• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Menggunakan Titik Pangsi cara automatik amat popular untuk tentukan paras sokongan dan rintangan. Dalam pelajaran ini anda akan mempelajari bagaimana menggunakannya dengan betul.

    Pentingnya paras sokongan dan rintangan adalah satu daripada faktor penting yang peniaga gunakan untuk sistem dagangan mereka. Jika seorang peniaga berpendapat bahawa zon sokongan atau rintangan cukup kuat, beliau biasanya letak arahan terhad atau arahan henti di sebelahnya. Dengan lain perkataan , ia boleh dianggap sebagai zon minat.

    Adalah penting untuk menyebut bahawa seperti semua yang lain dalam analisis teknikal, Titik Pangsi mempunyai paras kebarangkalian yang tertentu. Ia boleh dihitung gunakan formula berbeza dan oleh itu dibentuk di tempat-tempat yang berlainan. Bagaimanapun, selalunya, paras ini dihitung menurut formula klasik.

    Bagaimana menggunakan Titik Pangsi? Anda boleh gunakan Titik Piangsi betul-betul sama seperti paras sokongan dan rintangan.

    Bagaimana Titik Pangsi dihitung?

    Cara paling mudah menghitung Pangsi ialah menggunakan formula berikut, yang telah digunakan di Wall Street sejak berdekad: Anda ambil harga maksimum, minimum dan harga tutup bagi tempoh tertentu, lalu jumlah dibahagi 3 (Pangsi = (Tinggi + Rendah + Tutup) /3).

    Titik pangsi ini kemudian digunakan untuk menghitung tiga paras sokongan dan rintangan, yang boleh dibuat gunakan formula klasik berikut:

    R1 = Pangsi + (Pangsi – Rendah)

    R2 = Pangsi + (Tinggi – Rendah)

    R3 = Tinggi + 2*(Pangsi – Rendah)

    S1 = Pangsi - (Tinggi – Pangsi)

    S2 = Pangsi - (Tinggi – Rendah)

    S3 = Rendah - 2*(Tinggi – Pangsi)

    R1, R2, R3 adalah tiga zon rintangan.

    S1, S2, S3 adalah tiga zon sokongan.

    Zon-zon ini adalah kawasan yang perlu diberi perhatian teliti. Misalnya, harga meningkat ke S1, jika tidak ada terbalik arah, anda patut tunggu bagi reaksi pada S2. Jika harga bergerak lebih jauh, tunggu untuk S3.

    Apa Yang Anda Perlu Buat Dengan Titk Pangsi?

    Anda sepatutnya gunakan Titik Piangsi sebagai:

    • Zon sokongan dan rintangan;

    • Zones breakdown dan tarikbalik.

    Garisan Pangsi biasanya membentuk saluran. Selepas breakdown palsu, satu gerakan yang kuat pada arah bertentangan boleh terjadi. Ini terjadi disebabkan psikologi dagangan. Breakdown palsu (kemasukan ke trend baru, yang tidak berlaku) mengecewakan, selepas itu bahagian yang lain mula bertindak. Tetapi selepas breakdown tulen, pilihan terbaik ialah jangan masuk serta merta tetapi tunggu rollback menyokong, yang biasanya menjadi rintangan.

    Tip: Membuka kedudukan pada tarikbalik selepas breakdown tulen adalah salah satu pilihan paling berhasil.

    Titik Pangsi adalah paras sokongan dan rintangan, yang dibentuk secara automatik mengikut formula. Cara bagaimana peniaga gunakannya betul-betul sama seperti dengan sokongan/rintangan. Sebaliknya, titik pangsi yang dihitung secara automatik menolak keperluan melakar secara manual paras sokongan dan rintangan. Sebaliknya formula kekal formula dan oleh itu pangsi tidak menggantikan, tetapi melengkapi sokongan/rintangan yang dilakar secara manual.

    Catatan berkaitan