• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Strategi Scalping amat popular di kalangan Forex, saham dan peniaga matawang crypto. Strategi dagangan ini membolehkan anda memaksimumkan keuntungan dengan pantas. Peniaga Scalping gunakan jangka masa paling singkat and cuba buat duit pada turun naik minimum pasaran, yang biasanya dipanggil bunyi pasaran.

    Strategi scalping tidak memerlukan peniaga menggunakan indikator teknikal, kerana ia semua bertujuan menghilangkan dan menyederhanakan bunyi pasaran, untuk melihat secara keseluruhan.

    Faedah Utama Strategi Dagangan Scalping

    Salah satu kelebihan utama, yang membuat strategi ini menarik bagi muka baru ialah tidak perlu membuat analisis teknikal atau analisis asas. Memandangkan peniaga hanya berminat dengan apa yang berlaku di carta pada bila-bila masa tertentu.

    Apabila menggunakan strategi scalping peniaga cuba mendapat beberapa angka untung dalam sebarang entry, tetapi kerana menggunkan leveraj tinggi dan membuat berdozen dagangan setiap hari untung boleh menjadi banyak.

    Bagaimana memahami Strategi Dagangan Scalping?

    Cara paling mudah untuk memahami asas strategi scalping ialah dengan bantuan contoh. Sila bayangkan seorang peniaga telah deposit $1000 dan gunakan leveraj 1:5, beliau lalu boleh membuat urusniaga dengan saiz lot 0.05, yang memberi beliau $0.50 daripada satu pergerakan pip. Dan jika peniaga berpendapat bahawa secara purata beliau merancang meraih 30-50 pip sehari, maka pendapatan maksimum beliau akan mencapai lebih kurang 15-25 dollar sehari.

    Dengan strategi dagangan scalping leveraj lebih tinggi digunakan. Setengah-setengah scalpel gunakan sehingga leveraj 1:100 atau lebih. Jika menggunakan leveraj 1:100 peniaga boleh membuka entry dengan 1 saiz lot berbanding 0,05 lot terdahulu, ini menjadikan nilai 1 pip sama dengan 10. Oleh itu walaupun memperoleh untung 10 pip dalam sehari akan memberi peniaga untung 100$.

    Keistimewaan Utama Strategi Dagangan Scalping

    1

    Pilih broker dan jenis akaun dengan bijak. Tidak semua mengizinkan scalping.

    2

    Biasanya entry tutup dalam beberapa minit. Apabila peniaga raih untung 2-5 pip, entry ditutup.

    3

    Jumlah bilangan urusniaga sehari boleh mencecah beberapa dozen; jumlah untung di capai sebab jumlah urusniaga yang banyak.

    4

    Spread ialah perbezaan antara harga bida dengan harga minta, untuk memudahkan spread ialah komisen broker yang dikenakan apabila anda buka sebuah dagangan. Bagi dagangan scalping biasanya pasangan dengan spread paling rendah dipilih. Jika tidak komisen broker dan spread akan kurangkan keuntungan anda secara mendadak. Selalunya peniaga memilih pasangan seperti EUR/USD, GBP/USD USD/JPY. Pilihan terbaik ialah pilih jenis akaun berserta spread terapung, yang nilainya berubah bergantung pada turun naik pasaran.

    5

    Ketidak tentuan instrumen perdagangan adalah salah satu kriteria utama anda perlu fikirkan apabila memilih aset bagi scalping. Keistimewaan utama strategi perdagangan scalping ialah untuk berdagang pada bunyi pasaran, yang muncul disebabkan ketidak tentuan aset yang tinggi.

    Pada dasarnya ketidak tentuan ialah harga berubah bagi instrumen tertentu di dalam tempoh masa tertentu. Lebih banyak harga instrumen bergerak semasa sesi perdagangan atau dalam masa satu hari, potensi untung menjadi lebih luas bagi scalper.

    6

    Dari segi mengurus wang, scalping adalah salah satu strategi paling berisiko. Ini sebabnya peniaga biasanya memindahkan semua keuntungan ke akaun lain atau keluarkan dana.

    Catatan berkaitan