• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Bosan melihat akaun bank anda seolah-olah tidak berkembang? Selain bertukar pekerjaan ada beberapa cara melipat gandakan pendapatan anda.

    Berikut adalah lima tip daripada kaya raya tentang bagaimana menambah wang anda:

    Pecahkan pendapatan bulanan anda (Split your monthly income)

    Li Ka-Shing, Hong Kong billionaire yang terkenal dilaporkan yakin dengan plan lima tahun bagi golongan profesional muda mengembangkan wang mereka. Ia memerlukan anda pecahkan gaji bulanan anda kepada lima bahagian.

    Yang pertama, merangkum 30% pendapatan anda, bagi perbelanjaan sara hidup (living expenses). Ini adalah bahagian yang paling besar, tapi tidak bererti anda perlu hidup secara mewah. Nasihat Li ialah makan secara sederhana, bukan berlebih-lebihan.

    Bahagian kedua, kira-kira 20% daripada gaji bulanan, wajib digunakan untuk perluas lingkungan sosial dan mewujudkan persahabatan. Belanjakan bahagian ini menjamu selera mereka yang membantu anda dalam kerjaya atau mereka yang lebih berada (wealthier).

    Li yakin jika anda lakukan ini setiap bulan, pengaruh hubungkait (network) anda akan berkembang dan memberi manfaat pada masa depan.

    Bahagian ketiga libatkan 15% dan bagi keperluan pelajaran. Membaca dan belajar semampu mungkin. Sertai kursus. Anda bukan setakat menambah pengetahuan, anda juga berpeluang bertemu mereka yang berpengaruh semasa mengikuti kursus anda.

    Bagi mereka yang berminat melancong, bahagian empat merangkumi 10% daripada pendapatan bulanan anda. Simpanan di sini boleh digunakan untuk melancong ke luar negeri. Lawat negara lain sekurang-kurangnya setahun sekali untuk meluaskan pengalaman hidup anda. Kunjungi negara lain dan bertemu pelbagai orang yang akan merubah perspektif anda tentang kehidupan dan mempertajam (sharpens) pandangan anda tentang kehidupan.

    Bahagian terakhir, yang merangkumi 25% daripada gaji anda, untuk simpanan dan boleh digunakan untuk pelaburan. Wang tersebut boleh digunakan untuk memulakan perniagaan, yang menurut Li berisiko rendah kerana sebarang kerugian hanya kecil .

    Dan apabila anda sudah mula meraih untung daripadanya, pengalaman tersebut akan menambah keyakinan dalam mengurus niaga.

    Cari peluang isi kekosongan

    Apabila anda sudah sedia mengembangkan harta peribadi anda dengan perniagaan baru, fikir dengan teliti apa yang wajar dilakukan. ( think carefully about what this should be).

    Salah seorang jutawan paling muda India, Nikhil Kamath pada awalnya mencuba beberapa idea niaga, termasuk khidmat dobi (laundry), dan menjual telefon terpakai. Bagaimanapun semua kurang berhasil.

    Beliau hanya berjaya selepas mengesan lowongan dalam pelaburan runcit yang beliau boleh manfaatkan. Ini berlaku apabila beliau mulakan platform pembrokeran (brokerage) Zerodha pada 2010.

    Kamath: "Biasanya kita mengambil masa yang lama cuba mengesan masalah dan mengatasinya. Saya rasa memberi perhatian kepada industri dan pusingan jangka panjang industri tersebut amat penting. Mulakan industri di titik perubahan (inflection).

    Rancang jangka panjang

    Seorang lagi peniaga bilionaire terkemuka yang menyokong plan jangka panjang. Warren Buffet menulis dalam suratnya pada pemegang saham Berkshire Hathaway, matlamat pelabur adalah membeli saham dalam syarikat yang terus kekal kukuh selepas 10 atau 20 tahun.

    "Jika anda tidak berminat memiliki saham selama 10 tahun, usah berangan-angan memilikinya bagi 10 minit," tulis beliau.

    Dan apabila beliau mengesan perniagaan yang menguntungkan jika melabur, Buffet bukan setakat melakukannya secara besar-besaran tetapi juga bagi jangka masa lama. Contohnya, beliau belanjakan AS$1 billion beli saham dalam Coca-Cola pada 1988. Beliau masih memiliki saham tersebut hari ini.

    Dalamm interviu 2018 dengan CNBC's Squawk Box, beliau dapati tidak ada sesiapa yang akan beli ladang kerana akan hujan tahun depan. “Mereka membelinya kerana mereka yakin ia adalah pelaburan menguntungkan bagi lebih 10 atau 20 tahun."

    Minta bantuan wang jika perlu

    Untuk mengembangkan wang, kadang kala anda perlu tebalkan muka untuk meminta bantuan wang.

    Pembuat filem Amerika yang disanjung Spike Lee, tidak ada masalah meminta bantuan wang daripada seseorang. "[Sebab] Saya yakin dengan bakat saya, kebolehan saya membuat filem, dan juga orang-orang yang saya damping dengan projek saya."

    Dan beliau bukan seorang berpendapat begitu. Jutawan atas usaha sendiri Steve Siebold menulis dalam bukunya, How Rich People Think, bahawa golongan kaya tidak teragak-agak membiayai masa depan mereka menggunakan wang orang lain.

    "Golongan berharta tahu wang sentiasa sedia ada sebab orang kaya selalu buat pelaburan yang amat menguntungkan," kata Siebold.

    Labur wang anda

    Sudah tentu, antara cara terbaik mengembangkan wang ialah dengan melabur. Li dan Buffet tentu tahu selepas meraih billion dolar daripada pelaburan mereka.

    Oleh itu, di mana anda hendak mula? Pertama, putuskan matlamat dan juga profil risiko anda. Ia juga akan membantu fahami jenis pelaburan yang sudah sedia ada. Kemudian pilih pelaburan portfolio anda dan pantau prestasinya. Memantau pulangan secara tetap bolehkan anda melihat apa penyesuaian yang anda perlu buat.

    Terdapat juga platform dalam talian seperti Share4youyang membolehkan anda belajar daripada pedagang berpengalaman lain. Platform perniagaan menyalin membolehkan pemula untuk memilih dan menyalin kegiatan dagangan peniaga yang berpengalaman.

    Anda boleh meninjau profil pedagang di Share4youdan melihat rekod pencapaian mereka. Kemudian pilih pedagang yang kegiatan niaganya anda mahu contohi dan lihat portfolio anda berkembang.

    Selepas itu, berehat dan raih untung! Tetapi perlu ingat dagangan forex melibatkan risiko kepada modal yang anda laburkan. Pelajari terma (term), syarat dan polisi bagi program, khidmat yang ditawarkan Forex4you di sini.

    Catatan berkaitan