). Apabila seorang pelancong dan pemilik bisnes berpergian dari Jerman ke Amerika Syarikat, beliau perlu membuat urus niaga Forex dengan menukar mata wang Euronya kepada Dolar A.S.

    Apabila ini sudah dilakukan, kadar tukaran asing antara dua mata wang menentukan berapa banyak Dolar seorang akan terima bagi Euronya. Kadar tukaran asing Forex berubah-rubah secara berterusan dan turun naik adalah intipati (essence) perdagangan mata wang.

    Urus niaga Forex juga termasuk urus niaga biasa yang kerap dilakukan oleh pelancong apabila berpergian hingga ke urus niaga berbilion-bilion yang dilaksanakan oleh institusi kewangan, pemerintah dan perbadanan besar.

    Apa itu Pasaran Forex?

    Sistem tukaran pasaran Forex yang kita tahu hari ini dibentuk pada awal 1970-an apabila perjanjian Bretton Woods gagal. Ini adalah sistem kadar tukaran tetap, di mana mata wang ditambat (pegged) terhadap kadar tukaran buatan. Perjanjian Bretton Woods dan usaha lain untuk menetapkan kadar tukaran mata wang gagal.

    Hari ini, kadar tukaran pasaran Forex terapung dengan kuasa pasaran menjejas harga mata wang sama ada tinggi atau rendah. Juga selepas 1970 Dolar AS telah ditetapka sebagai mata wang rizab global. USD di sokong oleh Rizab Persekutuan AS (US Federal Reserve) dan paling banyak dipegang oleh bank-bank di dunia, selepas mata wang nasional mereka.

    Pasaran Forex dibuka 24 jam dan 5 hari seminggu

    Daripada semua jenis pasaran kewangan yang berbeza, pasaran Forex adalah yang terbesar di dunia dengan lebih $5.3 trilion mata wang diniaga setiap hari. Ia adalah pasaran kewangan yang tidak pernah tidur, berniaga 24 jam, 5 hari seminggu.

    Berbeza dengan pasaran saham tidak terdapat bursa dagangan berpusat seperti Bursa saham New York atau kumpulan Bursa Jepun. Oleh itu semua dagangan Forex dilakukan di talian (on line) menerusi rangkaian perhubungan elektronik di pelbagai pasaran serata dunia. Ini berbeza dengan berniaga saham. Di sini seorang peniaga perlu memberi perhatian kepada waktu kerja tertentu sesuatu bursa. Misalnya jika peniaga tinggal di Indonesia tetapi berdagang Saham AS di Bursa Saham New York (NYSE), maka beliau perlu mengambil kira perbezaan zon masa dan boleh laksanakan kegiatan perdagangan hanya apabila NYSE dibuka.

    Oleh itu adalah lebih praktikal dan mudah berniaga Forex dengan pasaran yang dibuka 24 jam dan 5 hari seminggu.

    Catatan berkaitan