• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Trend terbaru di Forex dan perdagangan saham ialah menggunakan robot perdagangan automatik (Penasihat Pakar). Sebagaimana yang diterangkan dalam pelajaran terdahulu, Penasihat Pakar ialah kaedah pengiraan perdagangan automatik, yang boleh menganalisis keadaan pasaran semasa, buka dan tutup perdagangan dan gerakkan arahan hent .

    Daripada berniaga sendiri dan berada di belakang skrin sepanjang hari, ramai peniaga sudah mula menggunakan Penasihat Pakar untuk mengambil alih perdagangan Forex mereka. EA ini boleh dibeli di pasaran tetapi biasanya harganya mahal. Jika anda sudah temui dan bangunkan strategi perdagangan yang betul untuk anda sendiri, maka ia boleh juga mencipta penasihat pakar anda sendiri, yang boleh meniru strategi perdagangan anda yang sudah terbukti.

    Bagaimana mencipta EA anda sendiri?

    Untuk mencipta penasihat pakar anda sendiri, anda akan perlu memasang MT4 dan dapat memahami pengaturcaraan dan bahasa MQL4 , tetapi terdapat banyak forum di luar sana, yang anda boleh gunakan. Sebaik saja anda mempunyai peralatan ini, anda boleh mula dengan langkah berikut:

    1. Buka MetaEditor: Tools > MetaQuotes Language Editor.

    2. Pilih New > Expert Advisor. Click Next untuk teruskan.

    3. Pada General Properties window Expert Advisor, input Name, Author, Link dan Parameters. Gunakan Add dan butang Delete untuk tambah atau buang parameter khas. Click Finish untuk teruskan.

    4. Pada window baru anda boleh enter kod programming Expert Advisor gunakan MQL4 language dan syntax.

    (Nota: Peniaga boleh belajar lebih lanjut mengenai programming dalam sekitaran MQL4 dengan mempelajari MT4 Help Guides dan mencari semula (researching) forum masyarakat MQL4 ).

    5. Apabila bahagian kod Expert Advisor sudah diisi, click File > Compile.

    6. Selepas selesai menyusun, atau Expert Advisor muncul di Navigator window, ia sedia untuk digunakan.

    Untuk mengingatkan anda lagi, adalah penting untuk anda menguji dan sahkan bahawa EA bawa untung didagang. Anda perlu uji di penguji strategi, lakukan dulu di akaun demo sebelum anda mengujinya di akaun hidup.

    Catatan berkaitan