• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Anda sudah ada kerja di siang hari tetapi bercadang meraih wang tambahan sebagai pendapatan sampingan? Ada banyak cara untuk melakukannya.

    Berikut ialah 10 yang anda boleh mulakan dan tanpa perlu menukar baju tidur anda.

    1. Ejen pusat panggilan (Call center agent)

    Bersedia berterus terang, anda perlu bersabar untuk ini. Apabila pelanggan sanggup menelefon sebuah syarikat, ia selalunya kerana marah.

    Sebagai ejen ‘call center’ anda perlu tenang dan berbincang dengan terperinci mengenai masalah tersebut. Daya penarik (selling point) di sini ialah anda buktikan bahawa anda boleh menangani (handle) panggilan dari mana saja di dunia ini. Dan jenama (brand) terkemuka perlu ejen untuk pertingkat (improve) khidmat pelanggannya.

    Anda juga ada pilihan, termasuk memilih zon masa yang tidak menjejas waktu kerja anda di siang hari. Ia akan turut berbaloi jika anda berhasil menyelesaikan ketidakpuasan pelanggan!

    2. Niaga ‘Dropshipping’

    Berbelanja dalam talian amat berleluasa (rage) hari ini. Jika anda bijak (apt) mengesan tawaran harga barangan yang baik (good bargains), anda boleh manfaatkan kepakaran ini untuk meraih pendapatan tambahan menerusi ‘dropshipping’.

    Ia membolehkan anda menjual dan menghantar produk kepada pelanggan dalam talian tanpa perlu menyediakannya dalam simpanan (to hold any physical inventory). Sebaik anda mengesahkan (confirmed) urus niaga (transaction), barangan anda akan dihantar terus dari gudang pembekal ke rumah pelanggan. Oleh itu anda tidak perlu bimbang tentang butir-butir mengurus logistik.

    Anda hanya perlu bijak mencari pengilang (manufacturers) dan pemborong (wholesalers) yang menawarkan harga kos paling berpatutan bagi barangan yang anda mahu pasarkan. Kemudian lakar strategi harga yang beri keuntungan yang memuaskan.

    ‘Dropshipping’ dilaporkan mampu menjana AS$170,000 perolehan jualan (in turnover), oleh itu anda mungkin meraih untung yang lumayan (you may be looking at a hefty chunk of change).

    Jika anda muka baru, tinjau tip dari Shopify's Oberlo dan BigCommerce.

    3. Pereka (crafter) DIY

    Kurang berhasil dalam jual beli tapi berbakat menggunakan tangan? Ayuh! Tekan platform dalam talian seperti Etsy untuk menjual kraftangan (crafts) dan barangan rekaan sendiri (homemade wares).

    Pelitup muka yang ikut cita rasa pembeli, poster digital, dan hiasan tembok antara idea yang boleh anda cuba.

    Jika anda membuat hadiah khusus untuk rakan, kenapa tidak meraih untung daripadanya?

    4. Daripada barang terbuang menjadi barang berharga (treasure)

    Barang terbuang jadi barang berharga.

    Sebelum membuang pembuat sandwic yang anda beli secara tiba-tiba tahun lalu, senaraikan dalam laman seperti Carousell atau Gumtree. Anda juga boleh menjual atau sewakan kereta anda di Gumtree.

    Ayuh! Mulakan penjualan besar-besaran (Let the spring-cleaning begin!)

    5. Vlogger masak di rumah

    Jika anda minat memasak, mengapa tidak kongsi resipi dalam talian?

    Pos video paparkan panduan langkah demi langkah bagaimana mencuba resipi anda. Anda boleh menarik lebih banyak perhatian (eyeballs) jika anda tumpukan pada kategori makanan, seperti juadah Asia atau resipi ‘vegetarian’ Asia.

    6. Makanan masak di rumah

    Sebaik saja anda menubuhkan pangkalan peminat (fan base) dan selepas anda perkukuh pangkalan peminat daripada video memasak, anda boleh mula menjual masakan anda. Beberapa cef dari rumah muncul dalam beberapa tahun kebelakangan ini, oleh itu ada pasaran bagi makanan lazat yang dimasak di rumah.

    Selain daripada itu, jika anda sudah menarik ramai pengikut dari vlog anda, sudah pasti ada orang yang sudah meminati resipi anda.

    Anda juga boleh menyebarkan (tap) video anda untuk pasarkan dan promosi makanan yang anda jual.

    7. Menulis dan dapat bayaran

    Jika anda ada bakat menulis, anda boleh mulakan blog atau tawarkan khidmat kandungan pemasaran (content) sebagai kerja sampingan.

    Pilih topik yang anda paling minat atau isu yang menarik perhatian ramai seperti muzik atau fesyen. Ini akan membolehkan anda sasarkan audien yang lebih ramai dan oleh itu lebih perhatian (eyeballs).

    Sama seperti vlog, apabila anda dapat memupuk (nurture) pengikut yang kukuh bagi blog anda, anda boleh manfaatkan platform tersebut untuk menjana lebih untung. Bayangkan pemasaran affiliate dan perkongsian penjenamaan (branding partnerships). Potensi pendapatan daripada ini amat menarik (drool-worthy).

    8. ‘Influencer’ Insta-Tik

    Anda sentiasa ceria dan ramah atau memilik personaliti yang disenangi ramai? Jika benar, anda memang sesuai menjadi pemengaruh sosial (social influencer) di platform popular seperti Instagram dan Tiktok.

    Jika burung kakak tua peliharaan anda memiliki personaliti yang lebih menarik daripada anda, buka akaun untuknya di Instagram.

    Banyak haiwan peliharaan yang membantu penjaga mereka menambah pengikut di talian, termasuk Jiff the Pomeranian dan rakan kucing, Lil Bub.

    9. Bina ‘superapp’ masa depan

    Jika kod perisian (software codes) dan ‘gadget’ lebih menarik minat anda, cuba bangunkan aplikasi yang menarik perhatian ramai.

    Kaji masalah yang sering dialami pengguna masa ini dan reka aplikasi yang boleh mengatasinya (plug a hole). Ia mampu menawarkan khidmat mudah seperti mengingatkan pengguna jangan menjemur pakaian di luar jika diramalkan hujan.

    Jika anda berhasil mengesan peluang menjual produk yang belum ada di pasaran, aplikasi anda dijangka mendapat untung apabila sebuah syarikat buat tawaran untuk membelinya dari anda.

    10. Berniaga pilih dan ikut (Pick up trading)

    Mungkin anda lebih berminat jual beli forex? Anda perlu tinjau Share4you.

    Platform perniagaan menyalin (The copy-trading platform) sesuai untuk pemula dan peniaga berpengalaman, dan anda boleh meraih pendapatan memuaskan walaupun setakat tahu pengetahuan asas tentang pasaran forex.

    Share4you membolehkan anda meninjau profil ratusan peniaga, termasuk rekod niaga dan pencapaian mereka.

    Hanya perlu memilih dan menyalin aktiviti perdagangan peniaga berpengalaman yang mempunyai rekod cemerlang. Jika anda perlu berehat, anda boleh berhenti berdagang bila-bila masa.

    Oleh itu melangkah berbekal panduan daripada pedagang yang anda berminat dan bersedia lihat portfolio anda meningkat!

    Catatan berkaitan