• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Jika 2020 ada lagu tema, ia pasti Money, Money, Money lagu hit grup pop Sweden ABBA. Dengan kesan sampingan ekonomi gara-gara Covid-19 terus dirasakan, ada di antara kita perlu kreatif bagi mendapatkan wang tambahan untuk melunaskan bil.

    Memandangkan kita sekarang dalam 2021, sudah tiba masanya buat sesuatu tidak sekadar bercakap saja. Untuk membantu anda, berikut adalah beberapa cara kreatif untuk mendapat kan wang tambahan!

    ● Jadi Pembantu Maya

    Potensi pendapatan:

    US$10-US$50 sejam (bergantung kepada kepakaran dan pengalaman)

    Memandangkan pandemik mengurung semua orang di rumah atau semasa sekatan pergerakan, kian banyak syarikat mengecilkan operasi dan gunakan khidmat penyumberan luar (outsourcing work). Jika ini peluang yang anda men cari bagi mendapatkan sekurang-kurangnya wang tambahan US$100 sebulan bagi perbelanjaan rumah, sila cari laman web contohnya Upwork bagi yang memerlukan khidmat Pembantu Maya (Virtual Assistant) .

    Anda juga boleh membuat panggilan telefon rambang, terutama kepada syarikat kecil dan ‘start-ups’ yang memerlukan khidmat pembantu maya untuk menjimat gaji pekerja. Selepas beberapa lama, anda boleh menubuhkan (set up) laman web sendiri seiring anda menubuhkan clientele anda. Tugasan (assignment) boleh jadi untuk beberapa jam ataupun beberapa minggu. Tugas (task) juga rencam (diverse), daripada satu hari lakukan entri data (data entry) kepada kajian pasaran pada lain hari. Panduan ini membantu anda mulakan tugas.

    ● Menjadi ‘Transcriber’

    Potensi pendapatan:

    Dari US$15 sejam (bergantung kepada kepantasan dan ketepatan )

    Jika anda miliki ‘laptop’ (komputer riba) dan boleh menaip lebih pantas daripada anda berkata “taip”, terdapat peluang bagi pelbagai kerja transkrip. Ini merangkumi daripada yang umum kepada transkripsi perubatan. Bagi yang kedua, anda perlu memiliki sijil transkripsi (transcription certificate ) dulu, bagi memberikan anda kelebihan. Bergantung kepada anda dari negara mana, pastikan kelayakan yang anda perlukan dan di mana anda boleh dapatkan latihan. Latihan mungkin menjangkau satu tahun, dengan bayaran berbeza bergantung kepada pusat latihan.

    Kebanyakan tugas transkripsi adalah menerusi fail audio, dengan tawaran kerja sepenuh masa dan sambilan. Rujuk panduan pemula ini untuk menjadi ‘transcriber’.

    ● Jadikan Kereta Anda Papan Iklan Bergerak (Moving Billboard)

    Potensi pendapatan:

    Kira-kira US$100 ke US$400 sejam (bergantung kepada kempen)

    Jika anda memiliki kereta dan rekod memandu bersih, car wrap boleh menghasilkan wang hanya dengan memandu kereta anda. ‘Car wrap’ melibatkan penggunaan pelekat (decal/sticker) yang boleh dibersihkan di kereta anda sebagai sebahagian daripada kempen pemasaran pengiklan. Kebanyakan kempen berlangsung dari satu hingga enam bulan.

    Bayaran berbeza bergantung kepada berapa luas ‘wrap’ tersebut, sama ada ia bahagian kecil pada ‘bumper’ atau tingkap penumpang, atau seluruh kereta, dan di bahagian mana iklan perlu kelihatan. Oleh itu sediakan pelan ulang alik (commute) dan log masuk (log in) jauh perjalanan (mileage) untuk mendapat bayaran. Rujuk apa perlu diketahui.

    ● JadikanJadi Jaguh Perdagangan (Trading Hero)

    Potensi pendapatan:

    Cecah US$400 sebulan (bergantung kepada skil (skill))

    Anda miliki skil perdagangan forex? Forex4you ada peraduan menarik untuk anda bersaing dengan pedagang forex lain bagi mendapatkan wang. Peraduan Jaguh Perdagangan berlangsung secara bulanan, dengan 30 pemenang berkongsi hadiah terkumpul US$3,095 dan hadiah pertama US$400. Anda perlu menjadi ahli dan ada sekurang-kurangnya US$50 dalam akaun anda untuk menyertainya.

    Forex4you dikawal selia dengan baik dan diaudit oleh salah sebuah syarikat firma perakaunan ‘Big Four’. Bagaimanapun sebagaimana dalam pelaburan atau perdagangan, ketahui tahap toleransi risiko (risk tolerance) anda. Forex4you tawarkan Akaun Demo bagi pedagang forex bagi memahami perancangan dan platform dulu, tanpa risiko kehilangan wang.

    ● Kompilasi (Menyusun) (Compile) Video Tik Tok

    Potensi pendapatan:

    US$100 – US$10,000 seminggu (bergantung kepada jumlah yang anda susun)

    Bolehkah menyusun video buat duit? Mengejutkan, memang benar. Tetapi awas keterbatasannya. Pertama, ia mengambil banyak masa. Memilih kandungan yang sesuai bererti perlu menonton berjam-jam tanpa henti video Tik Tok untuk memilih yang papar "adegan terbaik". Anda juga perlu mengumpul dan terbitkan susunan yang baik jika anda mahu ia viral. Anda juga perlu lakukan pemasaran untuk menambah audien anda.

    Ambil perhatian kepada cabaran hakcipta yang anda hadapi, di mana saluran anda mungkin diarah dihenti dan dianggap tidak wajar menerima bayaran oleh YouTube. Satu cara lain ialah minta izin pemilik segmen Tik Tok menggunakan lagi video mereka.

    Jika anda masih mahu teruskan, tutorial langkah demi langkah ini mungkin membantu.

    ● Kembangkan Satu Saluran Video Niche

    Potensi Pendapatan:

    US$100,000 setahun (bergantung kepada populariti)

    Dengan penggunaan kandungan dalam talian global meningkat dua kali ganda selepas Covid-19, ia mungkin masa yang sesuai bagi anda muncul sebagai bintang YouTube. Jika anda bersedia menghadapi cabaran besar, timbangkan niche yang boleh membuat anda dikenali.

    Satu trend sedunia yang membuat penggiat YouTuber kaya ialah kandungan Mukbang. Fenomena makan yang ekstrem ini memaparkan seni merakam filem diri anda menikmati makanan yang banyak sambil berbual dengan audien apa yang anda sedang makan dan rasanya. Atau timbang video makan ASMR (autonomous sensory meridian response). Ia memaparkan bunyi mengunyah dan menghirup yang dikatakan mencetuskan rasa sensasi dan tenang kepada penonton.

    Ayuh lebih nekad mencuba dengan panduan sini dan sini.

    Catatan berkaitan