• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Jadi anda sudah memutuskan untuk ceburi pemasaran affiliate tetapi tidak tahu bagaimana mahu mula? Tidak ada yang lebih baik daripada mencontohi mereka yang telah membina kerjaya yang menguntungkan dalam bidang tersebut?

    Sila tinjau 5 tip penting daripada pemasar affiliate paling cemerlang yang telah lama berkecimpung sejak dulu lagi:

    Pilih topik yang diminati

    Untuk mula, pilih niche anda dan fokus pada pasaran dengan teliti. Ini adalah nasihat yang kerap diberi oleh pemasar affiliate yang berjaya.

    Biasanya ada dua pilihan. Pertama, anda boleh mengikut arus popular terkini. Atau anda boleh mengenal pasti subjek yang anda minati.

    Shawn Collins, seorang pemasar affiliate sejak 1997, menyarankan agar anda fokus kepada pasaran yang anda benar-benar berminat. Beliau tentu lebih tahu, kerana beliau mengaku sudah hilang minat pada laman yang beliau cipta mengikut arah aliran dan biarkan laman ini terkubur dimakan masa.

    Jarang berlaku seorang affiliate cemerlang dalam lebih daripada satu pasaran, oleh itu kenal pasti niche yang anda yakin berjaya dalam lingkungan industri tersebut.

    Ini terbukti menguntungkan dalam pasaran khusus yang memerlukan pengetahuan khas, seperti perdagangan saham. Oleh itu, misal kata, anda sertai platform program affiliate seperti Forex4you; anda boleh raih komisen apabila anda mempamerkan kredibiliti anda sebagai pakar khusus.

    Perkara paling penting

    Fikir, fikir lagi sebelum anda komit diri anda pada domain sebab anda akan bekerja keras membangunkan jenama niaga anda.

    Kandungan pemasaran penting

    Sebaik saja putuskan domain pilihan anda, anda perlu membangunkan plan kandungan pemasaran yang kukuh untuk menarik aliran pembekalan dan pengedaran ke laman anda.

    Pemasar dalam talian veteran Zac Johnson mengingatkan bahawa penjualan affiliate akan membawa keuntungan kepada anda tanpa anda membuat apa-apa. Bagaimanapun, ia tidak diraih dengan mudah jika anda tidak mempunyai strategi kandungan pemasaran yang baik.

    Beliau melakarkan beberapa tip yang boleh merangsang kehebatan affiliate anda, termasuk mengenal pasti audien sasaran anda. Ini bererti mengetahui minat dan demografi mereka. Jadi, tinjau jenis forum atau media sosial yang audien anda lungsuri dan selidiki kandungan pemasaran yang menarik perhatian mereka.

    Johnson juga sarankan menjalin hubungan dengan penulis blog lain di domain anda dan buat pautan pada kandungan pemasaran mereka. Besar kemungkinan mereka akan lakukan yang sama pada kandungan pemasaran anda dan membantu kadar carian anda secara keseluruhan.

    Perkara paling penting

    Kandungan pemasaran anda perlu ada nilai tambah. Jangan ragu memperkenalkan jenama niaga yang berbeza dan tidak menurut kebiasaan seperti yang lain. Audien anda mungkin lebih tertarik kepada anda.

    Buat penyelidikan asas

    Selain menawarkan kandungan pemasaran yang baik, anda perlu lakukan kerja-kerja asas untuk pertingkat kebolehan dan kepakaran domain anda. Ini semua untuk perkukuh keyakinan, oleh itu audien sasaran anda akan menilai anda sebagai sumber yang meyakinkan.

    Keperluan melakukan ini adalah saranan utama daripada Pat Flynn, seorang pemasar affiliate sejak 2008. Ini, menurut beliau, mengambil masa dan usaha berterusan, oleh itu anda perlu sabar.

    Anda boleh memupuk keyakinan dengan menawarkan kandungan pemasaran, maklumat, dan hadiah percuma. Anda juga boleh lakukannya dengan mendapatkan rekomendasi. Untuk rekomendasi anda perlu orang lain mengenali anda, jadi mereka boleh membantu memasarkan jenama niaga anda, kata Flynn.

    Membina hubungan memainkan peranan penting dalam kejayaan anda sebagai pemasar affiliate. Jadi mulakan usaha ‘networking’ dan pupuk hubungan dengan mereka yang lain dalam industri.

    Perkara paling penting

    Hubungkait, hubungkait, hubungkait.

    Sedia bekerja keras

    Sedia bekerja keras dalam tempoh yang lama jika anda mengharapkan kerjaya yang mapan (sustainable) dalam pemasaran affiliate. Ia jauh daripada meraih untung dalam masa singkat.

    Seperti yang digambarkan oleh Missy Ward , anda perlu lakukannya walaupun rumit ("stick-to-itiveness"). Berdasarkan pengalaman beliau yang sudah berkecimpung sejak 1999, pemasar affiliate tersebut mengingatkan bahawa kejayaan memakan masa dan kerja keras.

    Ia juga merupakan proses pembelajaran yang mengambil masa untuk menjadi lebih baik, menurut Flynn. Ini memerlukan tempoh mencuba dan lihat sementara anda memperbaiki dan memperbetulkan apa yang perlu supaya lebih berkesan.

    Ini bererti anda harus menguji apa saja, termasuk pemaparan pautan affiliate anda dan jumlah pautan yang anda perlu sertakan dalam pos anda.

    Perkara paling penting

    Tidak berlaku kejayaan serta merta. Anda perlu bekerja keras beberapa lama sebelum menikmati ganjarannya.

    Giatkan pengedaran dan pembekalan

    Selepas anda buat kajian dan mengenal pasti domain yang sesuai, anda perlu menarik perhatian ramai kepada pautan affiliate anda.

    Menurut Johnson enjin carian pengedaran dan pembekalan adalah perkara penting yang pemasar affiliate perlu beri perhatian sebab anda hanya perlu lakukannya sebaik mungkin sekali saja. Selepas anda perkukuh kedudukan pada enjin carian, pengedaran dan pembekalan akan menuju ke laman anda secara automatik.

    Selain daripada itu, platform ini menarik kegiatan pengedaran dan penjualan lebih baik daripada sumber lain kerana pelanggan lakukan carian berpandukan kata kunci khas dan lebih khusus.

    Ada juga cara lain untuk menarik pengedaran dan pembekalan kepada kandungan pemasaran atau blog, termasuk pos dalam forum, pemasaran menerusi video dan mengundang tetamu dalam blog.

    Ward menambah, perlu beri perhatian di mana anda letak pautan pemasaran affiliate anda. Selitkan pautan ini hampir dengan reviu produk dan perkhidmatan. Pautan akan tawarkan peluang bagi meraih untung berterusan dengan sekatan kecil pada ‘copy’.

    Perkara paling penting

    Jika anda berusaha keras menyediakan kandungan pemasaran, berusaha keras juga untuk pastikan pelanggan dapat menatapnya.

    Catatan berkaitan