• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Dalam pelajaran yang terdahulu, kita bincangkan tentang pasangan Forex yang paling kerap didagang. Ia juga dipanggil Pasangan Forex utama, pasangan utama ialah: GBP/USD, EUR/USD, USD/CHF, USD/JPY.

    Jika anda beri perhatian kepada pasangan-pasangan Forex ini, anda boleh mengesan semuanya mempunyai satu perkara yang sama, yang jelas ia didagangkan terhadap Dolar AS. Oleh itu jika Dolar AS tidak termasuk dalam sebut harga mata wang sebagai salah satu komponen maka ia dipanggil mata wang bersilang.

    Mengapa Mata Wang Bersilang Wujud?

    Lebih 80% daripada urusniaga di pasaran Forex melibatkan Dolar AS. Ini kerana USD adalah mata wang rizab (reserve) di dunia. Kebanyakan harga hasil pertanian dan komoditi lain seperti minyak dalam harga USD. Jika sebuah negara perlu membeli sebarang komoditi ia perlu menukar dulu mata wangnya kepada USD sebelum boleh membeli barangan. Ini sebabnya banyak negara memegang rizab USD dalam simpanan.

    Isu ini bukan saja bagi membeli komoditi tetapi juga apabila sebuah negara mahu membeli satu mata wang asing. Negara itu diperlukan terlebih dahulu menukar mata wang mereka kepada Dolar AS dan hanya selepas itu baru mereka boleh menukar Dolar AS ke mata wang yang mereka mahukan. Contohnya, jika seseorang mahu menukar Pound British ke yen Jepun, dia terlebih dahulu perlu menukar pound mereka ke Dolar AS dan kemudian menukar Dolar AS ke Yen.

    Dengan penciptaan mata wang bersilang , England, Jepun Australia dan negara lain boleh memintas (bypass) proses menukar matawang mereka ke Dolar AS, mereka hanya perlu menukar matawang mereka langsung ke matawang yang dikehendaki. Matawang bersilang yang paling popular di kalangan pedagang adalah EUR/GBP, GBP/JPY, EUR/CHF dan EUR/JPY. Sudah tentu ada lagi mata wang bersilang, di bawah ini, anda boleh lihat senarai matawang bersilang:

    Pasangan bersilang Euro

    • EUR/JPY

    • EUR/GBP

    • EUR/AUD

    • EUR/CAD

    • EUR/NZD

    • EUR/CHF

    Pasangan bersilang Yen

    • EUR/JPY

    • GBP/JPY

    • AUD/JPY

    • CAD/JPY

    • NZD/JPY

    • CHF/JPY

    Pasangan bersilang Pound

    • EUR/GBP

    • GBP/JPY

    • GBP/AUD

    • GBP/CAD

    • GBP/NZD

    • GBP/CHF

    Pasangan bersilang dolar Australia

    • EUR/AUD

    • AUD/JPY

    • GBP/AUD

    • AUD/CAD

    • AUD/NZD

    • AUD/CHF

    Pasangan bersilang dolar Canada

    • EUR/CAD

    • CAD/JPY

    • GBP/CAD

    • AUD/CAD

    • NZD/CAD

    • CAD/CHF

    Pasangan bersilang dolar New Zealand

    • EUR/NZD

    • NZD/JPY

    • GBP/NZD

    • AUD/NZD

    • NZD/CAD

    • NZD/CHF

    Pasangan bersilang franc Swiss

    • EUR/CHF

    • CHF/JPY

    • GBP/CHF

    • AUD/CHF

    • CAD/CHF

    • NZD/CHF

    Mengapa berdagang mata wang bersilang?

    Selain daripada berdagang pasangan utama Forex, yang semuanya pasangan berasas dolar, peniaga boleh memilih untuk mempelbagaikan dan berdagang mata wang bersilang. Pilihan mata wang bersilang lebih luas daripada pasangan utama Forex. Oleh itu ia memberikan lebih peluang kepada peniaga bagi mendapatkan dagangan yang menguntungkan.

    Juga, dengan berdagang matawang bersilang, anda akan mengesan peri laku (behaviour) pergerakan wang yang berbeza berbanding dengan pasangan Forex berasas-USD. Ini bererti harga bagi mata wang bersilang tidak terjejas oleh sentimen pasaran USD. Dengan kata mudah, sentimen pasaran adalah jangkaan (outlook) arah harga pasaran, sama ada menaik atau menurun, daripada semua pelabur di pasaran.

    Catatan berkaitan