• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Melindungi dana klien kami

    Sekuriti atas segalanya

    Di Forex4you kami mengambil soal keselamatan dengan amat serius. Kami mematuhi peraturan Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan (BVI FSC) dengan ketat. Kami juga mengambil langkah tambahan dalam usaha untuk mengekalkan tahap keselamatan tertinggi terhadap dana pelanggan.

    Modal mantap

    Forex4you sentiasa meningkatkan tahap kapital saham dan rizabnya. Dengan cara ini, nisbah peratusan kumulatif kepada aset pelanggan meningkat dari tahun ke tahun. Kemantapan dana membolehkan kami, bukan sahaja dapat mengurangkan kemungkinan risiko kewangan semasa pasaran bergolak tetapi juga dapat mengekal dan memastikan keandalan syarikat dalam perspektif jangka panjang.

    Pengasingan dana pelanggan

    Forex4you memastikan pengasingan dana pelanggan dilaksanakan dengan betul — dana pelanggan diasingkan daripada dana operasi syarikat. Di samping itu, untuk mengurangkan risiko, dana pelanggan disimpan di beberapa bank. Pengasingan dana yang cekap memberi jaminan kepada para pelabur bahawa dana mereka tidak terdedah pada risiko, walaupun, dalam keadaan tidak mungkin berlaku, syarikat menjadi tidak solven.

    Pembekal liquiditi yang dikawal dan dikawal selia

    Kami memahami kepentingan kredibiliti institusi yang menyediakan liquiditi untuk pelaksanaan perdagangan,sebab itu kami hanya berurusan dengan institusi kewangan yang dikawal.Forex4you telah menubuhkan banyak sambungan API FIX dengan beberapa penyedia liquiditi yang dikawal oleh Eropah.

    Sistem kawalan risiko canggih dan maju

    Pengurangan risiko ialah aspek keselamatan pelaburan yang tidak dapat dipisahkan dan Forex4you dilindungi alat pengurusan risiko yang paling canggih. Dengan menggunakan teknologi moden ini, pelanggan kami mempunyai peluang untuk mengawal risiko dan mengehadkan kerugian mereka, sekiranya ini berlaku. Tambahan pula, teknologi pengurusan risiko Forex4you memastikan bahawa pedagang tidak akan merisikokan lebih banyak dana daripada yang dilaburkan pada asalnya.