• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Anda perlukan seorang broker jika anda mahu berniaga dalam pasaran Forex. Dengan melihat pada keseluruhan pasaran, kita boleh fahami fungsi dan peranan yang dimainkan oleh seorang broker dalam peranan yang lebih luas. Tetapi apa atau siapa itu broker sebenarnya? Untuk memahami dengan lebih mudah fikirkan contoh berikut:


    Katakan anda mahu membeli oren, jadi anda ke pasar di mana ia dijual. Oren adalah produk yang anda mahu beli dan petani adalah penjual oren. Pasar pula adalah tempat anda boleh dapatkan oren kerana di situlah tempat pembeli dan penjual bertemu untuk oren. Oleh itu seorang broker Forex sama seperti gerai di pasar dan sudah tentu ada broker Forex lain di pasar yang anda boleh beli produk lain.


    Ini serupa dengan pasaran forex. Terdapat pembeli dan penjual pelbagai matawang dan memerlukan tempat untuk berkumpul. Memandangkan mereka berjauhan berbatu-batu mereka perlu mekanisme yang boleh memudahkan pembelian dan penjualan mata wang tersebut dan di sinilah broker memainkan peranan. Cakap mudahnya seorang broker Forex ialah orang tengah, perantara antara pelbagai peniaga yang mahu membeli dan menjual matawang asing.

    Apa Yang Dilakukan Oleh Seorang Broker Forex?

    Buat masa ini, broker dalam Pasaran Forex bukan lagi seseorang yang anda arahkan menerusi telefon agar membeli atau jual instrumen bagi pihak anda. Dengan jaringan komunikasi yang maju dan jaringan komunkasi platform berniaga, peniaga sekarang boleh berhubung dengan broker mereka dalam masa sebenar (real time). Suasana ini memberi peluang bagi membaiki keadaan pasaran, lebih telus dan juga kos niaga lebih rendah.


    Seorang broker menyediakan platform niaga di talian di mana pembeli dan penjual boleh membeli matawang. Contohnya anda mahu menjual matawang tertentu dan perlu mendapatkan seorang pembeli untuk laksanakan urus niaga. Dengan merujuk kepada broker anda terjamin akan dipasangkan dengan pembeli dan oleh itu sempurnakan tukaran matawang pilihan anda.


    Yang paling penting, broker Forex bertindak sebagai perantara antara beberapa peniaga yang aktif di pasaran. Sementara ini adalah fungsi utama seorang broker Forex, ia bagaimanapun bukan satu-satunya. Peranan lain yang penting ialah sebagai penyedia kecairan, seorang broker memberikan pelanggan julat harga tetap (fixed price range), eg tempahan beli dan tempahan jual. Ini melindungi harga daripada harga tidak menentu (volatility), urus niaga yang dijamin dan semua ini memastikan sepanjang masa pembeli atau penjual mampu  dapatkan rakan niaga bagi urus niaga anda bila-bila masa.

    Bagaimana Broker Forex Peroleh Keuntungan?

    Broker Forex berusaha untuk dapatkan keuntungan bagi diri mereka sendiri dengan memudahkan spekulasi dalam pasaran Forex yang tidak menentu. Ini bererti broker buat duit menerusi spread – perbezaan antara bida (bid) dengan harga tanya (ask price) bagi pasangan mata wang – dan dengan mengenakan komisen dan bayaran bagi urus niaga pada akaun  tertentu.


    Di Forex4you tidak ada satu pun bayaran tersembunyi dan semuanya telus.

    Catatan berkaitan