• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Pandemik COVID-19 terus mengancam dalam 2021, membuatkan sesiapa yang berhasrat meraih untung akan melakukannya dengan berhati-hati.

    Gara-gara ‘pembanjiran’ kerusi ergonomik dalam pasaran hari ini, anda boleh terus selesa semasa meraih untung dari rumah.

    Berikut adalah 5 idea untuk membantu anda mula lakukannya tanpa perlu keluar rumah.

    Berniaga di marketplace

    Jika anda ada kecenderungan mengesan arah aliran pengguna (consumer trends) anda boleh menimbang menjual produk di ‘marketplace’ dalam talian. Terdapat beberapa yang boleh dipilih. Lazada, Shopee, dan Amazon, antaranya. Anda juga boleh menjual item terpakai (pre-owned) di laman seperti Carousell.

    Kebanyakan ‘marketplace’ ini menyediakan alat (tools) membantu penjual memasarkan produk mereka dengan lebih berkesan. Oleh itu, jika anda seorang muka baru (novice), anda boleh mendapat panduan mengenai pemasaran, logistik, pengurusan inventori, dan transaksi niaga (payment).

    Dan jika anda mahu berbelanja untuk keperluan sendiri dalam masa yang sama, platform seperti Lazada dan Shopee akan menawarkan ganjaran (reward) kerana berbuat demikian. Di Malaysia, contohnya, anda mendapat ‘1 Shopee Coin’ bagi setiap RM$1 dan hingga ‘100 Coin’ setiap pesanan (order) . Kumpulkan maksimum 150 Coin setiap hari atau 300 seminggu.

    ‘Coin’ yang anda terima boleh digunakan untuk mengurangkan (offset) bayaran barangan yang anda beli. ‘100 Shopee Coin’ mengurangkan (shaves off) RM$1 daripada harga beli (purchase price).

    Faktor tarikan

    Permintaan bagi E-dagang (e-commerce) dan khidmat dalam talian kukuh di seluruh Asia semasa pandemik. Anda akan mendapat pasaran pengguna yang agak luas dan sedia berbelanja jika anda tawarkan produk yang menarik.

    Raih untung dari pautan (links)

    Mungkin anda untuk sudah mengetahui, pemasaran affiliate boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan. Pemasar affiliate yang cemerlang dikatakan meraih pendapatan harian berjumlah ribuan dolar tanpa masalah.

    Ada beberapa cara untuk memulakan langkah anda dengan program affiliate merangkumi pasaran yang berlainan. Pilih daripada senarai yang termasuk urus laman web (web hosting), acara dan juga F&B.

    Faktor menarik

    Anda boleh meraih pendapatan yang memuaskan, terutama jika anda sudah mempunyai blog popular atau laman reviu. Pemasaran affiliate paling berkesan setelah anda temui dan ada audien yang disasarkan (targeted audience). Ia meningkatkan potensi mendapat lebih pautan untuk dihalakan ke platform affiliate. Lebih pautan bererti lebih komisen. Ayuh terus maju dan tambah akaun bank anda.

    Nikmati ‘Cashback’

    Pernah dengar mendapat balik (gives back) apa yang dibelanja? Anda sekarang boleh mendapat wang tunai dengan hanya melakukan pelbagai kegiatan. Ini termasuk hobi yang anda minat dalam masa yang sama seperti berbelanja, melancong dan menikmati makanan.

    ShopBack telah dikenali sebagai salah satu platform ‘cashback’ paling popular di Asia Tenggara. Ia ada di pasaran seperti Thailand, Indonesia, Malaysia, Vietnam, dan Filipina. Bagaimana ia berfungsi? Platform dalam talian terima komisen apabila ia merubah hala (redirect) ahli ke laman web penjual dan mereka berbelanja di sana.

    Sekali pandang seperti pemasaran affiliate? Memang benar. Hanya yang berbeza, ShopBack berkongsi sebahagian komisen dengan pembeli di paltformnya. Oleh itu anda menerima nisbah perbezaan harga daripada apa yang anda beli dalam bentuk wang tunai (you get a percentage of your purchases as cash). Anda juga akan terima ganjaran dalam bentuk kupon dan kod promosi.

    Dan anda akan nikmati banyak pilihan, sebab ada lebih 4,000 pedagang di ShopBack. Ini termasuk Taobao, Expedia, Sephora, Pizza Hut, dan Asos.

    Hingga kini, lebih AS$130 juta ‘cashback’ telah diedarkan kepada lebih 20 juta pengguna ShopBack.

    Faktor menarik

    Anda akan terima ‘cashback’ anda sama seperti wang tunai. Ia boleh dikeluarkan (withdrawn) menerusi bank dalam tiga atau lima hari kerja. Anda juga boleh memilih untuk masukkan (credited) Cashback ke e-wallet anda menerusi akaun PayPal anda.

    Buktikan kebolehan pelaburan anda (investment chops)

    Jika anda ada kecenderungan untuk pelaburan atau minat dalam perdagangan forex, kaji Share4you.

    Platform perdagangan menyalin (The copy-trading platform) penuhi keperluan pemula (beginners) dan juga pedagang berpengalaman, oleh itu anda boleh mendapat pendapatan walaupun dengan pengetahuan asas tentang pasaran saham. Anda hanya perlu memilih dan menyalin pedagangan dari pedagang berpengalaman yang memiliki rekod kejayaan yang cemerlang.

    Platform Share4you membolehkan anda meninjau profil ratusan pedagang dan tinjau rekod dan pencapaian mereka. Selepas itu anda pilih pedagang yang anda mahu salin dagangannya. Jika anda perlu berehat, anda boleh hentikan sementara kegiatan perniagaan bila-bila masa.

    Faktor menarik

    Platform ini sesuai untuk pemula yang belum pernah berniaga. Ia juga memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai tahap risikonya (users with varying risk appetites).

    Berikan pandangan

    Siapa menduga memberi pandangan mendatangkan hasil? Google Opinion Rewards, sebagai contoh, beri bayaran di Google Play atau PayPal bagi setiap tinjauan (survey) yang anda selesaikan (complete).

    Ini merangkumi topik reviu hotel, tinjauan pandangan pedagang, dan gabungan pendapat (opinion pools).

    Anda hanya perlu muat turun aplikasi untuk mendapat akses kepada tinjauan tersebut dengan mudah. Dan itu termasuk kedua-dua peranti (devices) Android dan Apple iOS. Pengguna juga boleh dapatkan Opinion Rewards di Singapura, Thailand, Indonesia, dan Jepun.

    Tinjauannya pendek dan soalannya mudah. Jadi, jangan bimbang, anda tidak akan teringat zaman persekolahan. Google hantar tinjauan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

    Setiap tinjauan yang anda selesaikan, anda dapat sehingga AS$1 di kredit Google Play, yang anda boleh belanja di stor aplikasi.

    Faktor menarik

    Tinjauan Google selalunya pendek dan tidak lebih 5 soalan setiap satu. Oleh itu ia tidak mengambil masa yang lama untuk habiskan.

    Catatan berkaitan