• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Bergantung kepada siapa anda bertanya, anda mungkin sudah mengetahui bagaimana pemasar bersekutu boleh meraih keuntungan lumayan.

    Jika anda berminat untuk menyertai komuniti pemasaran bersekutu, berikut adalah lima cara yang anda boleh lakukan untuk mulakan langkah anda:

    Pastikan ‘niche’ anda

    Pasaran hadapi persaingan sengit , oleh itu anda perlu wujudkan jenama niaga anda sendiri dan atasi sekatan atau halangan.

    Satu cara mudah ialah dengan menyasarkan perkara yang membolehkan anda mengukir ‘niche’ anda. Jika anda mempunyai skil tertentu atau pengetahuan domain khusus, tonjolkannya. Anda perlu manfaatkannya kerana ia akan membantu anda .

    Daripada menumpukan pada kategori biasa seperti “elektronik”, juruskan kepada segmen produk. Contohnya, tumpu pada telefon bijak atau perisian gaming . Bina kumpulan klien dan kepakaran anda dari sana.

    Jika anda tidak pasti di mana mulakan bisnes sendiri, fikir tentang apa yang popular dan dicari-cari. Ini kerana kategori-kategori ini besar kemungkinan tarik perhatian dan aliran pembekalan dan pengedaran. Ia juga akan terdapat lebih banyak pembekal penyelesaian yang menawarkan banyak pilihan program bersekutu.

    E-dagang, misalnya, sangat diminati sekarang. Oleh itu akan terdapat ramai pemeran dalam pasaran dan audien sasaran yang luas untuk dapatkan rujukan .

    Perkebunan dan kecergasan juga popular. Anda boleh cepat mulakan ‘niche’ yang sesuai untuk anda di sini sebagai ‘influencer’ awal.

    Tip bonus

    Jika anda memilih ‘niche’ yang anda amat minati, mengasah kebolehan anda tidak akan timbulkan masalah.

    Pilih medium pemasaran

    Sebaik saja anda sudah tentukan ‘niche’ anda, fikirkan pelbagai media yang boleh menonjolkan produk dan perkhidmatan sebaik-sebaiknya.

    Contohnya, ia mungkin membosankan bagi audien anda membaca tentang perkhidmatan menjadi hos web. Timbang sertakan video YouTube untuk menawarkan bagaimana panduan mendaftar menggunakan perkhidmatan tersebut.

    Ia juga murah untuk memulakan laman blog sendiri, dan anda dengan mudah ‘tag’ dengan pautan bersekutu.

    Tip bonus

    Perluas jangkauan kandungan pemasaran anda dengan mencuba beberapa platform. Pilih yang paling sesuai untuk memperkenalkan produk dan, seperti Instagram jika membuat review makanan atau LinkedIn jika anda paparkan pembekal penyelesaian.

    Jalin hubungan dengan program bersekutu

    Sudah tentu anda tidak boleh berurusan sebelum anda mendaftar dengan sekurang-kurangnya satu program bersekutu.

    Anda boleh lakukannya sama ada secara langsung dengan jenama dan pembekal penyelesaian menerusi jaringan bersekutu. Cara kedua biasanya akan terdapat jaringan jenama yang sudah sedia untuk anda manfaatkan, termasuk laporan, pemantauan dan bayaran.

    Tip bonus

    Jenama biasanya menawarkan komisen dan urus niaga lebih tinggi berbanding dengan jaringan bersekutu. Tetapi dengan kumpulan peniaga yang sedia ada, jaringan bersekutu menyediakan cara mudah berurusan dengan beberapa jenama serta- merta.

    Bentuk (create) strategi pemasaran yang menarik perhatian

    Tanpa dapat perhatian dan pembekalan dan pengedaran anda akan hadapi tekanan untuk mendapat rujukan yang mencukupi dan komisen yang memadai.

    0leh itu fikir dengan teliti apa yang terbaik untuk menarik perhatian audiens anda.

    Misalnya, jika anda di platform seperti Forex4you, timbangkan membentuk bagaimana lakukan tutorial mengenai perdagangan dan menganalisis pergerakan pasaran saham. Anda juga boleh siarkan pos tentang bagaimana anda dapat kembangkan modal milik anda.

    Ini akan membantu perkukuh kredibiliti dan jenama anda sebagai pedagang dan menggalak ramai memilih anda – semua ini akan meningkatkan volum rujukan di Forex4you.

    Tip bonus

    Sasaran di sini adalah membentuk jenama peribadi anda di niche pilihan anda, oleh itu anda boleh melakar strategi pemasaran yang membuat ramai melihat anda sebagai sumber yang diyakini dalam bidang ini.

    SEO dan kajian

    Menjadi pemasar bersekutu yang efektif adalah satu maraton. Oleh itu bersedia untuk berusaha keras.

    Tidak memadai setakat melakar strategi pemasaran yang berkualiti dan pautkan dengan pelbagai program bersekutu. Bentuk penerapan SEO yang baik yang menempatkan strategi pemasaran anda di atas dalam enjin carian.

    Fahami apa audien sasaran mungkin cari dan pastikan strategi pemasaran yang anda bentuk mampu menangani keperluan-keperluan ini.

    Pantau keberkesanan strategi pemasaran anda dengan itu anda boleh terus buat penyesuaian untuk menarik lebih perhatian.

    Tip bonus

    Program bersekutu baru akan muncul, oleh itu kerap menilai portfolio anda. Tambah atau gantikan program bagi mendapatkan bayaran lebih tinggi. Pembekal Penyelesaian yang sedang meningkat juga akan menyertai segmen pasaran anda. Anda mungkin mahu berurusan dengan mereka, terutama jika mereka popular di kalangan audien sasaran anda.

    Catatan berkaitan