• Menjadi rakan kongsi
  • 1-800-813-772
  • Petikan: Ketakutan dan rasa tamak sudah pasti merupakan musuh terbesar bagi setiap peniaga. Kebanyakan pedagang pakar menguruskan psikologi mereka semasa berdagang dengan menggunakan pengalaman terdahulu. Pelajari bagaimana menguasai psikologi perdagangan dengan panduan Forex4you.

    Bagaimana saya menguasai psikologi dagangan? Ini adalah persoalan yang tidak dapat dinafikan ada di minda setiap pedagang pada satu ketika pada satu masa. Dagangan psikologi adalah salah satu faktor yang paling penting dalam perdagangan Forex dan juga halangan terbesar. Apabila ia mengenai psikologi perdagangan, terdapat tiga cabaran utama:

    1

    Takut

    2

    FOMO (Fear of Missing Out-Takut terlepas)

    3

    Rasa tamak

    Dalam pelajaran ini, anda akan belajar bagaimana untuk bekerja, dan kemudian dengan harapan dapat mengatasi ketiga-tiga cabaran dalam psikologi perdagangan.

    1

    Takut

    Rasa takut atau kecemasan adalah perkara biasa dalam diri pedagang kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku selepas kita masuki perdagangan. Sebenarnya, kita mempunyai idea apa yang akan berlaku tetapi kita tidak pasti 100% dan apabila anda tarunkan wang yang banyak dan tidak tahu apa yang akan berlaku, ia boleh menyebabkan rasa takut. Cara yang berkesan untuk mengatasi rasa takut adalah dengan berdagang mengikut cara anda dan menetapkan jumlah kerugian. yang boleh diterima. Dengan cara ini, anda tahu, sebelum anda masuki perdagangan, anda hanya hadapi risiko jumlah tertentu. Ini melenyapkan ketidakpastian daripada proses perdagangan kerana sekarang kita tahu apa yang ditaruhkan. Setiap kali saya masuki perdagangan, saya memberitahu diri saya bahawa saya mungkin akan kehilangan wang dan itu OK, jangan hilang lebih daripada jumlah yang saya telah ditetapkan! Selain itu timbul rasa takut apabila kita berdagang dengan saiz terlalu besar yang menjadikan kita tidak selesa dan takut kehilangan wang yang terlalu banyak atau lebih buruk lagi, mengikis akaun kita. Sebab itulah sangat penting memberi pertimbangan kepada saiz. Mulai dengan kecil dan beransur-ansur berusaha ke saiz yang lebih besar. Hanya kerana anda mempunyai bulan yang kukuh tidak bermakna anda harus niaga daripada dagang 200 saham kepada 2,000 saham.

    2

    FOMO

    Rasa takut jika terlepas didorong oleh keinginan menjadi sebahagian daripada sesuatu yang baik, walaupun semua tanda menunjukkan bahawa ia bukanlah pelaburan yang bijak. FOMO sangat merosakkan kerana kita melihat orang lain berjaya, walaupun mereka mengambil risiko yang tidak wajar untuk berbuat demikian, dan kita mempunyai keinginan semulajadi untuk tuurut serta. Semakin berjaya peniaga-peniaga lain, semakin kuat keinginan untuk turut serta. FOMO biasanya lebih sukar untuk difahami peniaga-peniaga baru kerana mereka tidak hadapi banyak kekecewaan sebagaimana seseorang yang sudah beberapa lama berdagang di pasaran. Cara yang berkesan untuk mengimbangi FOMO adalah untuk mempunyai peraturan dan jika anda melanggarnya maka anda perlu mempunyai beberapa jenis hukuman seperti tidak ada perdagangan sepanjang hari. Anda tidak boleh membuat keputusan perdagangan berdasarkan emosi tidak kira berapa banyak wang yang anda lihat pedagang lain buat pada satu masa yang luar biasa. Selalunya akan ada peluang lain, jadi patuhi peraturan anda!

    3

    Ketamakan

    Ketamakan adalah bahagian lain untuk rasa takut. Ketamakan juga sama dengan rasa takut terlepas, tapi lebih fokus pada pandangan yang lebih luas dan bukannya bahagian kecil pasaran. Apabila rasa tamak, berita ekonomi, politik dan kewangan dipandang dengan sangat optimis, dan berita buruk tidak diendahkan dan dianggap tidak penting. Ketamakan mencipta pusingan perkukuh diri mengenai kenaikan harga aset dan pandangan positif. Peniaga menjadi begitu terbiasa dengan kenaikan harga aset, hingga mereka mula mengabaikan tanda-tanda risiko yang jelas atau tanda negatif. Cuba gunakan wang tanpa batas sudah pasti melepaskan harapan peroleh keuntungan dan bahkan kehilangan wang. Cara terbaik untuk tangani tamak adalah sama seperti anda tangani rasa takut. Tetapkan sasaran keuntungan yang ditetapkan dan apabila ia tiba, jangan lepaskan peluang! Ia bukan sukar, anda hanya perlu berdisiplin untuk mematuhi peraturan anda!

    Catatan berkaitan