• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Sebelum menjurus terus ke subjek Forex, ada baiknya jika dapat fahami pasaran kewangan utama lain, memandangkan pasaran Forex hanya salah satu daripadanya. Di bawah, anda boleh dapatkan gambaran ringkas tentang pasaran kewangan lain di dunia;

    Apa itu Pasaran Modal?

    Pasaran modal ialah di mana individu dan institusi berniaga sekuriti (securities) kewangan. Ia terdiri daripada pasaran peringkat pertama dan pasaran peringkat kedua.

    • Pasaran bon, atau dipanggil pasaran peringkat Pertama (Primary market), di mana bon dan syer (share) diterbitkan buat kali pertama dan diniagakan tanpa orang tengah.

    • Pasaran saham, atau dipanggil pasaran peringkat kedua (secondary market), ialah di mana pelabur boleh membeli sekuriti; saham, perniagaan ke depan (futures), bon, dan opsyen (options). Anda akan membeli instrumen (instrument) kewangan daripada orang tengah atau pelabur lain. Ini berlaku melalui bursa, bererti tidak langsung daripada firma atau institusi seperti di pasaran peringkat pertama.

    Apa itu Pasaran Wang?

    Dalam pasaran ini individu, institusi dan syarikat berniaga instrumen kewangan dengan kecairan tinggi (high liquidity) dan kematangan singkat, bererti ia biasanya didagang dalam jangka pendek dan di bawah 1 tahun.

    Apa itu Pasaran Tukaran Mata Wang Asing?

    Dikenali juga sebagai pasaran Forex, pasaran ini berurus niaga tukaran mata wang asing dari semuaa negara di dunia. Negara-negara, pemerintah , institusi, perbadanan besar dan kecil, termasuk individu menyertai pasaran Forex.

    Apa yang berlaku dalam Pasaran Derivatif (Derivative Market)

    Peniaga yang kurang pengalaman selalunya tidak berniaga di pasaran ini kerana ia mempunyai lapisan kerumitan yang lain. Ia dipanggil pasaran derivatif, memandangkan nilai derivatif diperolehi daripada aset asas seperti forwards, opsyen, futures, swap, Kontrak-Bagi-Perbezaan (Contracts-For-Difference) (CFD) atau dalam bentuk lain.

    Apa erti Pasaran OTC?

    Pasaran di kaunter (OTC) ialah pasaran peringkat kedua (secondary market), dikenali juga sebagai pasaran peniaga. Istilah di kaunter ertinya saham tidak diniagakan di bursa saham. Ini menyebabkan kurang peraturan; sekuriti yang paling banyak diniagakan cara ini adalah saham penny dan syer dari syarikat kecil.

    Apa itu Pasaran Matawang crypto (Cryptocurrency)?

    Walaupun ia tidak dikawal selia seperti pasaran kewangan lain dan segelintir orang percaya ia akan gagal, pasaran tidak berpusat ini telah mengubah pasaran kewangan global sejak ia menceburi pasaran pada 2009. Syiling digital utama yang diniagakan atau dimiliki adalah Bitcoin, Ethereum dan Ripple. Mata wang crypto adalah hasil sampingan produk teknologi blockchain. Token digital ini dicipta berdasarkan teknologi blockchain.

    Daripada semua pasaran kewangan ini, pasaran Forex adalah pasaran kewangan terbesar di dunia. Jumlah matawang yang didagangkan sehari melebihi $5 trilion, menjadikannya pasaran yang menguntungkan dan menarik untuk diceburi.

    Catatan berkaitan