• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Mahu mendapat wang tambahan? Berikut adalah tip aplikasi buat-duit (money making apps) yang akan beruntung , langsung daripada telefon bijak anda.

    Ramai pengguna sudah mencuba aplikasi ini dan dapati ia berguna. Tetapi jangan beri notis berhenti kerja anda dulu. Hakikatnya ia kadang kala mengambil masa berbulan sebelum anda menikmati bayaran, dan lebih lama sebelum meraih jumlah yang memuaskan.

    Bagaimanapun, tidak ada sebab mengapa tidak menggunakan masa lapang dan berbelanja, dan tanpa kerja keras? Kami sudah memilih lima aplikasi buat- duit yang kami rasakan terbaik. Yang lebih baik, semuanya boleh mendaftar secara percuma dan boleh digunakan serta- merta.

    Mula nikmati pendapatan sekarang.

    1. Aplikasi Tinjauan (Survey)

    Pilihan Kami: Tinjauan Milieu [App Store | Google PlayStore]

    APPeal:

    3-5 minit untuk mengisi tinjauan; pilih wang tunai, e-baucar atau menderma kepada badan amal.

    Ka-ching!:

    Minimum 10,500 mata untuk mendapat US$7 dalam tunai atau e-baucar. Seorang pengguna menganggar bahawa jika anda purata cecah 300 mata sehari, ia secara kasar mengambil masa dua bulan untuk menikmati US$14. Tapi, ia masih lumayan untuk membeli teh gelembung (bubble tea).

    Salah satu aplikasi mudah buat duit sekarang ialah tinjauan berbayar (paid surveys).

    Tinjauan Milieu membolehkan pandangan anda tentang pelbagai topik menjadi sumber wang, bagi pihak pertubuhan untuk mendapatkan pandangan pengguna. Dua atau tiga tinjauan di muatnaik setiap minggu, bagaimanapun perlu diketahui bahawa anda mungkin tidak layak bagi tinjauan penuh jika profi l anda tidak sesuai seperti yang Milieu mahukan.

    Soalan merangkumi dari pelbagai pilihan (multiple choice) kepada soalan yang perlukan penjelasan. Serupa dengan permainan video, sebaik saja anda naik tahap, anda dapat menambah mata bagi soalan yang dijawab.

    2. Aplikasi Cashback

    Pilihan Kami: ShopBack [App Store | Google PlayStore]

    APPeal:

    Tidak memerlukan sistem mata yang rumit. Cashback adalah wang tunai. Boleh dikumpul bersama promosi dan faedah sampingan (perk) kad kredit.

    Ka-ching!:

    Sehingga 30% dalam wang tunai kembali. Anda perlu menunggu beberapa bulan bagi ShopBack mengesahkan transaksi anda sebelum anda menerima wang anda. Perlukan sekurang-kurangnya US$10 dalam akaun anda sebelum anda boleh mengeluarkan wang (withdrawal).

    Aplikasi Cashback cara baik untuk berjimat semasa berbelanja, begitu juga menikmati ganjaran (rewards).

    ShopBack berfungsi seperti platform bersekutu (affiliate platform). Ia menerima komisen daripada saudagar (merchant) (jumlah terbaru lebih ribuan) yang mengambil bahagian bagi setiap transaksi yang anda buat menerusi platform ‘cashback’. ShopBack kemudian berkongsi peratusan (shared percentage) komisen dengan anda.

    Anda juga boleh menyertai Smarter Way Facebook Group ShopBack untuk kemas kini (update) dan berbincang tentang bagaimana manfaatkan cashback lebih baik dengan menggunakan platformnya.

    3. Aplikasi Pemasaran Influencer

    Pilihan Kami: Partipost [App Store | Google PlayStore]

    APPeal:

    Terima bayaran perkatakan mengenai (to share) jenama pilihan anda di media sosial.

    Ka-ching!:

    Secara purata, bayaran adalah daripada US$3 ke US$110 setiap kempen. Bayaran tertinggi yang diaraih bagi pengguna Partipost dikatakan US$10,900 daripada 300 kempen dalam tempoh tiga tahun.

    Aplikasi pemasaran massa (Crowd-marketing apps) membolehkan sesiapa saja yang ada akaun media sosial terima bayaran dengan berkongsi. Ia semudah seperti yang aplikasi uar-uarkan: Hanya petik, pos (post) dan terima bayaran.

    Sekatan longgar (low barrier) Partipost pada entri (entry) bererti anda tidak perlu menjadi influencer atau menguar-uarkan jumlah pengikut (follower) untuk turut serta (participate). Tapi anda mesti berusia 16 tahun dengan akaun bank sah. Partipost akan juga memaklumkan jika profail anda tidak memenuhi keperluan minimum kempen.

    Kebanyakan kempen memerlukan sama ada cerita di Instagram atau pos untuk menerima bayaran. Sudah tentu, jika anda berminat pada bayaran yang lebih tinggi, jangkakan peraturan lebih ketat seperti jumlah minimum pengikut.

    4. Aplikasi Makanan

    Pilihan Kami: ShopBack GO [App Store | Google PlayStore]

    APPeal:

    Kesemua faedah (benefits) daripada ShopBack. Tidak ada berbelanja minimum atau had cashback.

    Ka-ching!

    Sekitar 5% cashback (sebelum cukai), tambahan kepada promosi dan faedah sampingan (perk) kad kredit. Bayaran mengambil masa tujuh hingga 14 hari untuk dimasukkan dalam bank anda atau akaun PayPal.

    Aplikasi makanan hari ini sudah menjadi kaedah baru menerima bayaran untuk menikmati makanan.

    Untuk ini, ShopBack GO mempunyai banyak kelebihan (strong suit). Cashback boleh dikumpulkan bersama promosi dan ganjaran (reward) kad kredit. Satu lagi kelebihan menarik ialah anda boleh buat pautan (link) pelbagai kad pada platform. Ini sangat berguna bagi promosi kad khusus yang ada kaitan (tied) dengan kedai makan (eatery).

    ShopBack GO juga tawarkan ganjaran "Boost" seperti cashback tambahan bagi kunjungan pertama anda ke restoran yang terlibat (participating).

    5. Aplikasi Perdagangan

    Pilihan Kami: Forex4you [App Store | Google PlayStore]

    APPeal:

    Peraduan Jaguh Perdagangan (Trading Hero) bulanan membolehkan ahli bersaing (compete) merebut wang tunai.

    Ka-ching!:

    30 pemenang berkongsi hadiah terkumpul sebanyak US$3,095, dengan hadiah pertama US$400. Anda perlu ada sekurang-kurangnya US$50 dalam akaun anda untuk mengambil bahagian.

    Aplikasi perdagangan menikmati peningkatan semasa ketidaktentuan pasaran gara-gara koronavirus.

    Jika anda terlibat dalam perdagangan forex dan yakin mengorak langkah (got the moves), Forex4you tawarkan peraduan menarik bagi ahli memaparkan skil (skill) mereka. Peraduan Jaguh Perdagangan dianjur pada setiap awal bulan dengan hadiah wang tunai untuk dimenangi. Forex4you dikawal selia dengan baik dan dipilih sebagai Broker Forex Asia Terbaik 2020 oleh Global Banking & Finance Review. Ia diakui (legit).

    Tidak kira apa platform yang anda pilih, selalu timbangkan tahap toleransi risiko (risk tolerance). Bagaimanapun jika anda selesa dengan dagangan Forex, bererti peraduan Forex4you's baik untuk anda mengasah skil anda dan raih wang tunai tambahan.

    Catatan berkaitan