• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Berita

    Perubahan dalam syarat dagangan kami

    Dihantar padaOktober 29, 2018pada10:37

    Keutamaan kami terletak dalam kualiti perkhidmatan yang kami tawarkan, oleh yang demikian kami ingin memaklumkan kepada anda tentang perubahan kepada syarat dagangan kami yang telah diguna pakai pada 24 September. Perubahan ini akan memberi kesan kepada dasar keumpilan kami.

    Perubahan berikut telah diguna pakai:

    1) Keumpilan maksimum yang bergantung pada ekuiti kini berubah secara automatik mengikut jadual di bawah:

    Ekuiti Keumpilan
    Daripada $0 hingga $1 000 1:2000
    Daripada $1 000 hingga $10 000 1:1000
    Daripada $10 000 hingga $100 000 1:500
    Daripada $100 000 hingga $250 000 1:200
    Daripada $250 000 dan ke atas* 1:100
    *Forex4you berhak untuk mengurangkan keumpilan sehingga 1:50.

    Contoh: Jika ekuiti anda mencecah $10 000, semasa menggunakan keumpilan 1:1000, maka keumpilan anda akan berubah secara automatik menjadi 1:500. Sila ambil perhatian bahawa keumpilan tidak akan kembali berubah secara automatik kepada nilai sebelumnya jika ekuiti anda menjadi lebih rendah daripada $10 000.

    2) Keumpilan untuk instrumen dagangan Emas dan Perak (XAUUSD dan XAGUSD) kini bergantung pada keumpilan akaun dagangan.

    Semua syarat dagangan boleh didapati di laman web kami di sini: https://www.forex4you.com/my/trading-conditions/

    Selamat sejahtera, Forex4you