• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Jika anda berminat meraih keuntungan sampingan selaku pemasar affiliate, anda tidak akan berjaya tanpa rangkaian kukuh pengikut.

    Sama ada anda menulis tentang mainan binatang peliharaan atau pasaran saham, terdapat faktor penting yang boleh membuatkan kandungan pemasaran anda lebih berkesan. Berikut adalah lima tip untuk menambah jumlah audien anda.

    Tunjukkan siapa anda sebenarnya

    Yang paling penting, anda perlu jujur dengan tulisan anda dan apa yang anda paparkan.

    Apabila anda benar-benar meminati mengenai apa yang anda tulis, ia akan terpapar dengan sendirinya.

    Tidak perlu mengikut ‘influencer’ lain, cipta stail anda sendiri yang memaparkan personaliti sebenar anda. Ini bukan saja membantu anda menonjol daripada pesaing lain malah anda mungkin juga diminati pengikut yang mahukan jenama niaga yang berbeza daripada yang biasa.

    Seberapa boleh, sertakan pengalaman peribadi yang menjadikan kandungan pemasaran anda lebih mendalam dan lebih sahih. Contohnya jika anda reviu tentang mainan anjing dan anda memelihara anjing, sertakan videonya sekali. Penonton akan lebih yakin pada reviu anda.

    Awas

    Elak keinginan berkongsi berlebihan untuk memperkenalkan jenama niaga anda. Dunia dalam talian merangkumi pelbagai individu yang mempunyai pelbagai pandangan. Tidak semua berminat membaca ehwal peribadi anda, terutama jika mereka dapati ia tiada kaitan dengan topik utama.

    Tulis kandungan yang menarik

    Apa yang membuat audien bertumpu ke blog atau laman web anda adalah kandungan pemasaran yang menarik. Dan ia perlu berkaitan dengan domain atau pasaran yang anda sasarkan.

    Misalnya, jika anda menyertai program affiliate yang ditawarkan oleh platform seperti Forex4you, anda perlu mencipta kandungan pemasaran yang dapat menarik perhatian pedagang dan pelabur.

    Ini termasuk sesi soalan yang kerap ditanya (FAQs) atau tutorial mengenai topik hangat seperti cryptocurrency. Isu-isu yang mengikut arah aliran boleh menyebabkan trafik yang lebih pesat kepada kandungan pemasaran anda kerana lebih ramai orang lakukan carian kepada kata kunci ini.

    Fikirkan juga tentang ‘medium’ terbaik untuk menyebarkan rencana anda. Sebuah video YouTube mungkin lebih ideal bagi peralatan masak-memasak, sementara Instagram lebih sesuai untuk mempamerkan reviu makanan.

    Ambil perhatian

    Pastikan anda yakin dengan apa yang anda cakap. Memberi pujian kepada produk yang diselar hebat oleh pengguna boleh menjejas kredibiliti anda. Jika anda secara peribadi sukakan produk tersebut, terima dengan terbuka bahawa ada yang tidak bersetuju dan perjelas sebab anda pertahankan reviu anda. Anda mungkin mendapat audien baru gara-gara sikap terus terang anda.

    Ikut jadual

    Menerbitkan kandungan pemasaran yang hebat adalah langkah positif pertama untuk mengembangkan audien. Anda mungkin perlu mengekalkan pembaca anda dan menggalakkan mereka terus-menerus lungsuri laman anda.

    Anda boleh lakukan ini dengan membuat jadual waktu kandungan pemasaran baru akan dipos. Pengikut anda atau pelanggan akan tahu bila video berikutnya akan dipos.

    Menyediakan jadual tetap juga akan memastikan terdapat pengaliran kandungan pemasaran secara tetap. Tiada siapa yang mahu melungsuri laman web yang tidak dikemas kini selama sebulan.

    Bergantung kepada jenis pasaran yang anda sasarkan, ia juga perkara biasa bagi ‘influencer’ dalam talian untuk segera meletak pos baru setiap beberapa hari. Oleh itu anda mungkin perlu menyediakan lebih sumber untuk memastikan ia terus berfungsi.

    Ambil perhataian

    Jika anda merancang membuat jadual, anda perlu ikut dengan ketat. Jika kerap terlepas waktu yang dijadualkan, anda akan kehilangan audien yang tidak lagi yakin dengan jenama niaga anda.

    Berusaha perkenalkan jenama niaga

    Selepas anda bekerja keras menyediakan kandungan pemasaran yang hebat, berusaha untuk memastikan audien sasaran anda dapat menatapnya.

    Kenal pasti platfom paling popular dalam medium mereka dan pos kandungan pemasaran anda di sana. Misalnya, video anda perlu disalurkan di YouTube atau TikTok, foto di Instagram, dan pos di Facebook. Anda juga boleh halakan pautan ke pos blog anda menerusi platfom ‘microblogging’ seperti Twitter.

    Selanjutnya, buat penilaian ke atas pengikut yang anda mahukan. Jika anda mahu menarik audien bisnes untuk menggalakkan pautan affiliate bagi Forex4you, promosikan kandungan niaga anda di media sosial seperti LinkedIn.

    Ambil perhatian

    Elak daripada saratkan pengikut anda dengan pesanan yang sama berulang-ulang atau pesanan yang terlalu kerap promosikan kandungan pemasaran anda. Cuba bayangkan betapa jengkelnya melihat iklan muncul di video setiap lima minit. Oleh itu anda perlu mengubah kekerapan pesanan yang anda siarkan menerusi media sosial.

    ‘Tap’ peningkatan nilai produk gara-gara sambutan baik pengguna

    Anda boleh meluaskan jangkauan anda dengan ‘tapping’ rangkaian atau ekosistem lebih luas di mana anda boleh kenal pasti audien sasaran anda.

    Reviu anda mengenai mainan anjing, misalnya, mungkin diminati oleh komuniti atau kumpulan forum di mana tuan punya anjing dan peminat anjing berkumpul.

    Anda juga boleh berhubung dengan “influencer” lain dan pakar dalam domain anda dan bekerjasama dalam beberapa projek. Ini membolehkan anda untuk merekrut pengikut baru yang kini berminat kepada subjek khusus anda.

    Ambil perhatian

    Berhati-hati apabila memilih individu yang anda mahu bekerjasama dengannya. Jika personaliti anda dan mereka tidak serasi atau jika kredibiliti mereka mencurigakan di pasaran, jenama niaga anda akan terjejas. Anda mungkin kehilangan dan bukan menambah audien.

    Catatan berkaitan