• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Semua orang berangan-angan terima bayaran tanpa berbuat apa-apa tanpa perlu kerja keras dalam hidup mereka. Malangnya kebanyakan daripada kita tidak ditakdirkan begitu. Tapi jika anda lihat dengan teliti, anda akan dapati bahawa ada beberapa cara membolehkan anda menerima pendapatan pasif tanpa perlu bekerja keras. Anda hanya perlu tahu di mana untuk mendapatkannya.

    Dalam tempoh yang tidak menentu ini, mendapat pendapatan pasif menjadi lebih utama. Ia membentuk aliran kewangan tambahan yang tidak dijana oleh pekerjaan dan menawarkan lebih kemungkinan meningkatkan kedudukan kewangan jika keadaan memerlukan.

    Berikut adalah 3 cara mudah menikmati pendapatan pasif:

    Perniagaan Meniru (Copy Trading)

    Perniagaan meniru mungkin salah satu cara paling mudah manjana pendapatan pasif.

    Satu bentuk perniagaan sosial, perniagaan meniru membolehkan peniaga muka baru (dikenali sebagai Pengikut) untuk meniru isyarat niaga dan strategi peniaga berpengalaman yang mempunyai rekod cemerlang (dikenali sebagai Ketua) untuk mendapat pendapatan pasif untuk mereka sendiri.

    Ketua menerima wang daripada setiap lot yang ditiru oleh Pengikut, atau beberpa peratus daripada keuntungan mereka. Pengikut pula mendapat manfaat daripada kepakaran berdagang Ketua, atau beberapa peratus tertentu daripada keuntungan mereka, kerana mereka meniru aktiviti dagangan mereka yang berjaya. Sudah tentu jika anda sendiri menjadi Ketua pada masa depan, anda boleh menikmati pendapatan pasif selaku ketua juga.

    Klik di sini untuk mengetahui bagaimana anda boleh mendapat wang tambahan dalam talian menerusi perniagaan meniru.

    Dagangan Forex

    Dagangan Forex adalah cara lain untuk mendapat pendapatan pasif tetapi memerlukan lebih usaha. Tetapi sebaik saja anda memiliki skil dan pengetahuan yang perlu, ia boleh menjadi cara pasif untuk mendapat pendapatan tambahan untuk anda. Secara am, dagangan forex yang berjaya bergantung kepada:

    • Pengetahuan penting mengenai dagangan Forex

    • Pengetahuan tentang asas dan analisis teknikal

    • Mesra-pengguna dan kebolehpercayaan platform dagangan.

    Setiap peniaga muka baru perlu meraih pengetahuan penting tentang dagangan forex untuk memulakan perjalanan perdagangan mereka. Ini dapat dicapai dengan mudah menerusi membaca artikel berkaitan atau menyertai tutorial video tentang pelbagai tajuk mengenai forex. Klik di sini untuk dapatkan pembacaan yang mudah difaham dan bermanfaat tentang dagangan forex.

    Ia juga berguna untuk fahami analisis teknikal dan analisis. Dalam analisis asas, peniaga menganalisis faktor ekonomi dan politik yang boleh menjejas nilai mata wang yang berlainan. Ini termasuk peristiwa geopolitik dan perubahan dalam indikator ekonomi seperti Keluaran Kasar Dalam Negeri (GDP), kadar faedah, kadar pengangguran dan lain-lain, yang boleh dijejak dengan mudah menggunakan kalendar ekonomi.

    Analisis Teknikal pula menganalisis data pergerakan harga yang lalu bagi meramalkan nilai pasangan mata wang masa depan. Dengan mempelajari carta pergerakan harga dan penggunaan alat analisis, peniaga menilai kekuatan dan kelemahan pasangan mata wang untuk memutuskan sama ada beli atau jual. Analisis teknikal juga boleh dilakukan secara automatik. Apabila dilakukan secara automatik, peniaga ‘mengajar’ sofwe untuk mencari isyarat tertentu dan mentafsirnya semasa membuat keputusan jual atau beli. Ini dipanggil automasi. Ini dipanggil sebagai Penasihat Pakar atau singkatannya EA.

    Dengan skil yang penting dan pengetahuan, anda juga perlu broker yang berwibawa dan diyakini dengan platform mesra- pengguna untuk melakukan aktiviti dagangan. Klik di sini bagi broker yang dipercayai dan sudah berada di pasaran lebih sedekad dan mempunyai 2 juta peniaga dalam kumpulannya.

    Jadi Rakan Sekutu Broker Forex

    Mempunyai ramai pengikut dalam akaun media sosial, blog, atau laman web? Atau anda seorang peniaga pakar yang boleh mempengaruhi keputusan komuniti perniagaan? Anda boleh mendapat pendapatan pasif daripada semua ini dengan bekerjasama dengan seorang broker sebagai rakan niaga (partner).

    Dalam hubungan ini, broker dapat ‘lead’ yang berpotensi berubah menjadi pelanggan. Dan apabila mereka menjadi pelanggan broker tersebut dan mula berniaga, anda akan meraih faedah dengan mendapat sama ada jumlah wang yang tetap per lot yang mereka dagang, peratusan komisen yang mereka bayar bagi perniagaan mereka, atau peratusan daripada ‘spread.’ Pendapatan pasif yang tulen!

    Di sini untuk mula dengan cepat.

    Ada Yang Baik Bagi Setiap Yang Buruk

    Ada kebaikan di sebalik keburukan. Di tengah-tengah pandemik, kebaikannya mungkin membuat di kalangan kita menyedari bahawa mendapat aliran pendapatan pasif adalah lebih penting, terutama dalam tempoh yang tidak menentu ini. Dan tidak mustahil melakukkanya. Sebenarnya kian ramai warga Malaysia menjana pendapatan pasif daripada dagangan forex, yang memberi mereka wang tambahan dalam talian. Walaupun selepas dunia kembali normal selepas pandemik, aliran pendapatan pasif akan turut membantu anda memperkukuh kewangan anda.

    Oleh itu jika anda membaca artikel ini tapi masih belum berbuat apa-apa, ingatlah peluang di atas hari ini!

    Forex Trading libatkan risiko kepada modal pelaburan anda. Sila baca dan pastikan anda benar-benar faham mengenai Pendedahan Risiko

    Catatan berkaitan