• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Perincian Market Watch

    Transkrip Video

    Bahagian “Market Watch” MetaTrader 4, yang menunjukkan harga-harga bida dan tanya, dan membenarkan anda untuk melihat instrumen, membuat pesanan, membuka carta. Semua instrumen di mana terminal Dagang mendapat petikan dari pelayan disenaraikan di dalam tetingkap “Market Watch”.

    Tetingkap spesifikasi kontrak instrumen mengandungi butiran instrumen dagang. Untuk melihat ciri-ciri instrumen, klik "Specification" dalam menu konteks dalam tetingkap “Pantauan Pasaran”. Tetingkap akan memapar parameter yang berikut:

    Spread – dipaparkan dengan mata. Jika spread terapung, parameter sama dengan terapung.

    Digit – jumlah tempat perpuluhan di dalam harga simbol.

    Tahap henti (Stops level) – dipaparkan dengan mata. Dalam saluran harga, seorang pedagang tidak boleh membuat Henti Rugi, Ambil Untung atau pesanan belum selesai. Bila anda masih membuat pesanan di dalam saluran, satu mesej yang menyatakan “Hentian Tidak Sah” akan muncul.

    Saiz kontrak (Contract size) –adalah jumlah unit komoditi, mata wang atau aset kewangan dalam satu lot.

    Mata wang margin (Margin currency) –adalah mata wang di mana kehendak margin dikira.

    Mode pengiraan Keuntungan (Profit calculation mode ) – ini adalah Forex atau CFD.

    Mode pengiraan margin – ini adalah untuk Forex atau CFD Leverage.

    Lindung nilai margin (Margin hedge)– ini menunjukkan margin yang dikenakan bayaran daripada pesanan lindung nilai untuk 1 lot.

    Peratusan margin (Margin percentage) – ini menentukan bahagian mana nilai saiz margin asas yang dikira , menurut jenis simbol, dikenakan bayaran.

    Dagang (Trade) – di sini anda boleh menetapkan 3 pilihan. Pertama, izin untuk berdagang dengan instrumen ini, apabila dihidupkan: "Full access”, ini membolehkan seorang pedagang untuk menutup dan membuka kedudukan. Sementara, "Close only" hanya membenarkan penutupan, dan pilihan "Disabled" melarang anda daripada berdagang.

    Pelaksanaan (Execution) – ini adalah simbol jenis pelaksanaan.

    Mod GTC (GTC mode) – ini adalah mod tamat tempoh untuk pesanan, yang mana anda mempunyai 3 pilihan:
    • pilihan pertama, Pendings are good till cancel – di sini pesanan belum selesai akan dikekalkan sebagai perubahan hari dagang;
    • pilihan kedua, Good till today including SL/TP – ini adalah untuk pesanan yang tidak sah seoanjang satu hari perdagangan. Apabila sampai ke penghujung hari, semua tahap Stop Loss, Take Profit, dan pesanan belum selesai akan dipadam.
    • pilihan ketiga, Good till today excluding SL/TP – ini berlaku apabila hari dagang berubah, tahap Stop Loss dan Take Profit dikekalkan , tetapi pesanan belum selesai akan dipadam.
    Volum minimal (Minimal volume) – ini adalah volum minimal bagi tawaran untuk simbol itu.

    Volum maksimal (Maximal volume) – ini adalah volum maksimal bagi tawaran untuk simbol itu.

    Tahap volum (Volume step) – adalah tahap perubahan volum.

    Jenis swap (Swap type) – Terdapat 4 jenis pengiraan swap:
    • Mata – jumlah mata yang ditentukan bagi harga instrumen.
    • Mata wang asas – jumlah mata wang asas yang ditentukan bagi simbol
    • Peratusan – sebagai peratusan dalam setahun. Peratusan diambil daripada harga kedudukan (setiap 1 lot) dan dibahagikan dengan 360, oleh kerana swap dikira secara harian;
    • Mata wang margin – jumlah mata wang margin yang ditentukan bagi simbol.
    Swap panjang (Swap long)– ini adalah swap untuk kedudukan Beli.

    Swap pendek (Swap short) – ini adalah swap untuk kedudukan Jual.

    Swap 3 hari (3-days swaps) – ini adalah hari untuk bayaran swap tiga kali ganda;

    Bahagian bawah menunjukkan maklumat mengenai sesi-sesi petikan dan perdagangan simbol. Di sini sesi-sesi ditentukan untuk setiap hari dalam seminggu.