• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Kalendar FxStreet

    Kalendar ekonomi

    Kalendar Ekonomi ialah alat utama untuk mengenal pasti peristiwa ekonomi yang penting atau keluaran data yang boleh menggerakkan mata wang dan instrumen lain. Ia menyenaraikan peristiwa tersebut bersama perkaitan atau kesannya terhadap aset.

    Mengapa saya perlu menggunakannya?
    Bagaimana cara membacanya?

    Mengapakah saya perlu menggunakannya?

    Kalendar peristiwa ekonomi ialah alat penting untuk digunakan. Ia boleh memberi anda kelebihan dalam perdagangan. Kalendar kami sangat andal. Anda boleh mempercayainya. Ia merupakan kalendar ekonomi yang paling lengkap, tepat dan kena pada masanya dalam pasaran Forex. Kami mempunyai pasukan pakar ekonomi khusus dan wartawan yang mengemas kini semua data 24 jam sehari, 5 hari seminggu.
    Sekiranya anda seorang pedagang fundamental atau pedagang berita, ia suatu kemestian. Untuk berdagang Forex dengan mengunakan analisis fundamental, anda perlu menyemak bagaimana prestasi ekonomi negara-negara lain berdasarkan pada data makroekonominya (seperti KDNK, pekerjaan, data penggunaan, inflasi…), dan mengikuti dengan teliti negara yang paling banyak anda dagangkan mata wangnya . Kalendar ekonomi kami ialah teman anda, tab yang sentiasa dibuka pada komputer anda. Sekiranya anda tidak ambil tahu mengenai makroekonomi semasa berdagang, ia masih merupakan alat yang sangat berguna.

    Bagaimanakah cara membacanya?

    Mata Wang Ikon bendera menunjukkan ‘negara’ keluaran data dan di sebelahnya ialah mata wang negara tersebut. Oleh itu anda boleh mengimbas dan melihat mata wang yang mungkin terjejas pada hari itu atau pada hari yang lain dengan pantas. Volatiliti Dipendekkan kepada “Vol.” menunjukkan kesan kejadian atau data terhadap aset tersebut. Ini dipaparkan sebagai bar kuning/oren/merah. Tiga bar merah menunjukkan perkaitan atau kesan paling tinggi terhadap aset tersebut. Satu bar kuning menunjukkan kesan paling rendah. Warna oren pula, berada di antara dua kesan yang disebutkan tadi. Sebenar/Konsensus/Terdahulu Bagi semua penunjuk kalendar ekonomi, anda akan menemui nombor Terdahulu: iaitu data dalam keluaran terakhirnya (kekerapan keluaran data berubah-ubah: ia boleh jadi bulan lepas, trimester yang lepas …). Untuk kebanyakan penunjuk, kami menambah nombor Konsensus: ini ialah persetujuan umum pakar mengenai hasil nombor tersebut. Apabila data sebenar dikeluarkan, ia dipaparkan di sebelah kanan penunjuk volatil dengan segera. Lebih baik atau buruk berbanding dengan yang dijangkakan? Sekiranya kami menerbitkan konsensus, ia akan muncul dalam warna hijau (ini bermakna data lebih baik berbanding yang dijangkakan) atau warna merah (lebih buruk berbanding yang dijangkakan).