• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Perincian Terminal

    Transkrip Video

    Dalam video sebelumnya, kita telah membincangkan tentang asas "Terminal". Secara ringkas, tetingkap ini membenarkan anda unutk mengawal aktiviti perdagangan, melihat rencana berita, melihat sejarah akaun, m menyiapkan peringatan, bekerja dengan mel dalaman dan sistem jurnal. Jadi, apabila kita melihat dengan lebih dekat Terminal ini, kita akan melihat beberapa tab dalam tetingkap, mari kita semak semuanya:

    Dagang (Trade) – dalam tab ini, seseorang boleh melihat status kedudukan terbuka, pesanan belum selesai, dan mengurus aktiviti perdagangan. Juga jumlah keputusan kewangan untuk semua kedudukan terbuka diterbitkan di sini.

    Pendedahan (Exposure) – tab ini mengandungi ringkasan maklumat mengenai keadaan aset oleh semua kedudukan terbuka.

    Sejarah Akaun (Account History) – ini menunjukkan sejarah untuk semua perdagangan dan baki yang dilaksanakan, sementara kedudukan terbuka tidak dipertimbangkan. Kecekapan bagi semua aktiviti perdagangan boleh dianggarkan dengan keputusan yang diberikan di dalam tab ini.

    Berita (News) – di sini semua berita kewangan yang baru masuk boleh dilihat. Maklumat masa nyata ini amat penting untuk analisis asas.

    Peringatan (Alerts) – di sini pelbagai peringatan boleh dilihat dan ditetapkan. Sebarang fail yang boleh dilancarkan dalam persekitaran operasi (termasuk fail wave ) dan mesej yang dihantarkan melalui emel boleh ditetapkan sebagai peringatan.

    Peti Surat (Mailbox) – di sini semua mesej yang baru masuk ke terminal di simpan di sini. Mesek elektronik juga dihantarkan ke sini.

    Syarikat (Company) – tab ini memaparkan sebuah laman web yang berguna untuk pedagang.

    Pasaran (Market) – Anda boleh membeli atau memuat turunkan aplikasi di sini dari pasaran aplikasi MQL4 di MQL5.community

    Isyarat (Signals) – tab ini memaparkan isyarat perdagangan bagi perkhidmatan "Signals", yang boleh dilanggan.

    Asas Kod (Code Base) – di sini anda boleh memuat turunkan sebarang aplikasi yang diterbitkan dalam bahagian "Code Base" di laman web MQL5.community.

    Carian (Search) – tab ini memaparkan hasil carian melalui terminal klien.

    Pakar (Experts) – tab ini menunjukkan maklumat mengenai fungsi pakar yang berkenaan, termasuk pembukaan /penutupan kedudukan, merubah pesanan, mesej-mesej pakar itu sendiri, dsb.

    Jurnal (Journal) – Di dalam jurnal, maklumat disimpan mengenai pelancaran terminal, acara semasa operasi, dan juga semua operasi perdagangan yang dilaksanakan.

    Ingat bahawa beberapa tab di tetingkap "Terminal" tidak dapat dilihat kerana mereka kosong. Contohnya, tab "Expert Advisors" akan tersembunyi sehingga mesej daripada program MQL4 program masuk.