• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Mungkin faktor yang paling berpengaruh pada nilai mata wang adalah dasar yang ditetapkan oleh bank pusat negara. Objektifnya adalah untuk mempengaruhi kadar domestik, yang seterusnya mempengaruhi keseluruhan aktiviti ekonomi. Kadar faedah yang lebih rendah biasanya merangsang pinjaman, pelaburan dan penggunaan, sementara kadar faedah yang lebih tinggi mengurangkan pinjaman dan penggunaan.

    Campur tangan mata wang memerlukan sebuah bank pusat membeli atau menjual mata wang sendiri untuk menyesuaikan nilai tukar. Ini adalah cara untuk mengawal inflasi dan permintaan untuk import dan eksport, dan juga menjamin kestabilan kadar pertukaran. Campur tangan ini membawa erti yang berbeza kepada jenis peniaga yang berbeza:

    • Bagi peniaga jangka pendek, campur tangan mungkin bermakna gerak harian (intraday) yang besar, kadang-kala mencecah 150 - 200 pip dalam beberapa minit.

    • Bagi peniaga sederhana / jangka panjang, campur tangan mungkin memberi isyarat perubahan trend jika bank beralih pendiriannya dan menghantar mesej yang berbeza ke pasaran.

    Dasar Kewangan Bank Pusat dan Pasaran FX

    Dasar kewangan yang digunakan oleh bank pusat terdiri daripada dua kategori besar: pengembangan (expansionary) atau terhad (restrictive).

    Dasar kewangan pengembangan -

    juga dikenali sebagai akomodatif, bertujuan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, dengan cara menurunkan kadar faedah. Satu lagi langkah ialah peningkatan penawaran wang, yang mencapai penurunan kos pinjaman.

    Dasar kewangan terhad -

    bertujuan memperlahankan pertumbuhan ekonomi / memerangi inflasi dengan peningkatan kadar faedah. Dasar ini juga dikenali sebagai "tightening" dan digunakan apabila ekonomi berkembang dengan pesat. Dengan terlalu banyak wang memburu terlalu sedikit barangan, harga mula naik, dan bank-bank pusat kini perlu menyekat kenaikan inflasi.

    Berkaitan dengan ciri-ciri campur tangan, terdapat dua jenis campur tangan tukaran mata wang asing: disterilkan dan tidak disterilkan (sterilized and unsterilized).

    Campur tangan disterilkan -

    Ini tidak akan memberi kesan kepada penawaran wang. Ia adalah ’disterilkan’ kerana, selain daripada membeli atau menjual mata wang secara langsung, ia juga melibatkan langkah tambahan: penjualan sekuriti kerajaan yang mengimbangi penambahan rizab yang disebabkan oleh campur tangan. Kesan langkah sedemikian biasanya pendek hingga jangka sederhana.

    Campur tangan tidak disterilkan -

    Jenis campur tangan ini merujuk kepada membeli atau menjual mata wang nasional terhadap mata wang asing. Kesannya dapat dilihat di semua peringkat ekonomi, selain daripada yang dilihat di pasaran tukaran asing. Akibatnya, pelarasan lain mesti dibuat (dalam kadar faedah, harga dan sebagainya). Campurtangan jenis ini mempunyai kesan jangka panjang.

    Mengapa Peniaga Forex Beri Perhatian kepada Ketua Bank Pusat?

    Bukan sahaja bank-bank pusat sendiri mempunyai kesan ke atas pasaran Forex, malah ketua-ketua bank pusat. Seperti ketua bank pusat AS, China, Eropah dan Jepun, mereka ini mempunyai kesan besar ke arah mata wang. Untuk memudahkan anda, kami telah menyenaraikan di bawah pegawai bank pusat utama:

    • Mario Draghi - Bank Pusat Eropah

    • Mark Carney - Gabenor Bank of England

    • Jerome Powell - Pengerusi Lembaga Rizab Persekutuan, Amerika Syarikat

    • Haruhiko Kuroda - Gabenor Bank of Japan

    • Philip Lowe - Gabenor Bank Rizab Australia

    • Stephen S. Poloz - Gabenor Bank of Canada

    Peserta pasaran Forex memperhatikan bahasa dan bayangan mereka. Terutama, apabila ketua-ketua bank pusat menyampaikan pidato, memberi wawancara atau memberikan maklumat secara terbuka.

    Catatan berkaitan