• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Dalam pelajaran ini kami akan menganalisis secara lebih luas peserta dalam pasaran Forex beserta pandangan daripada seorang peniaga. Kami akan memberikan anda pengertian mendalam bagaimana peserta Forex ini mempengaruhi pasaran 5 trilion dolar dan kadar pertukaran matawang.

    Ada enam kumpulan besar pemain yang merupakan peserta pasaran Forex utama, setiap satu mempunyai objektif niaga dan strategi yang berbeza, dan seterusnya memberi kesan kepada harga matawang.

    1. Peranan Bank Pusat

    Bermula dengan bank pusat, objektif utama mereka ialah memastikan ekonomi negara stabil dengan memantau faktor inflasi. Ini boleh dicapai apabila mereka mengawal selia kadar faedah, campur tangan dalam pasaran mata wang (membeli atau menjual) dan juga mengawal selia nisbah keperluan rizab.

    Beberapa bank seperti itu termasuk European Central Bank (ECR), Bank for International Settlement (BIS), International Monetary Fund (IMF), European Investment Bank (EIB) the Bank of England (BoE) dan US Federal Reserve.

    2. Bank komersial dan Bank Pelaburan dalam Pasaran Forex

    Sebagai pemain terbesar dalam pasaran tukaran Forex di dunia, mereka bertindak bagi diri mereka sendiri atau berdasarkan kepada keperluan dan kehendak klien mereka. Spread sempit (narrow spread) di kalangan pasaran antara bank membolehkan urus niaga jumlah besar mata wang dengan kos yang rendah.

    Pasaran yang lebih dikenali sebagai antara bank teratas (top-tier), meliputi kira-kira 55% daripada semua urus niaga Forex yang dibuat seluruh dunia. Beberapa bank tersebut termasuk JPMorgan, UBS, Citi, Barclays, HSBC dan Deutsche Bank. Pada dasarnya pasaran antara bank ADALAH pasaran Forex.

    3. Bagaimana syarikat multinasional beri kesan kepada pasaran Forex?

    Korporat besar ini menyertai pasaran Forex terutama bagi tujuan lindung nilai (hedging) dan komersial atau pelaburan. Contoh bagi tujuan pelaburan ialah apabila sebuah syarikat Thai ambil alih syarikat AS bernilai $100 juta; dalam hal ini syarikat Thai perlu menukar mata wang.

    Apa itu lindung nilai ? Ia adalah teknik pengurusan risiko, jika anda yakin satu pelaburan berisiko, anda boleh melabur satu lagi pelaburan bagi mengurangkan risiko.

    4. Peniaga Institusi (institutional) dalam pasaran Forex

    Kategori ini merangkum kira-kira 30% daripada semua urusniaga Forex yang dibuat serata dunia, dan ia juga termasuk syarikat insurans dana pencen, dana bersama (mutual fund) dan dana lindung nilai (hedge funds).
Kumpulan ini juga dipanggil spekulator, memandangkan tujuan mereka berniaga untuk memperoleh untung dan juga melindung nilai portfolio global terhadap risiko mata wang.

     5. Tujuan Utama Broker Runcit

    Mereka memberi peniaga runcit akses kepada pasaran Forex dengan menyalurkan arahan (orders) mereka kepada bank komersil atau platform institusi. Broker-broker ini buat duit daripada spread atau kenakan bayaran bagi setiap urus niaga. Mereka bertindak selaku orang tengah antara institusi kewangan dan individu, dan mendapat bayaran.

    6  Peniaga Runcit dalam  Pasaran Forex

    Mereka adalah individu seperti anda, yang aktif berdagang mata wang sementara mencuba memperoleh untung daripada turun naik satu mata  wang terhadap yang lain. Mereka juga dipanggil spekulator kecil memandangkan peniaga runcit semata-mata ceburi pasaran Forex untuk memperoleh untung dan tidak memegang mata wang tersebut bagi jangka masa panjang. Kategori peniaga runcit adalah segmen paling pantas tumbuh  daripada keseluruhan pasaran Forex.

    Catatan berkaitan