• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Sekarang anda sudah faham bagaimana sebutharga Forex ditunjukkan. Tiba masanya pelajari bagaimana pembeli dan penjual bertemu dan sebut harga harga mereka. Dalam hal ini biasanya ada dua angka yang disebut bagi setiap sebut harga Forex.

    Yang pertama, di sebelah kiri dipanggil sebagai Bida dan di sebelah kanan dipanggil Tanya. Istilah-istilah ini digunakan bagi sebarang produk kewangan daripada saham dan juga sebut harga Forex.

    Perbezaan antara Harga Bida dengan Harga Tanya

    Harga bida ialah harga seorang peniaga atau pelabur sedia membayar bagi instrumen yang didagang pada saat itu. Misalnya, apabila menjual matawang utama, harga bida ialah harga peniaga sedia bayar untuk membeli matawang utama daripada anda.

    Harga Tanya ialah harga di mana peniaga setuju menjual instrumen yang didagang saat itu. Misalnya, apabila membeli matawang utama, harga Tanya adalah harga yang peniaga setuju untuk menjual mata wang utama sebagai tukaran bagi mata wang sebut harga.

    English: Buy, Sell
    Bahasa: Beli, Jual

    English: Bid, Ask
    Bahasa: Bida, Tanya

    Seperti yang dapat dilihat daripada contoh di atas, harga Bida sentiasa akan lebih kecil daripada harga Tanya. Urusniaga biasanya dilakukan pada mana-mana matawang yang sebut harga dulu. Oleh itu anda boleh memilih untuk membeli atau menjual matawang utama itu.

    Apa itu Kedudukan Panjang (Long) atau Pendek (Short)?

    Apabila bercakap tentang dagangan bursa tukaran asing, istilah kedudukan panjang dan kedudukan pendek merujuk sama ada dagangan dimulakan dengan membeli atau menjual dulu. Kedudukan panjang dimulakan dengan membeli dengan harapan untuk dijual pada harga lebih tinggi. Kedudukan pendek dimulakan dengan menjual sebelum membeli dengan tujuan membeli semula instrumen itu pada harga lebih rendah. Untuk lebih jelas, sila lihat contoh berikut:

    Kedudukan Panjang – Membeli:

    Jika seorang peniaga menjangka pasangan EUR/USD nilainya akan meningkat atau dengan lain perkataan Bullish, beliau akan membuka niaga dengan klik pada ‘Beli’ dan dagangan akan bermula (triggered) pada harga 1.2981. Peniaga merujuk hal ini sebagai ‘panjang’ dan harapkan keuntungan daripada pergerakan harga ke atas (Pergerakan bullish).

    Kedudukan Pendek - Menjual:

    Jika seorang peniaga menjangka nilai pasangan EUR/USD akan jatuh, atau dengan lain perkataan Bearish, beliau akan klik ‘Jual’, dan dagangan bermula pada harga 1.2983. Apa yang beliau lakukan dipanggil sebagai kedudukan jual pendek (‘short sell)’ . Beliau sebenarnya menjual sesuatu yang dimilikinya dan membelinya semula pada harga lebih rendah dan memperolehi untung daripada perbezaan harga. Oleh itu jika anda jual pendek pasangan EUR/USD dan harganya menurun, anda buat duit; jika ia meningkat anda hilang duit.

    Sebagai penutup anda perlu ingat daripada pelajaran ini bahawa membeli Panjang adalah cara paling biasa melabur di pasaran Forex. Ada banyak sebab mengapa tetapi yang paling penting ialah pendapatan dari pasaran agak lumayan dengan peredaran masa. Jual pendek berlawanan dengan membeli panjang.

    Catatan berkaitan