• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Dalam pelajaran ini kita akan pelajari bagaimana mengelakkan potensi kerugian tajam (steep) dan membeli dan menjual pasangan wang pada harga yang menarik. Untuk ini anda ada tiga jenis arahan dalam tangan termasuk; Arahan Pasaran (Market Order), Arahan Terhad (Limit Order) dan Arahan Henti (Stop Order).

    Selanjutnya ialah apa erti ‘arahan’ dan penjelasan (description) bagi tiga permintaan paling popular di dagangan Forex.

    Apa itu Arahan Forex?

    Arahan Forex adalah istilah yang merujuk bagaimana anda masuk atau keluar daripada dagangan. Arahan adalah alat dagangan yang diperlukan dalam pasaran Forex. Oleh itu pelajari apa maksud arahan Forex dan bagaimana ia digunakan boleh membantu mencapai dagangan yang berjaya.

    Arahan Pasaran:

    Ini adalah arahan paling lazim dalam pasaran Forex. Ia dilaksanakan pada harga paling baik yang boleh dicapai pada masa arahan dihantar. Ia dipanggil arahan pasaran sebab ia adalah arahan membeli atau menjual matawang pada harga pasaran semasa. Arahan jenis ini dilakukan serta merta kerana ia tidak mengkhususukan sebarang harga.

    Arahan Terhad:

    Berbeza dengan arahan pasaran, arahan terhad dilakukan untuk membeli atau menjual pada harga tertentu. Ia memaparkan (represents) satu arahan yang membuka satu kedudukan pada paras yang lebih baik berbanding harga pasaran semasa. Jika anda mahu membeli lebih rendah atau jual lebih tinggi daripada harga pasaran semasa, arahan terhad adalah paling sesuai digunakan.

    Arahan Henti:

    Seperti arahan terhad, arahan henti dibuat untuk membeli lebih tinggi daripada pasaran atau menjual di bawah pasaran pada harga tertentu. Bagaimanapun ada dua jenis Arahan Henti:

    1

    Arahan Henti dilindungi: (Protective stop order) (Henti-Rugi) (Stop-Loss) –

    Ini digunakan untuk menghadkan jumlah kerugian pada kedudukan dagangan terbuka; ia secara serta-merta menutup dagangan pada tahap kerugian yang ditetapkan apabila pasaran bergerak bertentangan dengan anda. Walaupun menghentkani kerugian menyakitkan, ia penting untuk menyelamatkan dagangan.

    2

    Arahan Henti bagi masuki pasaran –

    Ini selalu digunakan bagi dagangan breakout. Misalnya, jika anda berpendapat EUR/USD yang meningkat akan berterusan gerakan meningkat anda boleh kenakan arahan henti Beli lebih tinggi daripada harga semasa. Ia akan dilaksana hanya apabila harga rally lebih tinggi daripada harga henti. Ia sebaliknya dalam kes henti jual. Arahan henti boleh menjadi Arahan Pasaran apabila pasaran berdagang pada harga tersebut.

    Perlu diingat:

    • Kedua-dua Arahan Henti dan Arahan Pasaran tertakluk kepada kemerosotan, sementara Arahan Terhad tidak begitu.

    • Selalu berdagang dengan arahan henti-rugi memandangkan ia alat had risiko utama. Tanpa mereka pedagang akan terdedah kepada risiko yang tidak terhad,

    • Semua pedagang yang berjaya mengalami kerugian pada satu-satu masa. Walaupun menyakitkan, kerugian boleh diterima jika ia dihadkan terutamanya pada jumlah kecil.

    Catatan berkaitan