• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Pepatah lama ‘jimat sesen sesen diraih’ (a penny saved is a penny earned), terbukti benar dalam tempoh mencabar ini. Dengan Covid-19 merubah secara radikal landskap pekerjaan, ramai di kalangan kita perlu menilai semula bagaimana kita membelanjakan wang. Usah salah tafsir. Berjimat cermat bukan bererti kedekut (cheap).

    Bayangkan ketika watak Po dalam Kung Fu Panda kisah komedi dongeng animasi DreamWorks' berhenti makan ladu (dumpling). Po dapati dia boleh mengawal dirinya dan tidak perlu dipengaruhi keinginan pada makanan tersebut.

    Begitu juga, ketika anda menyedari anda tidak dipengaruhi oleh keinginan berbelanja itu bererti anda akhirnya dapat mengawal harta anda.

    10 tip berikut mungkin tidak menyeluruh tetapi boleh membantu anda menambah pendapatan.

    1. Jadikan Barangan Yang Tidak Diperlukan Sumber Wang (Turn Clutter Into Cash)

    Ketepikan barangan yang tidak lagi diperlukan memberi keselesaan dan mengembalikan keseimbangan kepada #WFH (Bekerja Dari Rumah). Itu tidak bermakna anda perlu membuang barangan lama anda. Jual barangan anda kini amat mudah menerusi platform dalam talian seperti eBay dan Facebook Marketplace

    2. Sertai Kegiatan Free(bies)

    Siapa kata tidak ada yang percuma dalam kehidupan? Terima kasih kepada Internet, terdapat banyak laman web yang khusus untuk mendapatkan barangan percuma. Anda akan terkejut melihat banyak barangan percuma yang anda boleh dapatkan- dari sampel percuma kepada makanan percuma, kepada tempat menarik percuma. Jika anda tidak pasti di mana untuk menemuinya, rujuk Time Out. Majalah ini kerap mengumpulkan ‘Perkara Percuma Terbaik yang Boleh Dilakukan’, di mana saja anda berada.

    3. Nikmati Hak Anda (Embrace Your Entitlements)

    Barangan percuma bertambah baik jika anda warga negara atau penduduk tetap. Dengan syarat anda layak, terdapat banyak skim pemerintah untuk membantu anda, sama ada perbelanjaan sara hidup (contohnya setem makanan), perubatan (eg. penjagaan perubatan dan penjagaan gigi percuma atau kos rendah), atau bantuan bagi mereka yang tidak bekerja.

    4. Mengisi Perut Dengan Tawaran Makanan

    Hari ini kita boleh nikmati apa saja makanan dengan hanya mengetik telefon anda. Ini bererti bertan aplikasi makanan – semua berebut-rebut menarik perhatian anda dengan pelbagai promosi. Ini merangkumi diskaun jamu selera yang tinggi pada waktu tidak sibuk (off-peak) dan diskaun bagi tawaran makanan. Anda juga boleh nikmati makanan percuma dengan muatturun aplikasi makanan seperti McDonald's yang menawarkan makanan percuma beserta promosi.

    5. Ketepikan Perbelanjaan Yang Tidak Perlu

    Dengan kesan kewangan daripada Covid-19 besar kemungkinan dirasakan beberapa lama lagi, anda perlu utamakan apa yang penting untuk teruskan kehidupan (eg. makanan dan utiliti ) berbanding apa yang anda boleh hentikan (eg. keahlian gim).

    Anda tidak perlu berhenti menikmati sedikit keseronokan. Setakat gantikan dengan pilihan lebih berfaedah. Sebagai contoh, sediakan kafein harian anda dengan buat kopi sendiri daripada latte yang dibancuh barista yang berharga US$5. Cuba mencongak: dalam sebulan itu bererti US$160 boleh dijimat; dalam setahun, dengan mudah US$1,800 dalam saku.

    6. Kurangkan Penggunaan Elektrik

    Elektrik adalah sesuatu yang penting dan anda tidak boleh hidup tanpanya. Anda boleh kurangkan penggunaan elektrik dengan membuat perubahan dalam gaya hidup, seperti mematikan lampu yang tidak perlu atau gunakan kipas angin gantikan alat hawa dingin.

    Jika anda tidak selesa tanpa udara dingin, pertimbang menukar pembekal elektrik anda kepada yang lebih baik. Penjimatan anda bergantung kepada di mana anda tinggal.

    7. Elakkan Hutang Faedah Tinggi

    Faedah (interest) kad kredit, khususnya diketahui tinggi. Katakan anda boros berbelanja membeli kerusi urut (massage chair) dan membayar bil minimum setiap bulan. Blog kewangan dalam talian (Online financial blog) The New Savvy menunjukkan ia akan memerlukan lebih sedekad untuk melunaskan hutang anda. Apabila selesai, anda membayar lebih daripada jumlah sebenar hutang anda.

    8. Bijak Berbelanja

    Berikut adalah saranan yang baik: Usah sekali-sekali bayar harga penuh. Terdapat banyak cara untuk mencapainya. Satu tip ialah membeli makanan ‘house brand’ daripada membeli ‘name brands’ yang mencampurkan kos pengiklanan dan pemasaran.

    Tinjau-tinjau tawaran menarik dalam talian. Kebanyakan kedai menawarkan promosi dalam laman web, terutama semasa tarikh “double-digit" seperti 11.11 (Singles Day) dan tempoh jualan istimewa seperti Black Friday (selepas Thanksgiving Day di US) dan Krismas.

    9. Mengumpul Baucar dan Kad Kredit Anda

    Ini adalah tahap kung fu selanjutnya. Jika anda bersedia mendapatkan diskaun platform e-dagang (e-commerce) yang lebih baik seperti Shopee dan Lazada mengizinkan pelanggan mengumpul (to stack) dalam pesanan sekaligus. Ini bermakna pelanggan boleh gabungkan pilihan ‘cashback’, baucar penjual, tawaran kad kredit dan hantaran percuma untuk jimatkan wang.

    10. Timbang Mengembangkan Side Hustle

    Jika ini tidak menjadi isu pada majikan anda, sedikit side hustle boleh membantu membayar bil. Pilihan daripada mengewangkan (monetizing) skil yang sedia ada (eg. Pengekodan program – program coding) kepada mencuba peluang baru seperti berdagang forex. Jika anda berminat, sebuah platform dagangan forex yang dikawal selia dengan baik, Forex4you, menawarkan akaun Demo. Ia amat mudah untuk bermula dan peluang baik bagi pedagang untuk memahami perancangan dan platform, tanpa mendedahkan risiko libatkan wang.

    Kesimpulan

    Berbelanja mengikut bajet kadang kala tidak menyeronokkan, dengan sedikit kepuasan. Bagaimanapun, berhemat dan gigih akan menjadikan anda Dragon Master dalam seni berjimat dan menambah wang untuk mengembangkan lebih harta !

    Catatan berkaitan