• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Pasaran Forex adalah pasaran global yang tidak berpusat di mana matawang semua negara didagang. Oleh itu, peniaga mesti memilih broker Forex yang terjamin dan boleh dipercayai untuk membantu mereka menjalankan kegiata perdagangan mereka. Walau bagaimanapun, kerana bilangan broker Forex terus bertambah, memilih broker Forex yang lebih dipercayai menjadi lebih sukar, kerana ia memerlukan kajian yang teliti.

    Langkah pertama dalam kajian pedagang adalah untuk mengetahui sama ada broker tertentu boleh dipercayai. Oleh itu, apa keperluan yang broker Fore perlu ada? Dalam pelajaran ini, kami akan utarakan lima tip memilih broker Forex dalam pasaran penuh persaingan sekarang.

    1. Adakah Broker Forex tersebut Dikawalselia?

    Status pengawalseliaan firma broker adalah keutamaan utama apabila peniaga buat pilihan. Memeriksa kredibiliti tidak begitu sukar kerana terdapat pengawal selia di seluruh dunia yang mempunyai pendaftaran dalam talian di mana anda boleh menyemak sama ada seorang broker memepunyai lesen dengan pengawal selia atau tidak. Pengawal selia ini juga kerap mengeluarkan amaran memberitahu orang ramai tentang broker di bawah bidang kuasanya yang menipu.

    Untuk seorang broker Forex menawarkan perkhidmatan dagangannya kepada pedagang di negara tertentu, ia perlu mematuhi undang-undang dan peraturan pengawal selia di rantau itu. Oleh itu, pengawal selia ini memerlukan semua broker Forex berfungsi dengan mematuhi undang-undang dan piawaian yang ditetapkan di rantau mereka. Sekiranya broker gagal mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pengawal selia, maka broker boleh didenda, diberi amaran atau perintah larangan penuh dari rantau tersebut. Di bawah ini, kami telah menyenaraikan beberapa pengawal selia dan negara yang berkaitan:

    • Amerika Syarikat:

      Commodity Futures Trading Commission (CFTC), Security and Exchange Commision (SEC) and National Futures Association (NFA)

    • United Kingdom:

      Financial Conduct Authority (FCA) and Prudential Regulation Authority (PRA)

    • Cyprus:

      Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC)

    • Perancis:

      Autorité des Marchés Financiers (AMF)

    • Australia:

      Australian Securities and Investment Commission (ASIC)

    • Jerman:

      Bundesanstalt für Finanzdienstleistungsaufsicht (BaFIN)

    Kebanyakan broker mendapat lesen daripada salah satu daripada pengawal selia ini. Mereka bangga memaparkan lesen mereka di laman web mereka. Oleh itu, jika anda membuat semakan laman web broker dan tidak menemui penyeliaannya (regulation) maka ia wajar diberi perhatian. Di Forex4you, kami bangga dengan lesen kami dan sijil boleh ditemui di laman web Forex4you.

    2. Mudah Deposit & Keluarkan (withdraw) dengan Broker Forex?

    Broker Forex yang boleh dipercayai memudahkan anda deposit dana dan keluarkan keuntungan anda. Satu-satunya sebab Broker memegang dana anda adalah bagi memudahkan perdagangan. Oleh itu, tidak ada sebab lain untuk sukarkan proses keluarkan wang bagi peniaga, selain pantas dan lancar.

    Walaupun polisi mengeluarkan akaun dan pembiayaan berbeza dari broker ke broker, pemegang akaun dibenarkan membiayai akaun mereka melalui sistem pembayaran yang berbeza. Sudah tentu, mengeluarkan juga boleh dibuat melalui kaedah yang sama. Walau bagaimanapun, bayaran mungkin dikenakan bagi setiap khidmat.

    3. Paras Permodalan Broker Forex atau Saiz Keseluruhan

    Broker Forex yang dikawal selia perlu mematuhi piawaian ketat keperluan kemampuan modal yang ditetapkan oleh pengawal selia. Ini bermakna, broker Forex harus mengekalkan modal cair yang melebihi jumlah yang diperlukan untuk lindungi semua deposit yang dibuat pelanggan.

    Ia akan menjadi langkah yang berisiko jika dana anda diamanahkan dengan broker yang mempunyai masalah dengan permodalan. Anda boleh menyemak permodalan broker Forex anda dengan meninjau laman web agensi pengawalseliaan.

    4. Bagaimana Khidmat Pelanggan Broker Forex?

    Oleh kerana perdagangan Forex dilakukan 24 jam sehari dan 5 hari seminggu, broker yang boleh dipercayai menyediakan saluran yang berbeza untuk anda menghubungi mereka bagi membincangkan sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan akaun dagangan, isu sokongan teknikal atau kebimbangan lain.

    Broker Forex biasanya menawarkan hubungan melalui telefon, permintaan panggilan balik, e-mel, perbualan secara langsung (live chat), dan saluran media sosial. Selain itu, khidmat bagi pelanggan mereka sekurang-kurangnya 24/5 tersedia untuk pelanggannya. Apabila anda menilai broker Forex dan anda melihat bahawa mereka tidak mempunyai khidmat sokongan pelanggan yang rapi bererti ia wajar diberi perhatian. Sebagai contoh di Forex4you, khidmat sokongan pelanggan kami tersedia 24/7 dan dalam pelbagai bahasa.

    5. Platform Perdagangan Yang Mana Ditawarkan Broker Forex?

    Kebanyakan aktiviti perdagangan dilakukan melalui platform dagangan broker Forex. Oleh itu, platform dagangan yang dilakar dengan baik mestilah mesra pengguna dan stabil. Sebagai portal pelabur kepada pasaran, platform ini harus menampilkan pelbagai alat analisis teknikal dan/atau analisis asas.

    Seperti yang telah dibincangkan dalam pelajaran lalu mengenai "Platform dagangan", salah satu daripada platform perdagangan paling popular adalah MT4, kebanyakan broker Forex menawarkan perisian ini untuk pelanggannya. Sesetengah broker Forex bahkan berusaha lebih untuk pelanggannya dan membangunkan platform dagangannya sendiri. Inilah yang ada di Forex4you, kerana kami telah membangunkan platform dagangan yang lengkap, khusus dibina untuk klien kami.

    Catatan berkaitan