• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Jika dibandingkan dengan pasaran kewangan lain, ramai pedagang tertarik kepada dagangan Forex dan salah satu sebab utama ialah dengan Forex anda boleh dapat leveraj lebih tinggi daripada saham.

    Sementara ramai sudah dengar kekata ‘leveraj’ , hanya segelintir peniaga tahu ertinya, bagaimana ia berfungsi dan bagaimana ia boleh menjejas secara langsung pelaburan mereka.

    Mengapa Leveraj Penting kepada Peniaga Forex?

    Cakap mudahnya, leveraj melibatkan pinjaman sejumlah wang daripada broker anda dengan tujuan membesar-besarkan untung niaga anda. Dengan lain perkataan, leveraj boleh disimpulkan dengan dengan empat perkataan: “Buat lebih dengan sedikit’’.

    Leveraj amat penting bagi peniaga runcit jika beliau mahu buat duit daripada dagangan Forex. Sebabnya ialah turun naik purata (average volatility) - dalam bentuk peratusan – daripada mata wang utama kurang 1%, sementara itu, satu saham dengan mudah raih 10% pergerakan harga bila-bila masa.

    Ini bererti anda perlu lebh modal bagi mendapat manfaat daripada turun naik matawang. Kerana hanya segelintir peniaga mampu menyediakan $100.000 untuk berdagang satu lot piawai, broker FX memberi peniaga runcit dengan leveraj yang tidak memerlukan mereka meletakkan jumlah keseluruhan.

    Oleh itu jika broker secara berkesan sediakan peniaga runcit dengan leveraj 100:1, beliau hanya perlu bayar $1,000 sebagai ‘margin asas’ (initial margin) , deposit itu diperlukan untuk berdagang satu lot piawai. Oleh itu apa yang dimaksudkan “margin’? Di bawah adalah penjelasan lebih terperinci.

    Apa itu Margin

    Margin boleh diertikan sebagai jumlah wang atau cagaran (collateral) dideposit oleh pelanggan kepada broker. Dengan kata lain, ‘deposit dengan niat baik’ perlu bagi broker Forex anda untuk lindungi kedudukan yang sudah anda buka dalam pasaran.

    Margin dengan bergabung bersama leveraj akan digunakan oleh Forex4you untuk membuka dan mengekalkan kedudukan anda dan bersedia menghadapi sebarang potensi kerugian.

    Terdapat juga risiko apabila berdagang dengan leveraj dan margin, lihat di bawah:

    • Broker Forex sediakan leveraj untuk membolehkan peniaga runcit mengawal jumlah dana yang besar.

    • Sementara leveraj tidak menjejas nilai lot, ia bolehkan anda berdagang lebih lagi.

    • Semakin tinggi leverage digunakan, semakin kurang margin diperlukan untuk mengawal satu lot piawai.

    Bagaimana Leverage Makan Diri (Backfire)?

    Sementara peniaga boleh memperoleh keuntungan yang banyak dengan menggunakan leverage, ia juga boleh bertindak sebaliknya terhadap mereka. Bagaimana caranya? Jika matawang tersebut mendasari (underlying) salah satu gerak niaga pada arah yang bertentangan daripada apa yang anda jangka, leveraj akan meluaskan lagi potensi kerugian.

    Untuk mengelakkan masalah seperti itu, peniaga Forex biasanya melaksanakan strategi niaga yang ketat termasuk menggunakan arahan henti (stop order) dan pada yang sama arahan terhad (limit orders) kerana mereka dilakar untuk mengawal potensi kerugian. Kita akan bincangkan tajuk in pada pelajaran selanjutnya.

    Catatan berkaitan