• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Ramai peniaga kerap juga terlepas entry menguntungkan kerana tidak hadir apabila peluang memperoleh untung muncul. Ada beberapa sebab: pertama sekali, peniaga ialah manusia, bererti beliau tidak boleh duduk sepanjang masa di belakang terminal niaga. Juga, faktor psikologi negatif memainkan peranan penting dalam perdagangan mapan yang menguntungkan.

    Bayangkan anda menggunakan khidmat seorang peniaga profesional. Beliau tahu dengan jelas strategi perdagangan anda yang menguntungkan dan mengikut peraturan dan prinsip, peniaga tersebut meninjau secara tetap kepada semua kemungkinan peluang buat duit. Pada masa yang sama beliau tidak terjejas oleh sebarang emosi psikologi; beliau laksanakan urus niaga secara berdikari, memperoleh untung dan akhir sekali menyerahkan semua kepada anda secara peribadi (personally).

    Disebabkan peningkatan dalam lingkungan teknologi tinggi, kewujudan ‘peniaga’ seperti itu tidak lagi hanya mimpi. Sekarang ramai peniaga yang berjaya bukan saja bekerja dengan usaha sendiri tetapi juga dengan program komputer. Program tersebut dipanggil robot perdagangan atau penasihat.

    Program perdagangan automasi dibangunkan berdasarkan pengalaman peniaga sebenar. Program (atau penasihat) menggunakan modul berlainan yang menganalisis dan memproses carta dan indikator Forex. Terdapat banyak program dan setiap tahun, penasihat baru dicipta. Program tersebut pertingkat prestasi perdagangan anda dan menambah daya memperoleh keuntungan anda.

    Apa itu Penasihat Perdagangan (Penasihat Pakar)?

    Seorang penasihat pakar, atau juga akronimnya EA, adalah program automasi bagi berdagang Forex. Program ini ialah bayangan strategi perdagangan tertentu. Penasihat Pakar boleh menganalisis keadaan pasaran, buka dan tutup perdagangan dan gerakkan arahan henti. Pada dasarnya, penasihat pakar boleh melakukan apa saja yang mungkin perlu dibuat oleh seorang peniaga bagi meraih perdagangan menguntungkan.

    Untuk memastikan penasihat tersebut berniaga raih untung; anda perlu mengujinya pada ujian strategi. Selepas anda menganalisis prestasi penasihat dan daya raih untung, adalah disaran untuk memasang robot pada akaun demo untuk beberapa lama. Apabila menganalisis prestasi penasihat, beri perhatian pada parameter seperti: faktor untung, jangkaan bayaran balik (payoff), pengiraan maksimum dan relatif (maximal dan relative drawdown), untung dan rugi berturut-turut. Selepas anda memasang sebuah robot pada akaun demo, sila beri perhatian bagaimana penasihat anda menjalankan tugas dalam keadaan pasaran sebenar. Jika semua berjalan lancar dan penasihat anda raih untung, anda boleh beralih kepada akaun sebenar.

    Faedah Perdagangan Automasi

    1

    Penglibatan peniaga minimum.

    2

    Kemungkinan gabungkan perdagangan manual dan automasi.

    3

    Kepelbagaian modal.

    4

    Mengurangkan risiko perdagangan.

    5

    Berkemungkinan untuk menguji dan gunakan strategi perdagangan berbeza pada masa yang sama.

    6

    Izinkan peniaga mendapat masa cukup untuk meningkatkan dan optimumkan strategi perdagangan baru.

    7

    Satu cara melaksanakan satu sistem perdagangan yang sukar diterapkan pada perdagangan manual.

    Kekurangan Perdagangan Automasi

    1

    Kesilapan kecil boleh membawa pada kehilangann deposit. Oleh itu anda perlu berwaspada apabila memasang penasihat pada akaun sebenar.

    2

    Anda perlu ada akses tetap pada Internet, peniaga berpengalaman menggunakan ‘komputer fungsi khas’ (dedicated server) (VPS).

    3

    Penasihat pakar tidak boleh pantau (track) berita; mereka gunakan kaedah pengiraan yang sudah ditetapkan. Oleh itu, ada di antara robot boleh dan perlu dioptimumkan dari masa ke masa, dan ada juga yang sudah ‘ketinggalan zaman’ dan tidak boleh digunakan.

    Catatan berkaitan