• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Cipta Templat

    Transkrip Video

    Cipta Templat

    Sebuah templat adalah satu set parameter tetingkap carta yang boleh digunakan untuk carta lain. Berikut ini boleh disimpan di dalam sebuah templat:
    • Jenis carta dan warna;
    • rajah berwarna;
    • skala carta;
    • garis OHLC yang terlihat atau tersembunyi;
    • penasihat pakar yang terlampir dan parameternya;
    • indikator teknikal atau khusus yang dikenakan dengan tetapan mereka;
    • kajian garisan;
    • pemisah hari.
    Apabila sebuah templat dikenakan ke dalam carta, tetapan yang tersimpan, akan terlampir kepada instrumen dan tempoh. Contohnya, anda boleh mencipta templat yang merangkumi indikator MACD, RSI, dan Moving Average, dan kemudian gunakannya untuk carta yang lain. Dalam kes ini, tetingkap akan mempunyai pandangan yang sama untuk simbol dan tempoh yang berlainan.

    Untuk mencipta sebuah templat yang baharu, anda perlu melaksanakan perintah menu "Charts – Template – Save Template...", perintah menu konteks carta bagi nama yang sama, atau dengan menekan butang Templates di toolbar "Charts". Hasilnya, sebuah templat baharu akan dicipta berdasarkan data aktif tetingkap carta. Tindakan yang sama mesti dilakukan untuk merubah sebuah templat, tetapi sebuah templat yang sedia ada harus dipilih daripada memasukkan nama fail yang baharu. Untuk menggunakan sebuah templat di dalam tetingkap carta, anda perlu memilih fail yang diinginkan di dalam menu pengurusan templat atau dalam mana-mana folder yang tersedia dalam tetingkap "Open" yang boleh didapatkan dengan perintah menu "Charts – Template – Load Template...". Perintah menu "Charts – Template – Remove Template" dan perintah menu konteks carta bagi nama yang sama membolehkan anda untuk menghapuskan templat.

    Templat yang disimpan di dalam direktori /TEMPLATES sebagai fail-fail TPL. Sebuah template dicipta sekali dan boleh digunakan berkali-kali tanpa had. once can be used unlimited amount of times. Templat asas (DEFAULT.TPL) telah dicipta semasa pemasangan terminal. Ia akan digunakan secara automatik untuk pembinaan tetingkap carta baharu. Pada masa akan datang, ia boleh diubah dengan menggunakan ciri-ciri tetingkap carta aktif.